Khamis, 16 Mei 2013

SELAMAT HARI GURU 2013


Terima Kasih Cikgu

PAGI tadi, talian ada sedikit masalah. Lembam, slow nak mampus. Makanya, cadangan untuk kemaskini blog pagi tadi terpaksa dibatalkan. Namun rasanya masih tidak terlambat untuk merakamkan ucapan Selamat Hari Guru kepada semua guru di Malaysia termasuk yang sudah bersara. Kepada guru-guru yang beragama Isalm dan telah meninggal dunia, penulis hadiahkan Al-Fatihah buat mereka.
            Sama ada yang masih hidup mahu pun yang telah meninggal dunia, semoga kalian semua dirahmati Allah. Terus-teruslah menyumbang bakti kepada anak didik terutama anak bangsa.
            Penulis tiada apa yang hendak dikongsikan tetapi rakan penulis ada berkata iaitu semoga semua guru mengelakkan diri daripada kencing berdiri! hehehe...

Jagindas: Teringat kata-kata Prof. Atan Long - lupa adalah satu daripada nikmat yang diberikan Allah kepada manusia...Agak pelik bunyinya, tentu dalam maksudnya tu...

Rabu, 15 Mei 2013

TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA ANGGOTA KABINET 2013

Zahid Dan Hisham Bertukar Tangan




BARANGKALI, selepas sahaja DS Najib mengumumkan senarai menteri dan timbalan menterinya bagi kabinet 2013, maka pelbagai reaksi daripada rakyat jelata mula mengisi ruang bicara. Cerita-cerita pra dan pasca PRU13 sudah tamat dengan sendirinya. Yang masih tinggal dengan lamunan itu adalah igauan DS Anwar dan rakan-rakannya. Biarkanlah....Si luncai terjun dengan labu-labunya.....
            Sudah barang tentu, rakyat tidak akan mempertikaikan siapa dia Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Tetapi, dalam banyak-banyak menteri yang telah diumumkan sebentar tadi, yang amat dinanti-nantikan oleh rakyat adalah siapa yang akan duduk di kerusi Menteri Dalam Negeri (KDN) dan Menteri Pertahanan.
            Ini kerana, macam-macam cerita yang terkait dan dikaitkan dengan masalah keselamatan dalam negara dalam dua tiga tahun kebelakangan sehinggalah tercetusnya peristiwa pencerobohan pengganas Kiram. Dan yang berterusan dari dulu hingga sekarang adalah asakan daripada puak-puak yang benci kepada pentadbiran Najib, yang tidak percaya dengan ketelusan pilihanraya dan yang amat sangsi dengan sistem demokrasi negara hari ini. Dan, yang terlalu terkilan kerana hajat tidak kesampaian...
            Akhirnya, terjawablah teka teki itu pada pukul 5 petang tadi (15/5/13) di mana DS Zahid Hamidi bertukar tangan dengan DS Hishamuddin Hussein.
           Bukan nak komen, cuma nak bagi tahu itu sahaja... Eh, kenapa pula tersengeh-sengeh?


Jagindas: Lupa pulak, penulis nak tanya sikit bila persidangan pemilihan MT Umno yek?


Isnin, 13 Mei 2013

BENDERA BN KU PEMBALUT BETIK

Huhuhuhu.....



MENGAPA tidak dibersih dan disimpan dengan baik. Mana tahu, mungkin ada pilihanraya kecil dalam masa terdekat, pastinya ia masih boleh digunakan kembali. Meskipun ada yang baru, namun yang lama mungkin berupaya untuk menambah memeriahkan lagi suasana kempen. Kalau sekalipun tidak perlu lagi di simpan, mengapa tidak dikutip habis dan dimusnahkan dengan cara terhormat.
            Hendaklah ada satu pihak yang melarang orang awam mempersenda atau merendahkan martabat mana-mana bendera parti. Inilah akibatnya jika jiwa kosong hati tak sensitif.
            Untuk makluman, kebun betik itu berhampiran dengan rumah penulis. Kiranya, pemilik kebun tersebut adalah jiran penulis. Dia seorang tionghua. Tidak pernah bersapa pun. Kalau tengok muka, sebiji macam muka ko***is. Tapi tak tentu juga, kut-kut macam penulis sendiri. Muka nampak garang macam singa lapar tetapi hati.., masyaAllah...baik be...


Jagindas: Bukan apa, dahlah kerusi DUN BN kalah di situ, depa buat tak tentu pulak bendera tu....Haprak betui! Hehehehe....sorilah emosi sikit.

PERLEKEH SISTEM DEMOKRASI BERTERUSAN TANPA BATAS DAN PERMIT

Golongan Cina Muda Sasarannya
Utusan Malaysia 13/5/13

PENULIS tidak berhasrat untuk mengungkit kisah tragis 13 May 1969 (130569), namun setelah melihat perkembangan terbaharu hari ini dan disahkan oleh laporan akhbar-akhbar dan media-media tempatan (gambar), ia seolah-olah kembali mengusik pemikiran penulis.
            Setelah kita dibatasi oleh tuntutan hak asasi kemanusiaan serta apabila ISA dimansuh dan digantikan dengan akta yang baru, penulis dapati ia semakin memudahkan orang-orang yang mahu berbuat kurang ajar bermaharaja lela seolah-olah ia memang dibolehkan oleh kerajaan. Seolah-olah akta baru itu tidak boleh berbuat apa-apa!
               Negara ini sudah seperti beberapa negara lain di dunia yang setiap hari ada sahaja pelakuan demontsrasi cuma setakat ini bezanya di sini belum ada lagi berlaku keganasan. Namun, apakah sehingga timbulnya keganasan dan pembunuhan barulah akta keselamatan boleh berfungsi? Atau setelah nasi menjadi bubur, setelah yang genting gagal disambung, setelah yang tercicir habis semuanya terlambak gugur ditengah jalan?