Rabu, 23 Januari 2013

DAP TERUS BERI KREDIT KEPADA BN


BN Dijangka Menang Besar Dalam PRU13

ADA satu laporan dalam akhbar tempatan hari ini melaporkan DAP dijangka akan mengalami kekalahan teruk dalam pilihanraya ke 13 (PRU13) ini disebabkan parti itu didakwa terlalu angkuh dan sombong [lanjut di sini]
            Demikian pandangan seorang bekas pemimpin parti itu setelah membaca gelagat pemimpin parti itu khususnya Lim Gun Eng yang dilihat semakin angkuh dan biadap terhadap lapisan rakyat terutama golongan bukan Melayu.
            Baguslah. Penulis memang sentiasa berdoa agar pemimpin-pemimpin DAP akan terus angkuh dan tak sedar diri kerana sikap yang begitu akan memberi kredit kepada orang Melayu dan lain-lain bangsa Malaysia untuk menolak DAP seterusnya kembali kepada Barisan Nasional (BN).

DEMO BERI KITO AMBIK

Najib di Kelantan Nampak ok saja, 
tapi belum tahu weh...

Namo Nok Undi Jangan Harap La...

SUATU KETIKA  dulu, penulis pernah bertugas sebagai ketua pusat mengundi untuk satu pilihanraya umum. Ketika itu Pas memang sudah sepenggal memerintah Kelantan. Suatu malam, ketika sedang mempersiapkan bilik mengundi, penulis menghubungi beberapa pusat bilik gerakan negeri bagi negeri-negeri yang dikira berisiko diserang pembangkang ketika itu, antaranya Kelantan.
             Penulis cuba mendapatkan beberapa pandangan mereka terhadap kedudukan Kelantan ketika itu. Dan, dalam perbualan itu penulis diberitahu bahawa segala-galanya positif. Antara lain, pegawai bilik gerakan itu menyatakan bahawa rakyat Kelantan sudah insaf dan sedar kesilapan mereka memberikan kuasa kepada Pas. Malah, pilihanraya kali itu mereka berpendapat paling kuat pun Pas hanya dapat memenangi 5 kerusi Dun dan tiada satu pun kerusi Parlimen.
            Sebaik sahaja pilihanraya selesai, negara diumumkan bahawa Kelantan terus dikuasai Pas dengan majaoriti besar termasuk kerusi Parlimennya. Penulis menjadi 'upset' dengan keputusan itu bersandarkan kepada cerita panjang lebar pegawai bilik gerakan Barisan Nasional (BN) di Kelantan sebelum pengundian berlaku.
            Sehari dua selepas itu, penulis bertemu beberapa rakan sekerja yang berasal dari Kelantan dan menceritakan pengalaman penulis itu. Sambil ketawa mereka memberikan jawapannya lebih kurang begini:

TUN M: SIASAT SEMULA PEMBERIAN KERAKYATAN

Tun Dr. Mahathir.... Siasat dari zaman Tengku

Status Penduduk Cina Dan India Zaman Pra-Merdeka

HAH! tahu bahasa kelam kabut bila mantan perdana menteri, Tun Mahathir mencadangkan supaya diadakan Suruhjaya Diraja (RCI) menyisat semula status pemberian taraf kerakyatan warga asing di negara ini bagi zaman selepas kemerdekaan. MCA dan MIC adalah antara yang melompat gila. Lebih-lebih lagi Vell Paari anak Samy Vellu.
            Itulah dia! Apabila membaca tulisan Tun Dr Mahathir, ada perenggan-perenggannya kita kena baca balik terbalik dari hujung ke pangkal. Kalau mendengar ucapannya pula, kita kena pandang dan selam dari pelbagai sudut.
            Walaupun nampaknya bahasa Tun itu bersahaja dan 'simple' tetapi setiap bait ayat-ayatnya penuh dengan kiasan, sindir dan lawak mengena! Tidak ramai rakyat Malaysia yang mampu berbahasa macam Tun. Malah, dalam bahasa Inggeris pun ucapan Tun sebegitu.
            Sebab itu, orang Inggeris bila baca tulisan Tun atau dengar ucapan Tun mereka akan mati angin. Mati angin dengan maksud susah hendak cari silap di mana. Oleh kerana orang Inggeris (macam Amerika dan England la) menguasai bahasa itu dengan mahir maka jalan mudah mereka buat adalah memutar belitkan sahaja kata-kata Tun. Kemudiannya akan timbul polemik dan selepas itu lancarlah 'pemberitaannya'.
            Orang di Malaya ini, usahkan orang Cina dan India, yang Melayu pun terutama generasi hari ini hanya faham bahasa searah atau selapis sahaja. Pertama kerana mereka memang lemah penguasaan bahasa melayu itu sendiri (peringkat, jenis dan susur-galur serta larasnya) dan kedua kerana kurangnya membaca. Apabila kurang membaca, maka mereka iaitu si-pendengar dan si-pembaca tulisanTun Mahathir tidak terjangkau ruang lingkupnya untuk mengkaitkan maksud tersirat yang mendalam daripada tulisan atau ucapan Tun itu.
            Tun Mahathir tidaklah sehebat mana ilmunya. Seperti yang umum sedia maklum, beliau adalah seorang doktor biasa. Macam doktor-doktor yang ada pada hari ini juga. Tetapi beliau memiliki akal yang luas, lebar, panjang dan keras berikutan pengalaman membacanya yang luas.
            Justeru, bila beliau kata siasat juga kes pemberian taraf kerakyatan zaman pra-merdeka, maka kita kena baca menyongsang barulah tahu apa yang sebenar dimaksudkan beliau. Dengan kata lain, sebelum menyalak sana menyalak sini menyalahkan kerajaan bab tersebut, bertelanjanglah depan cermin dan renunglah diri masing-masing!


Jagindas: Masih tak faham lagi? Memang nak kena laaaa.... 

SEBAB PULUT SANTAN BINASA....


Bank Islam Mungkin Tendang Azrul

KITA bukan sengaja nak menutup periuk nasi sesiapa tetapi yang hendak kita beritahu adalah sesiapun kenalah tahu diri di mana mereka berada. Kalau kita sudah tidak serasi dengan sesuatu tempat, budaya mahu pun karenahnya, maka adalah lebih baik keluar sahaja secara terhormat daripada nanti kita akan di sepak-tendang macam kertas bungkus belacan.
            Mudah sahaja kan? Buat apa nak sakit-sakitkan hati orang. Yang hendak disakit hatikan itu pun bukan orang lain. Kaum kerabat kita juga. Apatah lagi tempat kita mencipta harta.
            Jadi, elok benarlah Bank Islam gantung kerja budak ini. Kalau memang cukup bukti dia tu bacul, maka eloklah Bank Islam tendangkan saja Ketua Ekonminya itu iaiitu si Azrul Azwa yang bacul tak bertempat. Awas Bank Islam, jangan pulak main wayang mahu kasi orang keliling syok sekejap. Macam inipun ada juga..
            Kesediaan Si Azrul menganggotai parti pembangkang secara terang-terang itu pun sudah mencabar kredibaliti Bank Islam kemudian ditambah pula dengan kebaculannya membuat ramalan negatif terhadap Barisan Nasional dalam pilihanraya ke 13 (PRU13) nanti [ceritanya di sini dan di sini]
            Inilah jadinya kalau; (1) bacul tak bertempat  (2) Diri tak tahu dek untung (3) ilmu tinggi tapi akai tak pakai   (4) perasan hebat padahal pengalaman pun baru setahun jagung   (5) perasan semua orang gerun kat dia konon melayu pakar...    (6) paling malang, kalaulah perbuatannya itu bersebabkan diupah oleh pihak ketiga...
            Ini bukan soal sokong kerajaan atau tidak. Atau ampu sana ampu sini. Ini soal masa depan negara. Kalau ya sekalipun, apa salahnya meyakinkan ramalan yang positif. Atau tdak perlulah dijadikan hebahan media. Bukankah lebih baik lapor terus kepada pihak berwajib. Itu makna Azrul memang nak lihat ekonomi merudum supaya dengan itu satu pihak lain akan ambil kesempatan untuk memijak BN. Kalaulah Azrul kata dia tidak berniat begitu, maknanya memanglah budak ini ngaji tinggi tapi kurang guna akal!
            Jadi orang macam ini tidak perlu ada dalam sektor-sektor koperat yang besar-besar. Ini bukan kes tikam dari belakang tetapi memang melejang lembing berhadap-hadapan.  
             Itupun, kalaulah benar seperti apa yang dilaporkan akhbar dan media-media. Kalau tidak benar atau fitnah songsang, alamat kenyanglah Azrul menyaman  pihak yang membocorkan periuk nasinya. Lawan Azrul, jangan tak lawan kalau memang kamu difitnah.
            


Jagindas: Tak suka nikah gantung...