Isnin, 22 Julai 2013

IMAM, NAIB KADI, BACA-BACALAH DIRI..

GAMBAR HIASAN.
Pastikan Diri Sihat Dan Mampu

APA BOLEH BUAT...kita tidak mencari tetapi dia datang dengan sendiri. Maksud penulis, kalau boleh penulis memang hendak mengelak daripada bercerita tentang salah khilaf masyarakat terutama pemimpin, imam dan ulamak. Sebab, kita pun tidak antara mana tinggi dan luas pengajiannya. Pun begitu, cerita-cerita seperti itulah yang sering datang. Dan, banyaklah pula yang dirasakan wajar dikongsi bersama dari sudut positifnya.
            Baru-baru ini, seorang rakan lama yang ditemui secara tidak sengaja di sebuah setesen minyak memberikan kami ruang untuk berbual-bual sebelum menjengah ke pasar Ramadhan.

Ahad, 21 Julai 2013

SUDAH-SUDAHLAH KAK IJAT OII...

Shahrizat (kiri), Azalina (kanan)
Azalina, Lawan Jangan Tak Lawan!

KETUA wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil, sudah melepaskan sedikit taringnya memberi peringatan kepada pergerakan itu supaya jangan buat hal nak tanding-tanding jawatan nombor satu yang disandangnya itu. Angin yang bertiup sekarang, kononnya Datuk Seri Azalina Othman Said sedang berkira-kira untuk merebut jawatan tersebut. Lawak jenakanya telah dimulakan di parlimen baru-baru ini.
            Muda lagi orangnya. Masih kuat. Boleh tahan juga garangnya dan setakat ini rasanya beliau masih bujang trang tang-tang. Suatu ketika dahulu beliau pernah terseradung sedikit lantas beliau terpaksa keluar daripada basisan kabinet. Namun, dari segi politik di kawasannya, nampaknya setakat ini beliau masih berbisa.

SYABAS PEMUDA JOHOR

Dan Syabas Juga Buat KJ

SECARA majoritinya, Pergerakan Pemuda Umno Johor (PPUJ) mahu semua jawatan dalam Pemuda Umno Malaysia (PUM) dipertandingkan apabila 20 daripada 26 ketua pemuda bahgiannya menyatakan pendirian tersebut.
            Ketua PUM, Khairi Jamaludin (KJ) turut menyokong keputusan PPUJ itu malah bersedia sama sekali jika keputusan itu membabitkan pergerakan pemuda di seluruh Malaysia.
            Syabas KJ, begitulah caranya. Gentelmen dan matang.
            Bagi Majlis Tertinggi Umno Malaysia, nampaknya masih bertahan dan mempertahankan agar jawatan nombor satu dan dua tidak dipertandingkan. Konon, bagi menjadi keharmonian dan mengelak daripada sebarang perpecahan dan berpuak-puak.

JAB. AGAMA ISLAM WAJAR KAJI SEMULA PELANTIKAN PEGAWAI MASJID

GAMBAR HIASAN: ....ustaz @ostad
Makmum berimamkan Imam Fasik

SEORANG RAKAN yang baru balik dari sembahyang taraweh datang ke rumah penulis sekadar merihatkan minda. Begitulah yang selalu dilakukannnya. Selalunya di rumah inilah kami kerap bertemu pada waktu malam. Pada hari-hari bukan bulan Ramadhan pun kami kerap berbual-bual selepas Isyak ditemani kopi O dan beberapa keping biskut. Di sini rasanya lebih terjamin daripada di kedai kopi kerana banyak fitnah yang boleh dihindarkan. Kalau sebelum ini penulis paparkan kisah kasta mengkasta moreh di masjid, kali ini lagi seram ceritanya!
            Memulakan perbualannya malam tadi, beliau mengadu kepada penulis terhadap nasib jemaah di sebuah kariah di mana seorang daripada imamnya adalah jelas bertabiat fasik. Menurutnya, imam tersebut memang mahir dengan tugasnya. Bacaannya, pengetahuannya dan hubungannya dengan makmum dan masyarakat memang menyenangkan hati.