Ahad, 17 Mac 2013

BERI, TAPI MENYIKSAKAN

Susahlah Jib... deme ni semua kena 
ajor baru tau nak buat kerja...

Terima Madu Balas Racun

RUMAH sudah siap, pahat berbunyi lagi. Inilah cerita yang penulis kutip di kedai kopi sebentar tadi.
            INI lagi kasih boucer KAR1SMA@Hati Rakyat yang disifatkan penerimanya sebagai bagus tetapi menyiksakan. Bukan mereka tidak bersyukur atau berterima kasih kepada kerajaan tetapi karenah pengurusan menyebabkan program itu menyiksakan penerima.
            Memang, dalam keadaan sekarang bukan sahaja setiap satu program itu dibuat 3 dalam satu malah akalau ada 10 hal pun kita akan buat 10 dalam satu. Nak pilihanrayalah katakan... Kalau nak tunggu masa kempen sebenar mungkin tak sempat. Maka, apa-apa sahaja ruang yang membolehkan orang berkumpul masa itu kita akan balun (kempen) secukup-cukupnya.

TERTINGGAL LAGIIII.....



Kesian Najib, Penat Sendirian...

RAMAI yang merungut-rungut tidak puas hati terhadap pemberian bantuan khas KAR1SMA@Hati Rakyat berikutan berlaku yang patut dapat tidak dapat dan yang sebaliknya pula yang dapat.
            Kebanyakan golongan ini adalah orang-orang tua dan janda-janda miskin yang tinggal bersendirian. Mereka juga tidak mempunyai anak yang boleh membantu mereka atau kalau adapun mereka pun tidak faham.
            Tentunya, kerajaan mengharapkan agen-agen masyarakat dan komunitilah yang mengembangkan maklumat ini ke dasar.Namun ia itu tidak berlaku. Barangkali, kalaupun berlaku ia dikembangkan kepada sanak saudara dan puak kaum kerabat sahaja.

MANE TINDAKANNYA WEH HOI?

Apa Itu Tiada Kompromi, Serta-Merta 
"TIADA KOMPROMI - TINDAKAN SERTA MERTA DIAMBIL"

(Nak tahu? Ini jawapannya!)

SEJAK insiden serangan penceroboh bersenjata di Lahat Datu, Sabah, ramai yang gatal mulut dan gatal berkurap tangan. Selain Naib Pengerusi PKR, Tian Chua, pelakon 'mohon maaf' dan bakal menjadi hero filem Lahat Datu, seorang guru di Kelantan turut gatal tangan menyerikan mukabukunya (facebook-fb) mengambil kesempatan emas itu untuk menghina pasukan keselamatan yang mempertahankan kedaulatan negara.
            Pegawai-pegawai yang berkaitan telah memberikan pelbagai reaksi. Rata-rata mereka menyatakan 'tidak akan berkompromi' dengan penjawat awam yang sedemikian rupa.
            Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin kata begitu. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Seri Abd Ghafar Mahmud, pun kata begitu. Dan paling sedap didengar adalah komen daripada Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa, yang dipetik sebagai berkata "Tindakan Tatatertib Serta Merta" akan dilaksanakan ke atas pegawai atau guru terbabit. Tiada kompromi dan tiada maaf baginya. Kesiaannn..

Sabtu, 16 Mac 2013

PENYOKONG TEGAR PERBUATAN TIAN CHUA JUGA HARUS DIDAKWA.....

Lain macam je muncung Mat Sabu tu....

Boleh Dorong Pengikut Lakukan Huru-Hara

KELMARIN, Naib Pengerusi PKR, Tian Chua, telah didakwa di bawah akta hasutan 1948. Begitulah ringkasan tajuk dan isi berita membabitkan Tian Chua yang menjadi kemarahan rakyat jelata (majoriti) berikutan kenyataannya yang disifatkan sebagai menghina dan berunsur hasutan berikutan serangan penceroboh bersenjata puak kesultanan Sulu di Lahat Datu sabah.
            Oleh kerana ia sudah menjadi kes polis dan mahkamah, maka penulis fikir biarlah mereka yang bertanggung jawab menyelesaikannya. Sama ada dibebas dan dilepaskan, didenda RM5,000 (apa ada 5ribu...), dipenjara tiga tahun, atau kedua-duanya sekali - kita tunggu sajalah...
            Namun, tidak menjadi hal jika rakyat jelata mahu menunjukkan bantahan dan kemarahan terhadap dia asalkan ia dilakukan dalam keadaan aman dan ikut prosedur yang telah ditetapkan. Teruskan! Memang wajib kita bebuat begitu kerana Tian Chua bukan sekadar bacul tetapi melakukan biadap yang melampau!
            Pun begitu, bagi penulis mereka yang beria-ia penuh semangat menyokong Tian Chua dengan menafikan dia telah melakukan kesalahan di bawah akta tersebut, penulis fikir pihak keselamatan atau pihak berkuasa harus juga meneliti sejauh mana sokongan yang diberikan oleh mereka itu.
            Bagi penulis, ada ketikanya sokongan yang melampu juga boleh mendorong kepada permainan sentimen rakyat untuk terus membenci kerajaan seterusnya mendorong rakyat bertindak sesuatu yang diluar batasan atau dugaan.
            Justeru, barangkali orang-orang seperti Mohamad Sabu (Mat Sabu) juga wajar diberi perhatian dalam konteks ini dan dibawah akta yang sama iaitu akta hasutan 1948.
            Apa-apa pun, kita kena ingat peringatan orang tua-tua supaya sentiasa mengawal cetusan nyalaan api jangan sampai marak dan menyelerak. Api - kecik kecil jadi kawan yang telah banyak membantu kita dalam kes-kes masak memasak dan sebagainya tetapi sesudah menjadi besar ada kalanya pihak bomba pun tidak mampu membelasahnya! Bukankah?



Jagindas: ....Kalau sokong membawa rebah tak apalahh.