Ramai Merajuk Kerana Dakwa
Kena Tipu!
BAHANG PANAS dan kadang-kadang meniupkan
angin seram sejuk sudah mula amat terasa. Sambutan Tahun Baru Cina kali ini
bagaikan batu sempadan untuk membilang urutan 10 ke 0 bagi membuka mulut Datuk
Seri Najib mengisytiharkan pembubarkan parlimen dan Dewan Undangan Negeri sebagai
menandakan tamatnya sesi penggal ke 12 ini.
Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) sudah penuh yakin urusan mereka telah selesai dan bersedia pada
bila-bila masa sahaja untuk melaksanakan proses pilihanraya. Meskipun, pada
masa sama pengerusi SPR mengakui urusan daftar pengundi yang disediakan oleh
pihaknya tidaklah "menjamin" 100 peratus bersih atau 'zero'
kesilapan, namun, SPR yakin pilihanraya kali ini memang akan dilaksanakan
dengan penuh telus dan bersih. Pelbagai langkah telah dirangka bagi memastikan
Pilihanraya Umum Ke 13 (PRU13) berjalan dengan lancar.




