Isnin, 15 April 2013
Ahad, 14 April 2013
CAKAP-CAKAP PRU13 (22) - HADI YAKIN ITU BUKAN MUSTAFA ALI
![]() |
| Hadi...Akan sembahyang hajat |
Akan Sembahyang Hajat Atas Fitnah Itu
DATUK SRI HADI AWANG berkata beliau
akan sembahyang hajat sendirian dalam masa terdekat ini berikutan 'fitnah' pendedahan
video seks yang didakwa mirip wajah Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali,
baru-baru ini.
Menyifatkan
perbuatan itu sebagai fitnah sekaligus menolak orang yang dalam video itu
adalah Mustafa, beliau mengutuk perbuatan tidak bermoral itu sebagai budaya politik
tidak sihat, kotor dan tidak ada dalam didikan Islam.
Agak
aneh apabila Hadi mengatakan beliau akan sembahyang hajat bersendirian tidak
seperti selalunya apabila Pas mengahadapi kes 'fitnah' seperti itu mereka akan
melakukan sembahyang hajat perdana malah adakalanya seluruh ahli Pas dikerah
berbuat demikian..
Sabtu, 13 April 2013
CAKAP-CAKAP PRU13 (21) - PERLUKAH MUSTAFA BERUNDUR?
Tapa Perlu Belajar Daripada Anwar
![]() |
| Antara pahlawan pejuang Pakatan Rakyat... |
SECARA TIBA-TIBA pula
cerita-cerita promosi pilihanraya jatuh ranking
walaupun kini masanya sedang hangat penuh bahang di mana-mana. Ini kerana,
cerita yang mengkaitkan video seks mirip wajah Datuk Mustafa Ali lebih mendapat
tempat di hati khalayak. Yang menggunakan media maya akan terus melayari di
mana saja tapak yang ada menceritakan hal tersebut.
Manakala
rakyat marhaen pula yang mengharap daripada paparan akhbar akan terus menjadi
penunggu setia akhbar-akhbar tempatan setiap pagi menjelang. Apapun ia bersifat
sementara...
"Mustafa Ali? Ye ke? Isyh..."
Itu yang pertama terpacul dari muncung khalayak tidak kira sama ada dia orang
Umno, Pas mahupun yang di atas pagar! Meskipun wajah pelaku yang melakukan hentakan
seks dalam video itu didakwa sekadar mirip wajah Mustafa Ali, namun sudah ada
suara-suara tekanan dalaman mahukan beliau meletakkan jawatan seterusnya
memerap di rumah bagi menjaga imej Pas kononnya. Apa lagi saat genting sekarang
menghadapi gelombang PRU13.
CAKAP-CAKAP PRU13 (20) - PERIHAL SEKS DAN VIDEO SEKS
Yakah Mustafa? Atau Isterinya kah Itu?
![]() |
| Datuk Mustafa, tabahkanlah hati menghadpi dugaan.... |
China Doll bersama Sheikh
Anwar Ibrahim belum lenyap lagi, drama berat Sheikh Badrulamin dengan sang
isteri orang masih meninggalkan persoalan meskipun pada dasarnya sudah selesai,
kisah orang kaya Azmin Ali menjual Ais Kerim Malaysia pun masih ping pong ping
pong. Dan, di celah-celah kemelut itu, timbul pula kononnya Setiausaha Agong
Parti Pas, Datuk Mustafa Ali juga berkemampuan melakukan apa yang
rakan-rakannya lakukan meskipun dalam seusia demikian.
Apabila
pihak media meminta kepastiannya, Pak Shiekh Tapa menafikan kandungan video itu
adalah dia namun Tapa enggan pula memberikan komen panjang lebar mengenainya sebaliknya
menyerahkan kes 'fitnah' itu kepada peguamnya. Berdasar kepada lumrah manusia,
si pembunuhpun tidak akan mengaku membunuh melainkan dia kalah dalam
pertarungan di mahkamah. Kalau dia menang pulak, dapat sahajalah dia membunuh
dan yang terbunuh dianggap macam mati katak.
Langgan:
Ulasan (Atom)



