Isnin, 8 April 2013

CAKAP-CAKAP PRU13 (11) - UNDI PARTI BUKAN CALON


Calon Pulak Janganlah Tak Sedar Diri!

PERINGATAN daripada kalangan pemimpin tertinggi dan veteran Barisan Nasional (BN) supaya pengundi dalam pilihanraya kali ini (PRU13) tidak menumpu kepada calon sebaliknya mereka diminta supaya memastikan parti (BN) tetap menang besar wajar diperhalusi oleh semua calon yang akan mewakili parti BN dalam pertandingan itu nanti.
            Bermakna, siapa sahaja calon BN yang menang nanti tidak boleh berperasaan bahawa mereka sebenarnya diterima rakyat 100% lantas terbit dalam diri dia berasa kuat. Sebaliknya, setiap calon yang menang mesti melihat secara keseluruhan tugas dan tanggung jawab mereka terhadap parti dan rakyat.

HEBATKAH ABPBH 2013

Setelah Berulang Tahun Mengendalikannya




KOMEN penulis mudah sahaja: 

Huru-hara dan meloyakan daripada juruacaranya sampailah  kepada persembahan-persembahan yang dipersembahkan. Hebat, tapi meloyakan! Bagaikan tidak pernah belajar daripada pengalaman lalu. Berita Harian harus malu terhadap tahap persembahan APBH malam tadi..Rancangan tersebut bukan dijalankan secara tertutup tetapi ke udara ke seluruh pelusuk tanah air dan ditonton oleh segenap lapisan dan ras masyarakat rakyat Malaysia. Malah, barangkali juga ke seluruh dunia.
           

Jagindas: Walaupun ia bersifat hiburan dan santai tetapi hendaklah disampaikan dengan berdisiplin, serius tetapi menghiburkan. Bergurau, tetapi bukan mengada-ngada dan meloyakan!

Ahad, 7 April 2013

CAKAP-CAKAP PRU13 (10) - JANGAN ULANGI KESILAPAN YANG SERUPA


Selalu Insaf Agar Tidak Lupa Diri

PENULIS tidak berkesempatan untuk turut serta bersama puluhan ribu gelombang biru di Stadium Putra, Bukit Jalil bagi menyaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, melancarkan manisfesto pilihanraya umum ke 13 (PRU13) apa yang disebutkan beliau sebagai Akujanji Barisan Nasional (BN).
            Meskipun penulis mengikutinya menerusi siaran langsung di TV, namun dapat dirasakan betapa semaraknya penyokong BN dan betapa 'kelasnya' akujanji yang dilafazkan oleh Najib. Benarlah seperti katanya, tidak ada negara lain di dunia ini yang berani mencuba untuk mendahulukan kepentingan rakyatnya sehingga sedemikian. Biarpun ia adalah aku janji untuk PRU13, namun pada hakikatnya kerajaan BN telah pun melaksanakannya terlebih dahulu. Benar seperti yang didakwa beliau bahawa tidak ada yang terpinggir dan dipinggirkan!

CAKAP-CAKAP PRU13 - (9) - KLASIK NASIONAL IMBAU KENANGAN


Terkenang Zaman Askar Di Perbatasan Tahun 60an

SEJAK peristiwa terkorbannya 10 anggota keselamatan dalam mempertahankan kedaulatan negara di Lahad Datu ketika menghadapi serangan penceroboh bersenjata pengganas Kiram, Radio Televisyen Malaysia (RTM) begitu kerap memainkan lagu-lagu berjiwa patriotik terutama di saluran antiknya Klasik Nasional.
            Lagu-lagu seperti Inilah Barisan Kita dendangan Jamaludin Alias bersama Kombo RTM, Sanisah Huri dengan lagunya Si Baju Hijau, Ahmad Jais bersama Kucupan Azimat dan Salmah Ismail (Saloma) pula dengan lagu Perwiraku adalah antara lagu-lagu berunsur patriotik yang begitu kerap dimainkan di saluran Klasik Nasional RTM sekarang. Ramai lagi penyanyi yang turut merakamkan lagu-lagu berelemen patriotik zaman 60-an dulu seperti M Bakri, A Halim, Jefridin dan yang seangkatannya. P Ramlee dan anak-anak seni sesazamannya juga tidak terkecuali.