Ahad, 12 Mei 2013

TABIK HORMAT KEPADA SINGAPURA

Haramkan Mereka Memasuki Singapura Untuk Tempoh 50 Tahun
Mingguan Malaysia  12/5/2013

BARANGKALI, menyangka PAP ada hubungan baik dengan DAP, maka tanpa segan silu rakyat Malaysia keturunan cina yang berada di Singapura mengadakan majlis demonstrasi sebagai tanda sokongan bantahan terhadap perjalanan PRU13 baru-baru ini seperti yang sedang dilakukan oleh Anwar, Guan Eng dan Kit Siang sekarang dalam program road show mereka ke seluruh negara.
            Namun, tanpa sebarang alasan dan amaran, Singapura terus menangkap mereka di mana seramai 21 orang daripada akan didakwa di mahkamah negara itu kerana berbuat sesuatu yang melanggar undang-undang negara tersebut. Penulis respek habis Singapura dalam bab ini kerana melaksanakan tindakan tanpa tangguh-tangguh..., tanpa tapi-tapi...
            Berlainan pula di sini, pihak berkuasa hanya menyatakan dan memaklumkan kepada khalayak sebagai:

1. Tiada permit dikeluarkan untuk perhimpunan tersebut...
2. Tiada permohonan diterima untuk tujuan perhimpunan berkenaan....
3.  Penganjur boleh didakwa di bawah akta......

            Hakikatnya, perhimpunan demi perhimpunan, ejekan demi ejekan, kurang ajar demi kurang ajar terus dilakukan oleh manusia (kalau masih releven di pangil manusia) yang sama.
            Akhirnya penulis menghampiri percaya bahawa azimat dan tangkal yang dipakai oleh puak-puak berkenaan memang mustajab dan kebal sungguh. Agak-agaknya, bomoh mana yang mereka guna?

Jagindas: Semoga Singapura mengharamkan mereka terbabit memasuki negara itu sekurang-kurangnya dalam tempoh 50 tahun kalau tidak pun larangan seumur hidup!


BERI RUANG MCA DAN GERAKAN BETULKAN PARTI

Chua Soi Lek

Hormati Keputusan Mereka..

SUDAH SAMPAI MASANYA rakyat wajar menghormati pendirian parti MCA dan parti Gerakan yang bertegas tidak akan menerima sebarang jawatan dalam kabinet DS Najib bagi penggal ke 13 ini atas alasan konon kedua-dua parti bertangung jawab terhadap kegagalan mereka meraih sokongan kaum cina serta kecewa dengan sikap pengundi kaum itu dalam PRU13 baru-baru ini.
            Meski, banyak pihak yang mempertikaikan keputusan itu malah ada juga yang turut merayu agar kedua-duanya menimbang kembali keputusan tersebut demi kesinambungan perjuangan BN dan komuniti cina di negara ini.

Sabtu, 11 Mei 2013

KABINET MENURUT PANDANGAN A KADIR JASIN

A Kadir Jasin

Bagi Memeriah Dan Mengharmonikan Semula Malaysia Raya

Bekas ketua pengarang Kumpulan Akhbar The New Straits Time (M), Datuk A Kadir Jasin, turut memberikan pandangannya terhadap kabinet Malaysia penggal ke 13, khusus buat Datuk Seri Najib untuk dipertimbangkan. Saya melihat pandangan dan cadangannya itu bernasdan sangat baik untuk dijadikan panduan kepada PM. Berikut, penulis salin dan tampal tulisan beliau itu yang saya petik dari blog beliau:

RUKUN NEGARA KITA INDAH DITINTA SAJAKAH?..

YDP AGONG dan RAJA PERMAISURI AGONG 
PERTAMA MALAYSIA

Mengapa Dibiar Dipersenda!
SECARA MUDAHNYA, rukun negara yang berpaksi kepada lima teras adalah sebagai maksud inti terhadap perlembagaan persekutuan. Semua rakyat Malaysia yang sah mesti mengamal dan mematuhinya. Mesti bermaksud seseorang rakyat akan disabitkan salah jika melanggar atau cuba melanggar kesuciannya. Manakala rakyat-rakyat negara lain yang datang ke negara ini mesti menghormati nilai-nilai yang terkandung di dalamnya.