Ahad, 4 Ogos 2013

PERCANGGAHAN AJARAN ANTARA MAZHAB-MAZHAB

Ramai Terkeliru Akibat Tak Tahu...?

TIBA-TIBA sahaja, beberapa hari lepas sekali lagi umat Islam di negara ini dikejutkan dengan kisah-kisah penghinaan yang menghina kesuciaan agama  itu khususnya ketika menyentuh Ramadhan al-mubarak ini. Bukan sahaja DATANG daripada kalangan orang bukan Islam bahkan juga penghinaan itu turut datang daripada orang Islam sendiri!
            Apabila kes serupa ini timbul (bermain dengan anjing) rata-rata pihak yang terbabit dan yang menyokong perbuatannya itu berkata di negara lain seperti Arab dan negara balkan, anjing boleh keluar masuk rumah tanpa larangan.
            Tambah pandai lagi, konon menurut mereka tidak menjadi kesalahan atau terjatuh hukum najis mughalazahnya jika antara haiwan dan manusia itu sama-sama dalam keadaan kering.

Sabtu, 3 Ogos 2013

JAIP, TOLONG BERSIKAP RASIONAL DAN GLOBAL SIKIT

 Sebelum Awam Pertikai...

MASYARAKAT Islam di negeri ini meminta supaya jabatan agama Islam negeri (bahkan di seluruh negara) supaya lebih rasional ketika menjalankan operasi menangkap pelakuan maksiat di kalangan orang Islam lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan ini.
            Menurut mereka, banyak kes yang diheret oleh jabatan itu tidak kena pada sasaran yang sebenar malah ada ketikanya ia lebih bersifat sengaja mahu memalukan atau menjatuhkan maruah seseorang. Bahkan menjadi persoalan umum pula mengapa tindakan menangkap orang tak berpuasa sahaja yang lebih menonjolkan tugas jabatan itu berbanding banyak maskiat lain yang berlaku setiap hari terbiar begitu sahaja biarpun didepan mata? Kalau adapun entah mana sekali....
            Dalam kes orang Islan tidak berpuasa, hukuman yang terhukum adalah disebut sebagai "seseorang Islam yang dengan sengaja makan di khalayak ramai pada bulan Ramadhan (puasa)..."

Khamis, 1 Ogos 2013

SYIAH OH SYIAH

Tangkap Sajalah...

ALAHAI....banyak cakap pulak si-menteri yang seorang ini! di sini. Segala-galanya sudah jelas kan? Memang fahaman syiah itu bersalahan dari syariat Islam sebenar bahkan amat membahayakan orang Islam Melayu dan lain-lain bangsa, kan?
            Berdasarkan keterpesongan akidah mereka berikutan beberapa pengubahsuaian dan tokok tambah berlaku dalam ibadat-ibadat mereka seperti sembahyang dan nikah kahwin, bolehkah mereka ini di katakan terkeluar daripada Islam?

Rabu, 31 Julai 2013

DARI LAUTAN BIRU KE GELOMBANG GANAS

Zam..ombak dah jadi ganas
Peluru Boleh Muncul Tiba-Tiba

 PENULIS bersetuju dengan pandangan Tan Seri Zainuddin Maidin yang diluahkan dalam blognya Zam Kata di sini. Zam penulis tersohor, bekas wartawan, bekas ketua pengarang dan bekas menteri dan senator. Makanya, tulisannya itu dibaca dan dihayati.
            Tetapi sebenarnya, itulah yang sedang dipercakapkan oleh khalayak terhadap pentadbiran Najib sekarang. Pendek kata, ramai Melayu yang menyesal dengan Najib. Bukan menyesal dia jadi Perdana Menteri (PM) tetapi sesalkan cara dia mengendali negara terutama yang berkaitan dengan hal-hal keselamatan awam serta sensitif.