Isnin, 11 Mac 2013

KATA MAAF SUDAH TIADA NILAINYA LAGI!

BUANGKAN SAJA BUDAK INI

Si-biadap Wajar Dibuang Negera

RATUSAN  sudah laporan yang dibuat oleh pelbagai pihak terhadap kebiadapan Naib Ketua PKR, Tian Chua, dan dalam acara demonstrasi aman itu juga turut mendesak Tian Chua memohon maaf terhadap negara teruama keluarga anggota keselamatan yang terkorban.
            Tidak kurang juga yang mahu kerakyatan Tian Chua ditarik atau dilucutkan dan Tian Chua diusir daripada negara ini. Malah semalam dan kelmarin ketika menonton berita di TV3, terdapat pendemonstrasi yang mahu Tian Chua di hapuskan! Ini semua keluar dari mulut akibat rasa yang tidak tertahan lagi atas kebiadapan yang dilakukan oleh Tian Chua dan orang-orang yang sesesuktu dengannya.
            Bagi penulis meminta Tian Chua memohon maaf sama ada secara terbuka mahupun melutut ke kaki waris-waris terbabit tidak perlu lagi. Sudah tidak relevan lagi (pembangkang suka benar guna perkataan tidak relevan). Telah banyak kes kebiadapan puak-puak seperti ini 'cair' begitu sahaja setelah permohonan maaf dilakukan. Kemudian mereka mengulanginya lagi dalam versi yang lain pula.
            Tidakkah 'perbuatan mohon maaf' itu telah memperlekeh dan memperendahkan kita sendiri berikutan terlalu banyak kes-kes menaikkan darah orang melayu akhirnya cair begitu sahaja sedang perbuatan yang sama saling berulang?
            Justeru, Tian Chua dan mereka yang bersekutu dengan perbuatan Tian Chua itu wajar sewajar-wajarnya diLUCUTKAN kerakyatan mereka tanpa perlu belas lagi. Mereka juga perlu diusir dari negara yang berdaulat ini manakala harta kepunyaan mereka dirampas sepenuhnya.
           
             

Jagindas: Tiada maaf bagi mu, bahlol!

RAKYAT PERLU CURIGA TERHADAP ORANG LUAR

TAK PERLU LAGI BELAS KASIHAN!

Bersihkan PATI Hingga Putih Berkilat

PERISTIWA pencerobohan bersenjata di Sabah yang kini telah mengorbankan lapan anggota keselamatan negara wajar dijadikan sempadan kepada semua pihak rakyat Malaysia lebih-lebih lagi Kerajaan Malaysia untuk menilai semula kelembutan dan semangat toleransi yang diamalkan oleh negara ini supaya ia tidak sampai memakan diri sendiri.
            Kehadiran pendatang asing tanpa izin (PATI) di negara ini masih belum terhapus sepenuhnya. Mungkin juga masih ramai yang bertapak di sini. Negara perlu berpandang serong kepada semua PATI berikutan apa yang berlaku di Sabah menjadikan kehadiran tanpa di sedari dan berdokumen ini sebagai satu permulaan mengatur startegi.

Ahad, 10 Mac 2013

ISLAM JENIS APAKAH PENCEROBOH SULU INI?

Ketua PDRM dan Panglima ATM

Tiada Roh Manusia Ditubuh Mereka

ASTAGHFIRULLAH HAL'AZIMM.., Lahaulawala quwatailla billah hil'aliyil adzimm...subhanallah... Itulah zikir yang mengiringi mata penulis menghayati secebis video yang amat menyayat hati, perasaan dan amat membakar jiwa. Video itu memaparkan kekejaman tentera pencerobohan bersenjata sulu menyiksa, membunuh dan menghina jenazah anggota keselamatan kita yang telah mereka tawan menyebabkan enam daripada mereka terbunuh manaka sebelumnya pula dua anggota turut terkorban dalam satu serangan hendap.
            Seperti yang dilaporkan oleh media, sebelum ini penulis hanya dapat membayangkan keadaan zalim itu namun setelah melihatnya sendiri, nyatalah mereka memang bertubuh manusia tetapi akal, hati perut dan kelakuannya adalah binatang yang sehina-hina binatang. Jikapun mereka mengaku beragama Islam tetapi perilakunya lebih dahsyat daripada lanun. Tak mampu penulis meneruskan menonton pelakuan pengganas apabila sebilah pisau mula menyembelih leher seorang anggota keselamatan kita...Mengirap darah dan tanpa sedar air mata menyayat hati membasahi pipi. Memang laknat! Termasuklah mereka yang bersangkutan dengannya sama ada dari dalam mahupun dari luar negara!
            Memang wajar dan amat tepatlah kerajaan Malaysia menolak gencatan senjata kerana kumpulan terbabit juga tidak mematuhi makna orang tawanan sebaliknya kesemua tawanan di siksa, dibunuh dengan kejam sekjam-kejamnya - kesemua mereka yang terbunuh dipenggal kepalanya kononnya bagi memastikan tawanan benar-benar disahkan mati.
            Mereka bukan sahaja tidak mematuhi aturan Islam apatah lagi untuk mematuhi peraturan dunia seperti yang ditentukan dalam konvensyen Geneva terhadap mangsa dan tawanan perang. Biarpun insiden ini bukan satu peperangan namun kita sebenarnya sudahpun diperangi.
            Justeru, rakyat Malaysia bukan sahaja wajar mengutuk serangan penceroboh bersenjata Sulu itu, malah wajib bersatu hati demi mempertahan maruah dan kedaulatan negara.
            Sesungguhnya, kumpulan yang disifatkan pengganas itu adalah amat biadap, sombong dan zalim yang amat nyata. Bertepatanlah tindakbalas DS Najib yang menolak gencatan senjata bahkan mahu kesemuanya dihapuskan. Seperti yang pnulis kata sebelum ini hapuskan mereka jangan tingalkan walau sebiji benih pun!
            Justeru, wahai rakyat Malaysia (terutama-tamanya Melayu Islam) bersatu hatilah kita mempertahankan negara ini, bersamalah kita mendoakan semoga Allah memberikan kekuatan dan kemenangan kepada pejuang-pejuang negara biarpun dalam politik kita tidak sehaluan sekata. Tetapi ini adalah soal negara dan bangsa kita!
            Allah Huakbar! Allah Huakbar! Allah Huakbar!



Jagindas: Allah Tuhanku, mohon aku kepadaMu, berikan kami kemenangan dan campakkan kepada mereka (penceroboh) kehancuran serta laknat yang bekekalan...Amin!

Sabtu, 9 Mac 2013

KHALAYAK TERTANYA-TANYA: APA SEBENAR YANG BERLAKU?

Berikutan Azlan Buat Pusingan U
APA SEBENARNYA..?

KEBANYAK AKHBAR hari ini turut memapar berita di mana bapa kepada Mohd. Saiful Bukhari yang mendakwa di liwat DS Anwar Ibrahim membuat pusingan U apabila mendakwa kencenderunganan beliau mengheret anaknya itu adalah atas permainan pihak tertentu (kerajaan) sehingga beliau sangup merecipta fitnah sedemikian. Ringkasnya ia adalah satu konspirasi!
            Sehubungan itu, beliau yang dulu pernah berjuang keras bersama Anwar Ibrahim kini memohon kembali untuk 'rujuk' kepangkuan PKR. Sementera itu, Saiful pula mendakwa sebaliknya dan tetap berkeras serta ikhlas dengan sumpah laknat yang dilafazkannya beberapa tahun lalu bahawa "Dia di liwat oleh DS Anwar Ibrahim".[berita di sini]
             Sebuah portal pro-pembangkan turut melahirkan kekeliruan dengan perkembangan terbaru dua beranak itu, Azlan dan Saiful. Anda boleh membacanya di laman ini:  http://suarapakatanrakyat.com/2013/03/liwat-saiful-awas-perangkap-azlan.
            Justeru, timbul persoalan dikalangan khalayak: Apa sebenarnya yang terjadi? Permainan apakah yang sedang berlaku sekarang?

1.         Tergamakkah seorang bapa menganiaya anaknya sendiri?
2.        Apakah Azlan semudah itu tertipu dengan kenikmatan dunia (harta)
3.         Jika ini perangkap untuk Anwar, perangkap jenis apakah yang dipasang oleh Azlan?
4.        Jika dakwaan sebelum ini adalah satu konspirasi, siapakah pula yang akan jadi mangsanya?
5.         Di manakah akan berakhirnya isu ini...
6.        Ataukah ini satu sindiran kepada badan kehakiman dan pemimpin negara berikutan keputusan mahkamah sebelum ini dan perjalanan rayuan kes yang dikemukakan oleh 'mangsa' berkenaan?
7.         Atau, atau-atau-atau.....yakah?, Yakah-yakah-yakah!
           
            Astaghfirullah hal'adzim....
           
           
Jagindas: Belum masanya sekarang untuk mengulas isu ini...