Isnin, 20 Mei 2013

LANYAK ZAHID LANYAK, DEPA DAH BANYAK SANGAT LEMAK!

"Tinggalkan negara ini kalau tak suka 
dengan sistem yang ada..."

Sampai Bila Nak Tahan Sabar...

LIM KIT SIANG (LKS) dan gengnya, nampak benar-benar tergigitkan cili padi apabila Menteri Dalam Negeri, DS Zahid Hamidi, menyergah supaya rakyat Malaysia yang tidak bersetuju dengan sistem pilihanraya demokrasi berpalimen dan sistem beraja yang diamalkan di negara ini supaya berhijrah ke negara yang mereka suka yang sama sekali memenuhi citarasa mereka itu.

Sabtu, 18 Mei 2013

TIADA LAGI AMARAN MELAINKAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG!


Zahid Mahu Banteras, bukan Mengubati!


"Saya tidak akan memberi amaran tetapi tunggulah tindakan tegas.
          "Pencegahan itu lebih baik daripada penyelesaian, dan pencegahan awal itu lebih murah 'harganya' berbanding penyelesaian masalah. Saya akan guna pendekatan itu agar pihak kerajaan tidak disanggah dan mereka (pembangkang) juga tidak melakukan penyanggahan," jelas Zahid Hamidi.  [UTUSAN MALAYSIA 18/5/13]

ITU adalah suara pertama Menteri Dalam Negeri, Ds Zahid Hamidi, ketika diminta mengulas pelakuan-pelakuan biadap rakyat negara ini yang dikatakan boleh menghuru-harakan kestabilan negara.
            Segar rasa nafas membaca kenyataan akhbar Zahid itu. Semacam ada suntikan semangat dan harapan baru. Harap-harap, ketika bercakap itu, Zahid tidak membayangkannya beliau sedang berucap di PWTC mengulung perbahasan di perhimpunan Umno...
            Ok, apapun tahniah atas jawatan baru itu dan selamat bertugas. Rakyat menungguu sesuatu daripada muuuu...


Jagindas: Bila terkejut, penulis selalu latah! O..p**t*t opah kamu!

Jumaat, 17 Mei 2013

BANYAKLAH SUDAH RAKYAT MELAPOR DAN MARAH

Khalid tahu apa nak buat...

Tolong Jangan Jadikan Mereka Seperti Anjing Menyalak Bukit!

MANUSIA yang memahami erti hakikat hidup dan ketentuan Allah, pastinya pasrah dengan apa sahaja yang telah dikurniakanNya. Dalam pada itu, mereka akan sentiasa memperbaiki diri sekiranya apa-apa yang diterima itu tidak menepati hasrat hati atau 'goal' yang telah ditetapkan.
            Namun, bagi mereka yang sebaliknya, yang meletakkan diri sentiasa berada dilandasaran yang betul, yang selalu perasan macam bagus-bagus, tentulah tidak dapat menerima hakikat itu. Akibatnya, pelbagai protes dibuat demi untuk menegakkan benang yang basah, demi untuk menutup pelbagai luka, darah dan nanah.
            Akan tindakan tidak bertamadun itu, maka lahirlah ramai penentang-penentang yang bersopan santun dan mematuhi undang-undang negara. Kumpulan ini akan berkejar ke balai polis lalu menyatakan laporan agar pihak terbabit mengambil tindakan tegas terhadap pengkhianat dan pembiadapan negara itu.
            Bukan satu bukan dua, malah sudah beratus bahkan mungkin juga sudah beribu laporan seumpama itu dicetak oleh balai polis seluruh negara sejak pra PRU13 hinggalah sekarang. Namun, si pembiadap dan pengkhianat negara tetap bermaharaja lela...
            Sehubungan itu, penulis ingin mengingatkan kepada semua pengadu sama ada yang telah membuat aduan mahupun yang bercadang untuk mengadu agar memahami sedalam-dalamnya maksud dan pelbagai prosedur berkaitan Akta Kesalahan Keselamatan (langkah-Langkah Khas 2012) yang dikenali juga sebagai SOSMA.
            Fahamilah sehalus-halusnya apa-apa yang terkandung dalam akta SOSMA itu. Kuasa-kuasa polis, kuasa-kuasa rakyat, kuasa-kuasa peguam, mahkamah dan sebagainya. Janganlah terlalu ghairah untuk membuat laporan apalagi siap berserta anggota media tanpa memahami sebenar-benarnya apa yang hendak kita laporkan itu.
            Ini kerana, setelah beratus-ratus laporan seperti itu dibuat, saya tidaklah mahu sipengadu "laksana anjing menyalak bukit!". Takkahlah nak tunggu hingga laporan ke dua juta kut!
            Penulis fikir, polis tahu apa yang yang mereka perlu buat. Sebagai contoh, jika polis ada di tempat kejadian di mana rompakan sedang berlaku, apakah perlu orang awam membuat laporan kepada polis yang juga melihat kejadian itu?
            Tabik hormat kepada Ketua Polis Negara yang baru, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Jagindas: Janganlah jadi seperti anjing menyalak bukit!

ESOK BEBAN GURU DIKURANGKAN 5 Kg.

"Manis senyummu YB..."

Hehehehehe.....Depa Geli!

SESEKALI bersembang-sebang dengan bekas guru (bersara) ni seronok juga. Dengar pengelaman lalu mereka dan berbagai cerita perihal cikgu sewaktu mereka menajdi guru dulu. Ada yang berhajat sangat nak jadi guru besar tapi sampai pencen pun tak jadi-jadi. Ada pula yang tak bermimpi nak naik pangkat tapi tiba-tiba naik pulak.  Sesudah naik tercengang-cengang! Ada cerita guru besar mabuk kuasa, anak buah huru. Ada cerita pegawai di JPN dan PPD berlagak semacam, guru besar gelabah tak tentu kira. Balik ke sekolah henyak guru-guru. Guru pula terpilanjat (terperanjat lah) nak henyak siapa? Hehehehe..macam-macam ada..
            Cerita yang satu ni lain sikit. Seorang rakan memberitahu sejak selesai pilihan raya, di bilik-bilik guru masih hingar bingar dengan cakap-cakap politik. Belum reda lagi (baca: reda bukan redho -- bahasa melayu kita..)
            BN sudah menang, PR ternyata kalah. Namun, katanya apa yang berlaku bertambah ramai pula guru yang semakin berani menyatakan sokongannya kepada PR khususnya Pas dan PKR. Bukan main puji habis,katanya. Panas juga telinga mendengarkannya..
            Dulu-dulu katanya, selepas pilihan raya cikgu-cikgu yang menyokong kuat Umno-lah yang meributkan bilik guru. Kah kah sana kah kah sini. Menang besarlah katakan...Tetapi suara itu jadi menikus. Cakap pun bisik-bisik..Macam orang kalah. Nampak macam takut-takut.. Agaknya baru sekarang faham bahawa di sekolah tidak boleh bawak cerita politik! Tapi bagaimana pula dengan pihak penyokong PR tu? Semakin berani pulak! Adushhh!
            Semalam pulak Timbalan Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi II, P Kamalanathan (gambar) bercadang membangkitkan isu berkaitan tugas guru sekarang dalam usaha mengurangkan beban mereka. Hehehe... ini isu basi bang. Dah lama dah benda ni diperkatakan. Kesatuan-kesatuan pun dah naik berbuih mulut cakap benda yang sama.
            YB. P Kamalanathan, yang guru-guru nak lihat dan rasa adalah "apa bendanya" yang telah diringankan tu? Berapa kilo nak diringankan. Satu, dua lima, sepuluh kilogram? Maksudnya, tak payah cakap banyak lagi, bukak fail dan jalankan sahaja tindakan. Takkanlah sejak dulu sampai sekarang dok asyik kaji, fikir, kaji, cadang, kaji, timbang,.....tak sudah-sudah. Itu pasai la depa protes dalam senyap.
            Adakah anda juga berhak menerima ucap Selamat Hari Guru? Ok, saya ucapkan selamat hari guru buat YB menteri yang baru.!

Jagindas: Silent protes macam silent killer jugak bang...