Sabtu, 13 April 2013

CAKAP-CAKAP PRU13 (19) - HADKAN TEMPOH KHIDMAT WAKIL RAKYAT

Lambang Kemegahan Negara

2 Penggal, Kecuali PM dan TPM

SEKEJAPPPP SAJA lagi.. akan berlansunglah pilihanraya umum ke 13 (PRU13). Selepas saja selesai proses itu negara (atau tepatnya Barisan Nasional - BN) sekali lagi akan menyaksikan sama ada akan diluluskan untuk memperbaharui 'lesen' pemerintahannya atau dibatalkan terus. Jika 'terbatal', maka bernakna ia akan memberi laluan pula kepada 'pelesen' baru memerintah negara ini bagi penggal ke 13 (2013 - 2017). Sebagai penyokong kerajan BN, penulis bermohon ke hadrad Ilahi mudah-mudahan bencana itu tidak berlaku dan BN kekal memerintah Malaysia termasuk di semua negeri-negeri dalam jajahan takluknya, amin!
            Seperti lazimnya, setiap kali menghadapi musim pilihanraya banyak cerita dan peristiwa yang berlaku dalam parti-parti yang bertanding dan antara yang agak hangat menjadi igauan adalah tentang pemilihan calon-calon yang bertanding serta kawasan-kawasan yang akan mereka tandingi.

Jumaat, 12 April 2013

CAKAP-CAKAP PRU13 (18) - MCA DAH MULA RAYU UNDI, UMNO, MIC BELUM

LEE CHEE LEONG .. Rayu Undi BN

Masih Tunggu Penamaan Calon

KETIKA sedang asyik bersarapan pagi bersama keluarga di sebuah warung pagi ini tiba-tiba penulis dikejutkan apabila bahu penulis ditepuk dari belakang dengan ucapan: "hallo, selamat pagi, saya Lee Chee Leong dan ini calon DUN kita Mr. Chan... Kami mohon saudara-saudara sokong dan undi Barisan Nasional (BN) nanti".
            "O.. Datuk Chee Leong. Selamat pagi. Jemput minum bersama. Nak tanya sikit Datuk, apa macam saya punya permohononan lesen senjata api? Sudah dua tahun, tiga kali rayuan. Semua surat ada salinan terus kepada you.." saya menyahut sapaannya.
            Dia nampak tergagap-gagap, lantas berkata dia akan cuba tengok kembali lalu terus mendapat orang ramai yang lain di seluruh pekan kecil itu bagi memulakan proses merayu undinya. Undi untuk BN meskipun belum tentu lagi dia dan sahabatnya menjadi calon, sebab Pengerusi BN belum mengumumkannya.
            Bukan lesen senjata api yang penulis hendak ceritakan di sini. Penulis pun faham memang prosedurnya ketat. Saja-saja mengusik musim-musim pilihanraya ini ... itu perkara biasa... hehehe..
            Yang penulis nak beritahu adalah petugas perayu undi dan kempen MCA sudah mula bergerak tanpa bertapakkan program atau majlis. Namun petugas dari kalangan UMNO masih belum ada apa-apa lagi. Berat kaki, berat perut, berat poket berat mulut.
            Ada katanya nak tunggu sehingga penamaan calon diumumkan barulah mereka nak bergerak. Maknanya, kalau orang lama tidak dicalonkan, maka barangkali dia tidaklah mahu penat-penat ke hulu kehilir merayu undi. Biarlah calon baru yang buat kerja lebih... Begitukah?
            Jadi, maknanya lu olang semua masih tidak faham apa itu prinsip dan konsep "Pentingkan Parti Bukan Calon". Sama ada terpilih semula atau tidak, anda semua mesti mulakanlah kerja untuk parti dari sekarang. Sekarang! Kita datang merapati pengundi pun bukan kata "undilah saya", kita cuma rayu agar mereka beri undi kepada BN. Berat sangatkah nak berjalan dan berkata: "Saya harap tuan-tuan tetap beri sokongan pada BN. Tuan-tuan jangan lupa pangkah BN nanti... Itu sahaja.


Jagindas: Orang UMNO bercita-cita nak menang tetapi bukan menang besar! Agaknya la.....

CAKAP-CAKAP PRU13 (17) - NIK AZIZ SEMAKIN MENGARUT

SEKADAR HIASAN....

Dia Mendahului Kerja Tuhan

SEPERTI yang makmum sedia maklum, apabila Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) memutuskan sesuatu fatwa terhadap sesuatu isu baru atau kajian semula terhadap sesuatu isu berbangkit, maka ia adalah digunapakai sebagai ajaran yang sah dan mesti dipatuhi oleh setiap umat Islam yang akil baligh. Sekali gus ia bermakna, hanya faktwa daripada MFK sahaja yang wajib dan boleh diguna pakai. Yang lain daripada itu kena tolak ke tepi, mengarut bahkan membahayakan umat Islam!

Khamis, 11 April 2013

CAKAP-CAKAP PRU13 (16) - GELOMBANG BIRU SUDAH MENYERANG

Pembangkang Mula Main Gila Bayang


KALAU sudah takut dengan bayang-bayang, macam-macam cerita mula direka. Tengok bebudak pakai baju biru pun dikatakannya tentera Umno, tentera BN! Macam-macam alasan menjadi pesan dan fatwa. Begitu jugalah agaknya kalau orang yang takut mati - semua ubat dianggapnya bagus, ditelannya semua! Baginya yang penting nyawa masih ada biarpun tinggal nyawa-nyawa ikan tetap dikatakan belum nak mati lagi, masih kuat lagi.
            Sebenarnya, inilah semangat yang patut dipuji. Malangnya penuh dengan gila babi. Jadi, tak perlulah diuji-uji lagi. Biarkanlah mereka 'mati' slow and steady.
            Ambek kau! Padan muka! Ooops... maaf, tak baik cakap macam tu...Maksud penulis, bila mengundi nanti, Undilah Barisan Nasional sebuah parti yang sihat akal fikirannya dan tidak berpenyakit gila babi. Sikit-sikit calar tu biasalah beb, manusia... Bumi mana yang tidak ditimpa hujan...Yang kita bimbang janganlah hujan sehingga menyebabkan banjir besar!
            Ingat tu, BN. Bukan Bini Najib (ini pembangkang kata sebab mereka tak tahu baca). Bacaaan sebenarnya BARISAN NASIONAL berlambangkan dacing yang adil dan saksama.


Jagindas: Mari kita lihat siapa yang kenaaa....