Sabtu, 4 Mei 2013

CAKAP-CAKAP PRU13 (56) : PERKUATKAN KESABARAN..



Allah Pasti Bersama Kamu!

            Kepada orang-orang BN terutama orang Melayu, mulai saat ini bertahanlah dengan kesabaran yang tinggi. Jangan sesekali memulakan biarpun kata-kata memancung jantung. Sabar! Ingat, Allah Taala tetap bersama orang-orang yang sabar. Sabar yang kena dan perlu pada tempatnya.
            Berdoalah, pertama supaya Allah memberi kemenangan kepada BN dan kedua semoga Malaysia selama-lamanya kekal aman, makmur dan sejahtera.
             Syyyyyyy...., dah tengok video yang dikatakan mirip wajah Nurul Izah anak Anwar dan Wan Azizah. Katanya, Azizah tak nafikan itu adalah Izzah! HEHEHEH..... "Bapa borek anak rintik. Begitu kueh, demikianlah acunya. Ke manalah tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi"
              Jadi, adakah anda nak undi selain daripada BN?

CAKAP-CAKAP PRU13 (55) : UNDILAH DACING..

Besar, Teguh, Kuat, Peramah!

"PILIH INI SAHAJA..."

ESOKLAH harinya. 05 Mei, 2013 adalah hari mengundi bagi Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13). Mereka yang sudah disahkan sebagai pengundi sah berdaftar, keluarlah dengan penuh yakin demi untuk satu tugas yang amat penting setiap lima tahun sekali iaitu memilih satu parti yang boleh diyakini membawa kesejahteraan kepada negara bukan parti yang menghadiahkan bala kepada rakyat.
            Yakinlah kepada Barisan Nasional (BN). UndilahBN. Penulis menyeru kepada semua umat Melayu dan Islam, Cina, India dan lain-lain kaum supaya membulatkan hati kepda BN. Pilihlah BN dan janganlah berpaling lagi.
            Sesungguhnyamemilih kerajaan tidak seperti memilih baju di pasaraya. Atau memilih kasut di kedai-kedai sukan. Jauh sekali seperti menampilkan sebuah drama berat yang hanya meraut hati dan jantung ketika dipersembahkan sedangkan di belakang tabir pelakon-pelakonnya gelak ketawa melihat penonton yang terheret bersama drama tersebut.
             Ingat, keluar mengundi bukan suka-suka. Tetapi kita mengundi kerana hati suka. Justeru, setiap kita, setiap rakyat Malaysia mesti sukakan hati kepada BN.
            Kalau Allah Taala mengizinkan, kita perlu menang 221 kerusi parlimen (satu kerusi di Pasir Mas dah terlepas) dan menawan seluruh negeri dalam Malaysia. Namun, paling tidak pun kita menagih kemenangan tidak kurang daripada 150 kerusi.Tiada yang mustahil dalam urusan ini, jika rakyat Malasyia berfikiran rasional serta wajar semasa membuat pangkahan di kotak mengundi nanti. Lupakan lain-lain lambang. Tidak perlu melihat kesemuanya. Tumpukan kepada gambar lamvbang dacing dan sempurnakanlah pangkahnya di kotak kanannya.
            Lupakan sebentar apa yang terbku di hati apalagi janji manis yang tidak bertiang seri daripada pihak pembangkang. Janganlah nanti, mati semut kerana gula. Atau ibarat memberi bunga kepada sang kera.
            Untuk orang Melayu dan Islam, selagai sultan dan agung masih bertakhta, undilah BN. Itu raja kita, itu tunggak kita tunggak negara yang cintakan kedamaian dan kemakmuran.

Jagindas: Tenangkan fikiran, jangan panik dan esok sebelum pukul 5 petang tunaikanlah tanggung jawab tuan-tuan sebagai pengundi. Dan bila mengundi, pilihkan BN, BN, BN, BN, BN.....

Jumaat, 3 Mei 2013

CAKAP-CAKAP PRU13 (54) : MENGAPA PULA BEGINI JADINYA..

Malaysia sudah maju..

Konon Cuba Sepenggal Sahaja..

KELMARIN DAN SEMALAM memang penulis untukkan masa bertemu dengan rakan-rakan kaum tionghua khususnya golongan peniaga dan golongan berusia lingkungan 40an ke atas termasuk pemandu teksi dan pemandu lori. Penulis mencuri masa sedikit menemui mereka di beberapa tempat dan kawasan pilihanraya. Sembang-sembang politik sambil minum air teh cina panas. Kali ini memang penulis mahu mendapatkan secara jelas di mana kedudukan hati pengundi golongan itu.
            Sakit hati. Memang sakit. Tetapi penulis tetap sabar. Mengapa? Menurut mereka majoriti besar kaum cina tidak akan memilih BN lagi hanya dengan beberapa alasan yang amat lemah nilainya. Majoriti besar! Dakwa mereka kerajaan yang ada sekarang sudah tua dan perlu ditukar baru. Dakwa mereka lagi, tiada salahnya mencuba tukar baru hanya untuk sepenggal. Jika segala-galanya berjalan lancar atau bertambah baik, mengapa tidak ia diteruskan? Dan, jika kerajaan yang baru itu nanti gagal maka rakyat wajiblah beralih semula kepada BN. Wah! begitu mudah, seperti menukar pakaian laksananya!

Khamis, 2 Mei 2013

CAKAP-CAKAP PRU13 (54) : MENGAPA PULA KETIKA INI JUGA BAPA SAIFUL FLIP-FLOP

Azlan Mohd Lazim...Insaf dan mohon maaf

Kenyataan Azlan Tidak Konkrit

KES BAPAK Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim, yang menarik semula pengakuannya sebelum ini bahawa musibah yang menimpa anaknya itu adalah angkara konspirasi politik untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim, semalam, bagi penulis ianya tidaklah mengejutkan mana-mana pihak namun ia tetap meninggalkan bebebrapa persoalan.
            Ini kerana Azlan tidak pula menjelaskan mengapa berlaku kekeliruan dalam dirinya (keluarganya barangkali) sebelum ini. Tentu ada sebabnya. Dan, sebab (sebab-sebab) itu wajar dimaklumkan kepada umum sebagai tanda keikhlasan pengakuan terbarunya serta bagi mengikhlaskan khalayak menerima sebuah pengakuan baru itu yang menyongsang tindakan asal beliau sebelum ini.