Isnin, 6 Mei 2013

TAHNIAH BARISAN NASIONAL!

Add caption

5 Tahun Yang Penuh Onak Dan Duri

UNTUK hari ini, penulis mahu merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada BN yang sekali lagi dapat mempertahankan meneraju negara ini. Kemenangan dalam jangkauan 133 kerusi itu memang sudah penulis jangkakan seperti yang tersirat dalam beberapaentri sebelum ini. Memang, kita menang tetapi maruah kita sudah tercalar dan tercabar. Tidak payahlah dilebar-lebarkan cerita kerana saudara-saudara sendiri sedia maklum apatah lagi yang mengikuti perkembangan keputusan PRU13 sepanjang malam dan padi tadi.
            Nasihat awal, selepas ini berhati-hatilah ketika membangunkan sesuatu kawasan baru sama ada penempatan mahupun bandaran. Jangan nampak untung sahaja kerana akhirnya menerima rugi. Rugi besar! Penulis pernah menyatakannya dalam beberapa entri sebelum ini kesan dan akibat itu dan akhirnya penulis dapati benarlah demikian berlakunya.
            Untuk sementara ini, mari kita renung-renungkan kembali perbandingan dua keputusan pilihanraya di bawah:

PRU 12
Kerusi Parlimen: BN 140 PAS 23 PKR 31 DAP 28

Kerusi Dun: BN 307 PAS 83 PKR 40 DAP 73

PRU 13
Kerusi Parlimen: BN 133 PAS 21 PKR 28 DAP 38

Kerusi Dun: BN 275 PAS 85 PKR 49 DAP 92

           
Jagindas: Suka bercampur duka, antara senyum dan tangis...

Ahad, 5 Mei 2013

CAKAP-CAKAP PRU13 (58) : CCTV, 'THUMB PRINT' DI PUSAT MENGUNDI MASA DEPAN...

Setiap Pengundi Dirakam Elak Penipuan


Suasana di luar Pusat Mengundi

Antara langkah keselamatan yang berlaku semasa mengundi adalah;

1. Mendapatkan tiket untuk kebenaran masuk saluran pusat mengundi
2. Masuk ke saluran yang ditetapkan
3. Meneliti kad pengenalan bagi menentusahkan pengundi dengan senarai cetak yang disahkan oleh SPR
4. Jari pengundi dicalitkan dakwat khas
5. Kertas undi diberi dan nama pengundi dipotong tanda sudah mengundi
6. Pengundi masuk ke kotak mengundi dan melakukan pengundian
7. Kertas undi dimasukkan ke kotak undi P dan N
8. Pengundi keluar dan beredar dari pusat mengundi.

LAWAK TAK KENA PRU13: KENA PANGKAH DUA-DUA KE..?


Ada Yang Pangkah Parlimen Saja...

KISAH berlaku di satu tempat pusat mengundi. Sejak pagi tadi penulis saja-saja melihat gelagat pengundi di situ terutama fokus kepada orang muda yang kali pertama mengundi. Itulah satu sejarah dalam hidupnya dalam menggunakan haknya sebagai rakyat bagi menentukan kerajaan pilihan hatinya.
            Seorang pengundi berusia 23 tahun keluar daripada pusat mengundi dengan senyum dan penuh ceria. Barangkali dia begitu puas kerana berkesempatan menunaikan tangungjawabnya. Lalu, penulis merapatinya dan ingin mendengar cerita pengalaman pertamanya itu setelah dia mengeshkan itu adalah pengalaman pertamanya.
            Katanya, pada mulanya dia merasa agak gementar juga. Tidak tahu pula apa yang menyebabkan dia jadi begitu sedangkan ramai orang bertujuan sama berbaris bersama-samanya. Dia dengan girangnya memberitahu bahawa dia telah memangkah pilihan hatinya untuk kerusi parlimen kawasan itu.
            Kemudian penulis bertanya, bagaimana dengan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)? Lalu pengundi muda itu bertanya balik: Kena pangkah dua-dua ke?
            MasyaAllah, nayalah satu undi untuk satu daripada DUN kawasan berkenaan. Setelah penulis jelaskan kepadanya, dia beria-ia beranggapan bahawa hanya parlimen sahaja yang perlu di pangkah manakala yang lain-lain tidak perlu.
            Penulis tidak menyalahkan pengundi itu 100% peratus. Kerana, pertama ini adalah pengalaman pertamanya manakala kedua, barangkali dia tidak mempunyai masa yang cukup untuk memahami kaedah pemilihan yang dijalankan dalam mana-mana PRU.
            Masa ada sistem ketua sepuluh dulu-dulu, perkara-perkara seperti ini memang dititik beratkan ibarat tok imam mengingatkan makmum sebelum sembahyang hari raya....
            Ingat..., pelanggan selalu benar!


Jagindas: Maknanya, masih ada yang bersikap " take for granted.." terhadap pengundi-pengundi. Macamlah aktiviti PRU ini dijalankan sebulan sekali. Lima tahun sekali yop!

CAKAP-CAKAP PRU13 (57) : SELAMAT MENGUNDI...


Pilihlah Parti Yang BERWIBAWA Bukan Calon Yang Anda Suka!

JANGAN PANIK!!!! Keluarlah mengundi dengan gembira dan yakin. Inilah tugas yang paling senang dalam hidup kita barangkali, tetapi tertanggung tanggung jawab yang amat berat.
            Biar apapun keputusannya nanti, semua pihak hendaklah menerimanya dengan redho dan syukur. Jika menang, bersyukurlah dengan kehendak Allah itu serta redholah dengan kemenangan itu dengan ertikata laksanakanlah tugas-tugas dan tangung jawab anda sebagai pemerintah seterusnya.
            Sekalipun kalah, bersyukrlah juga dengan kehendak Allah itu kerana di situ terkandung berbagai hikmah serta redholah dengan kekalahan itu dengan erti kata menginsafi diri.
            Jangan berbuat sesuatu yang diluar batas. Letakkan akal dan pemikiran setiap kita ke takhta yang semulia-mulianya. Kita adalah manusia yang dikurniakan Allah akal dan fikiran, hati dan perasaan. Justeru, kawal dan pandulah diri dalam suasana yang aman dan harmoni.


Jagindas: Tetap dengan lambang dacing!