Khamis, 14 Mac 2013

TAK PERLU BEREMOSI TONJOLKAN KEKUATAN DIRI DAN PARTI

ATAS: DS Mohamad Hasan
BAWAH: Siapa lagi...

Tenang Dan Cerialah Ketika Berbicara

SEJAK seminggu yang lalu, buletin jam 8.00 malam di TV3 memaparkan satu slot temubual dengan Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Datuk Seri Mohamad Hasan, mengenai pembangunan negeri itu dan projek-projek pembangunan yang sedang dan akan dilaksanakan. Sekali gus berita seumpama itu dipercayai akan menggerunkan pihak lawan dalam menghadapi pertarungan pilihanraya ke 13 nanti.
            Penulis ucapkan syabas kepada Mohamad Hasan kerana telah berkerja keras membangunkan negeri tersebut sepanjang penggal ke 12 dan sememangnya pembangunan dan kemudahan-kemudahan yang diberikan oleh kerajaan negeri dan pusat di negeri itu telah banyak menggusarkan pihak lawan yang bercita-cita besar menawan negeri itu khususnya Pas dan DAP.

ADA AGENSI BUAT SOAL SELIDIK KESELAMATAN NEGARA


Mustahil Soal Keselamatan Pun Kerajaan Nak Swastakan

PENULIS tidak pasti sama ada ini berlaku secara kebetulan dan adakah ianya dilakukan oleh agensi yang sah di sisi undang-undang. Yang penulis maksudkan secara kebetulan adalah ketika ini negara sedang bersiapsiaga menghadapi pilihanraya umum ke 13 (PRU13) dan pada masa sama pula negara sedang berjuang mempertahankan kedaulatan negara berikutan kebiadapan serangan daripada penceroboh bersenjata kumpulan yang mengaku kesultanan sulu dari Filipina. Malah ada cakap-cakap mengatakan pihak tidak bertanggung jawab akan menimbulkan huru hara ketika mahupun selepas pilihanraya dilaksanakan nanti.

TIAN CHUA DIDAKWA HARI INI (?)



Berikutan Kenyataannya Berbaur Hasutan

PENULIS terbaca satu berita kecil di akhbar tempatan hari ini yang menyebut mungkin Naib Pengerusi PKR, Tian Chua, akan didakwa di bawah akta hasutan di mahkamah hari ini. Dakwan tersebut dibuat berikutan kenyataannya yang mengkaitan isu pencerobohan bersenjata di Lahat Datu sebagai satu sandiwara Umno. Kenyataan sombong dan biadapnya itu telah menimbulkan kemarahan banyak pihak dan berikutan itu beratus laporan polis telah dibuat.
            Penulis amat berharap pendakwaan ini akan berlaku seperti juga yang diharap-harapkan oleh majoriti rakyat Malaysia. Justeru, penulis amat berharap pihak yang bertanggungjawab menyediakan kertas siasatan dan pendakwaan dengan penuh teliti serta menyediakan bukti-bukti kukuh terhadap pendakwaan itu.
            Sudah tentu, hati dan perasaan rakyat yang terguris lebih-lebih lagi anggota keselamatan serta keluarga-keluarga mereka mahu melihat Tian Chua dihukum atau menerima hukuman yang setimpal berikitan penghinaannya itu.
            Kita tidak mahu nanti, Tian Chua terlepas begitu sahaja disebabkan masalah teknikal dalam pertuduhan itu nanti. Kata-kata mahupun perbuatan menghasut sehingga boleh menimbulkan kemarahan ramai dan boleh menyebabkan berlakunya huru hara dalam negara adalah satu perbuatan yang 'amat serius' dalam negara yang berbilang bangsa, agama dan budaya.
            Sesunguhnya kebiadapan yang dilakukan Tian Chua itu memang tidak boleh terhapus dengan permohonan maaf sahaja.



Jagindas: Siapa sahaja, orang yang seperti Tian Chua ini wajar dihukum!

Rabu, 13 Mac 2013

DEMIKIAN KATA TUN MUSA HITAM....

TUN MUSA HITAM

Yang Bankrap Adalah Politik Perkauman Bukan Jika Pembangkang Memerintah

DIA pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Dia juga pernah menjadi Menteri Dalam Negeri ketika zamannya. Peristiwa berdarah di Kampung Memali adalah di bawah pentadbirannya ketika itu. Dia juga pernah bernafsu menajdi Perdana Menteri tetapi telah 'dinafikan' cita-cita besarnya itu oleh Dr. Mahathir (Tun) sehinggalah dia terkeluar daripada kabinet. Namun, kerajaan tidaklah membuang dia begitu sahaja. Sebagai orang yang pernah berjasa kepada negara, dia tetap 'dihormati'.