Ahad, 18 Ogos 2013

NAZRI CERDIK ORANGNYA, DIA SEORANG PEGUAM

Masalahnya Dia Perasan Dia Itu Ketua Hakim

HEBOH juga pasal Menteri Pelacongan, Datuk Mohamad Nazri Aziz, melantik anaknya sendiri menjadi pegawai khas walaupun tugas anaknya itu tidak dibayar gaji atau elaun oleh kerajaan.

SERIUSLAH LA SIKIT YOP...

Berilah Perhatian Bila PM Berucap

KETIKA menonton berita TV kelmarin yang menyiarkan Perdana Menteri (PM) Malaysia, YAB Datuk Seri Najib Razak, sedang berucap di majlis Perasmian Hari Peneroka di Felda Sungai Tiang, Pendang Kedah, penulis dapati khalayak dengan penuh minat mendengar ucapan Najib itu manakala beberapa pemimpin dan orang kenamaan yang duduk belakang Najib berdiri (atas pentas utama) asyik membedek-bedek alat komunikasi masing-masing. Alat canggih la katakan...
            Mungkin balas membalas SMS, ber-chating atau mungkin juga menyemak dan mengemaskini mukabuku (facebook). Terlihat juga wajah-wajah yang tersenyum-senyum simpul, tersengeh-sengeh ketika membedek-bedek alat komukasi mereka. Ada le tu....

Sabtu, 17 Ogos 2013

TERIMA KASIH DAN SYABAS TOK HID


Begitulah Caranya Berfikir dan Bertindak


"Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar) mengatakan kerajaan sudah menarik semula status penduduk tetap (PR) pemilik resort Tanjung Sutera Beach Resort Syed Ahmad Syed Salim Alkaff, 45, semasa beliau ditahan reman selama empat hari baru-baru ini" - sumber berita di sini
            Ini negara kita. Kita yang memerintah. Sia-sialah kita kata negara kita negara berdaulat kalau kita sendiri tidak berani mempertahankan kedaulatannya. Inilah yang orang Perak kata: Barulah digelar anak jantan ada p**a*.
            Sebelum ini penulis ada memberikan komen terhadap isu itu di sini



Jagindas: Siapa lagi selepas ini?

POLIS KESAL SIKAP SAKSI

Enggan Beri Kerjasama Salur Maklumat

DALAM satu kenyataan semalam, Ketua Polis Perak (gambar), Datuk Mohd. Shukri Dahalan, kesal kerana ramai kalangan saksi kejadian jenayah enggan memberikan kerjasama dengan polis bagi memudahkan pihaknya menyelesaikan kes-kes tersebut.
            Dakwanya, masih terdapat saksi yang betul-betul menyaksikan beberapa kes jenayah atau mereka yang mempunyai maklumat mengenainya enggan berkerjasama atau menyalurkan maklumat yang mereka ada kepada pihak polis. Sekali gus, katanya tindakan orang ramai itu telah menyukarkan tugas polis untuk menyiasat atau menyelesaikan kes tersebut dengan segera. Berita penuh di sini.
            Mesti ada sebabnya...


Jagindas: Bagi penulis, kekesalan seperti ini sewajarnya tidak perlu menjadi kenyataan akhbar atau pengetahuan umum sebaliknya polis kena fikirkan isu ini secara positif serta ilmiah mengapa saksi atau orang ramai bertindak begitu...Dengan kata lain, fikirkan bagaimana untuk menjadikan saksi 'bersenang hati' memberikan kerjasama dengan polis..Kerana, pada masa sama, masyarakat mendesak polis supaya kes-kes tersebut diselesaikan segera sedabgkan polis pula perlukan maklumat yang lengkap dan tepat dengan cepat jika ia mahu diselesaikan dengan segera!