Khamis, 30 Ogos 2012

LARAS BAHASA


Memesongkan Akidah ?
Apabila Tun Mahathir berkata adalah lebih baik memilih syaitan yang anda kenali daripada malaikat yang anda tidak kenal, ulamak PAS terus membidas sehingga ada yang meminta supaya Tun segera bertaubat berikutan kenyataan seperti itu dikatakan merosakan akidah dan diri pengucapnya termasuk orang-orang yang menyetujuinya. di sini dan di sini
          Tuan Guru Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan yang pernah mengungkapkan kalimat-kalimat mengelirukan umat Islam sebelum ini,  antara lain "manusia boleh berkawan dengan syaitan jika syaitan mahu membantu atau bersifat menolong", turut mempersoalkan kenyataan Tun itu. (klip video)
                                           Ihsan dari blog MediaTerengganu

          “Syaitan ni, punyalah pandai belitnya dia, sampaikan Nabi Adam yang dah duduk dalam syurgapun terpaksa dihalau keluar kerana kejayaan godaan syaitan,” katanya.
          Maknanya, Nik Aziz tahu  bahwa sebaik mana tingkah laku syaitan itu, ia tetap syaitan dan seruan serta pertolongannya tetap dan kekal menjurus ke neraka!  di sini
          Kekeliruan ini timbul dipercayai salah faham penafsiran dari sudut bahasa dan terhadap perumpamaan inggeris yang menyebut: 'Better the devil you know than the angel you don’t'
          Seperti dalam beberapa perumpaan Melayu, terdapat juga yang bercanggah dengan Islam jika diucap dan ditafsirkan pengertiannya secara terus. Misalnya, biar mati anak asal jangan mati adat. Jika kalimat ini bukan peribahasa atau perumpamaan, bolehkah ia diamalkan dalam Islam? Dan, apakah hukumnya pula jika orang Islam mengamalkannya?
          Jawapannya tentulah tidak  kerana kalimat tersebut hanya bermaksud betapa kerasnya tuntutan menjaga adat seolah-olah melebihi daripada menjaga anak sendiri.
          Demikian juga pengucapan Tun dalam konteks ini adalah bersifat perumpamaan atau peribahasa. Namun, dalam hal Nik Aziz mengatakan bahawa kita boleh menerima syaitan kalau dia hendak menolong (tonton klip video di bawah), adakah ia lafazkan dalam kontek perumpamaan juga? Kerana, dalam membidas isu Tun itu, Nik Aziz menjelaskan pula betapa dahsyatnya perangai syaitan.
          Kalimat Nik Aziz jelas sebagai fatwa peribadinya kepada pengikut partinya malah khalayak umum yang tidak cukup akal dan lemah ilmu agamanya juga terpedaya dengan ungkapan tersebut. Padahal, tidak terdapat dalam Quran dan Hadith yang menyebutkan dengan jelas mahupun terselindung bahawa manusia (orang Islam khussusnya) boleh atau dibenarkan berdamping dengan syaitan.
          Malah, jika kata-kata Nik Aziz itu diambilkira sebagai diterima pakai, maka akan ke nerakalah Nik Aziz serta orang-orang yang mempercayai kalimat dan mendampingi syaitan kerana Allah Taala telah bersumpah yang sayaitan adalah kekal menjadi ahli neraka!  Adakah terjumpa dalil-dalil yang menyebut syaitan menyeru manusia ke syurga? Bagaimana pula kenyataan yang menyebut "Sesiapa yang mengundi PAS akan masuk syurga". 
          Justeru, Nik Aziz lah yang perlu bertaubat kerana ungkapannya itu tersasar terus daripada apa yang dijelaskan oleh Allah. di sini

Jagindas:   Dalam satu kitab tua menyebut: "adapun sunat berbuka puasa itu di atas sebiji tamar". Maka, seseorang yang jahil bahasa telah berbuka puasa dengan duduk di atas sebakul tamar demi mendapatkan lebih banyak pahala sunatnya .... macam itulah agaknya mereka yang menyanggah kata-kata Tun ketika menyebut terjemahan perumpamaan inggeris tersebut.
(masyaAllah! ya mu'allim sekelian, itulah yang dikatakan laras bahasa)



Selasa, 28 Ogos 2012

PANCUNG KEPALA


KERANA TARI MENARI DAN MUZIK
BIASA DI MALAYSIA...
DI MALAYSIA khususnya di bandar-bandar utama termasuk di Kelantan dan Kedah, kelab-kelab malam dan pusat-pusat hiburan masih dibenarkan beroperasi asalkan mendapat kebenaran sah atau berlesen.
          Pun begitu, ada juga yang menjalankan perniagaan tersebut secara tidak sah disebabkan kegelojohan pengusaha terbabit yang sekali gus dengan sengaja mancabar kedaulatan undang-undang di negara ini.
          Malah, beberapa aktiviti sosial termasuk majlis tari menari juga tidak mendapat larangan daripada pihak berkuasa asalkan penganjur mematuhi peraturan atau undang-undang.
          Bahkan, aktiviti-aktiviti seperti itu juga turut ditayangkan secara tertunda mahupun secara lansung di media-media elektronik yang mana jumlah peminat atau penontonnya juga sangat menggalakkan.
          Namun, di negara lain tidak perlu melakukan aktiviti seperti itu, hanya dengan mengadakan majlis tari menari dan diiringi muzik sahaja maka mereka yang terbabit akan pancong kepala (penggal). [baca di sini]
          Saya tidak mempersoalkan hukuman aktiviti tersebut begitu juga penanggung dosa dan pahala atas urusan berkenaan. Kerana yang haram tetap haram. Itu adalah jelas tanpa perlu dibahas.
          Soalnya apakah hukuman penggal kepala (pancung) bagi kesalahan tersebut wajar dan sejajar dengan tuntutan Islam? Dan, yang macam itukah yang hendak dilaksanakan di negara ini oleh sesetengah pihak yang sedang perjuangkan negara Islam tulen sekarang?
          Nampaknya ada banyak jenis perundangan Islam. Sebagai contoh dalam kes tersebut ia dikenali sebagai undang-undang Islam Taliban. Barangkali ada lagi jenis-jenis yang lain. Tetapi sepatutnya kita hanya ada satu sahaja undang-undang Islam untuk digunapakai kepada umat Islam di seluruh dunia iaitu undang-undang yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Kalau senang-senang mengubahsuainya, maka itulah jadinya!
          Ada yang berpendapat si-tukang pancung itu serta mereka yang bersubahat dengan hukuman tersebut dibakar hidup-hidup sahaja sampai mati dengan kekuatan api kurang 100 darjah celsius.
          Anda bagaimana?


Jagindas:  Semua mengaku Islam: baca quran dan hadith yang serupa. Tetapi mengapa tidak sama? 

NASIHAT BUAT MAM DAN BILAL


BELAJARLAH DEMI MENINGKATKAN MARTABAT SEBAGAI IMAM DAN BILAL
GAMBAR HIASAN

KALAU boleh saya memang m  engelak untuk memperkatakan soal-soal imam dan bilal di masjid-masjid terutama masjid di mana imam dan bilalnya tidak memiliki ijazah berkaitan bidang mereka atau yang tidak mendapat pendidikan formal atau khusus mengenai tugas mereka itu.
          Namun, secara tidak sengaja ketika menziarahi seorang rakan sempena mood hari raya masih ada ini, petang tadi, entah bagaimana dalam pelbagai cerita yang kami bualkan terpacul juga cerita-cerita masjid dan surau.
          Menurut rakan saya itu, pada suatu Jumaat di kampungnya, pernah berlaku seorang guru agama sekolah tahfiz yang berdiri di saf belakang imam, bangun selepas imam memberikan salam dimana guru agama tersebut menyambung sembahyangnya sebanyak dua rakaat lagi. Dengan kata lain, dia tidak bermakmum Jumaat sebaliknya sembahyang zohor.
          Selesai dia sembahyang, dia terus merapati imam Jumat berkenaan dan memberitahunya bahawa bacaan Fatihah imam berkenaan dan sebutan memberi salam di tahayat akhirnya tidak betul, makanya beliau terpaksa mengeluarkan dirinya daripada saf Jumaat pada hari itu.
          Cara guru agama itu memeberikan teguran boleh dikatakan bersopan walaupun jemaah masih ramai menunggu kerana ingin tahu mengapa guru agama tersebut berbuat demikian.
          Namun, imam berkenaan tidak dapat menerima teguran itu dengan alasan dia telah menjadi imam sembahyang Jumaat dan sembahyang rawatib selama lebih 30 tahun malah turut mempersoalkan apa pula status sembahyang yang diimamkannya selama tempoh itu berikutan tguran guru agama tadi!
          Jelaslah sepanjang lebih 30 tahun itu tidak ada sesiapun pernah mengamati bacaannya dan sejajar itu beliau tidak pernah ditegur kesilapannya atau kekhilafannya itu. Saya percaya kelau tidakpun 100 peratus namun sebahagian besar hal seperti ini berlaku kepada semua imam di negara ini.
          Beberapa bulan lalu, saya pernah menulis di blog ini mengenai bacaan imam yang 'lagho'  serta sikap imam yang melaksanakan tugasnya secara tergesa-gesa persis dalam keadaan seseorang yang sedang menahan buang air besar. Demikian juga kaedah pembacaan khutbah yang dibaca dalam lengguk terburu-buru.
          Justeru, saya juga turut menyarankan supaya pihak berkuasa yang terbabit membuat pemantauan secara spontan terhadap semua masjid khususnya pada hari Jumaat bagi memastikan sembahyang Jumaat (bahkan sembahyang lima waktu yang lain juga) dikerjakan secara penuh tertib dari segi perbuatan mahupun bacaannya terutama Fatihah.
          Begitu juga para bilal, meskipun nampaknya laungan serta bait-bait azan itu mudah namun "lagho" dan berdosa melaungkannya jika tidak sebut dengan betul mengikut hukum bacaan sekalipun seseorang bilal itu mampu mengalunkan azan dengan suara yang lunak serta indah lagunya.

Wallah hu'allam. Allah, ampunkanlah dosa-dosa kami sama ada yang besar mahupun sekecil zarah.

Jagindas:  termasuk diri saya marilah kita membetulkan bacaan serta sebutan-sebutan dalam sembahyang terutama Fatihah. Tidak semesti menuntut di Al-Azhar, Mesir...Pernahkah kita terfikir mengapa ibadat kita seperti tidak pernah mendapat keberkatan, sedang setiap kali berdoa kita mohon limpah rahmat dan keberkatanNya!


Isnin, 27 Ogos 2012

PERTAHANKAN DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN (bhg.2)


DEMI MEMARTABATKAN SEKOLAH ALIRAN KEBANGSAAN DAN BAHASA MELAYU
Zaman Anwar: Pelajaran Sejarah Dirobah, Zaman Hishamuddin: Beri Muka,
Zaman Muhyidin:.. Meja Bulat??
          BUKAN SEKADAR itu, banyak lagi desakan yang dibuat oleh pihak terbabit namun apa yang jelas dilihat setakat ini kementerian pelajaran lebih banyak "berundur" daripada mempertahankan dasar. Akhirnya, mereka menjadi banyak lemak dan naik kepala. Justeru, dasar pendidikan kebangsaan serta akta-akta berkaitan seperti dalam Laporan Penyata Razak 1956, Laporan Rahman Talib 1960, Akta Pelajaran 1961, Laporan jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pendidikan1979, Falsafah Pendidikan 1988, Akta Pendidikan 1996 dan Akta Pendidikan Pindaan 1997 tidak lagi dilihat mampu merealisasikan matlamatnya berikutan ianya telah dinodai.
          Tidak kira sama ada di persidangan meja bulat, meja bujur mahupun empat segi atau seluas mana NKRA yang hendak dilaksanakan, namun kandungan persidangan tersebut sewajarnya tidak terkeluar daripada dasar-dasar yang telah termaktub selagi ia tidak diubah di parlimen.
          Sebagai contoh, setelah 55 tahun merdeka, sudah sepatutnya kita mempunyai hanyai satu standard Bahasa Melayu (BM) untuk di semua pendidikan rendah. Ketika ini sekolah jenis kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil diberikan dua kelas pendidikan BM iaitu BM untuk SJK dan BM standard SK. Mengapa perlu jadi begitu? Apapun alasannya, BM hanya perlu di ajar dalam satu standard kerana martabat bahasa itu adalah satu sahaja!
          Begitupun, kelalaian kerajaan menyediakan kemudahan pendidikan Bahasa Cina dan Tamil di semua sekolah SK di kawasan bandar dan pinggir bandar turut menjadi faktor golongan berkenaan tidak berminat untuk menyertai sekolah aliran kebangsaan. Sepatutnya, kerajaan khususnya kementerian pelajaran sudah lama menyelesaikan isu tersebut.
          Dalam perkembangan lain, setiap kali berlaku pertukaran menteri pelajaran, maka akan berlakulah juga pelbagai rombakan kandungan kurikulum dan kokurikulum. Kadang-kadang, kerja-kerja terdahulu masih belum selesai atau nelum menampakkan hasilnya, tiba-tiba berlaku pertukaran atau program baru. Bahkan ada program yang dilaksanakan bagaikan belum duduk sudah berlunjur dengan alasan kononya kita perlu pantas dan maju kehadapan mendahului masa!
          Dalam urusan ini, pihak berkenaan hendaklah membetulkan kerasionalannya supaya setiap dasar baru dan program baru yang diperkenalkan tidak menjadi bahan tertawa oleh pihak yang melaksana.
          Pendidikan di Malaysia perlu bergerak seiring dengan kemajuan dunia globalisasi namun pada masa sama kita perlu melaksanakannya mengikut acuan kita bagi memastikan generasi yang dilahirkan tetap seimbang di segi mental, rohani dan jasmaninya.

Jagindas:   Nak lihat apa kandungan pendidikan sejarah di sekolah rendah kita? Jangan tipu sejarah, berbahaya!