Ahad, 18 Ogos 2013
SERIUSLAH LA SIKIT YOP...
Berilah Perhatian Bila
PM Berucap
KETIKA
menonton berita TV kelmarin yang menyiarkan Perdana Menteri (PM) Malaysia, YAB
Datuk Seri Najib Razak, sedang berucap di majlis Perasmian Hari Peneroka di
Felda Sungai Tiang, Pendang Kedah, penulis dapati khalayak dengan penuh minat
mendengar ucapan Najib itu manakala beberapa pemimpin dan orang kenamaan yang
duduk belakang Najib berdiri (atas pentas utama) asyik membedek-bedek alat
komunikasi masing-masing. Alat canggih la katakan...
Mungkin balas membalas SMS,
ber-chating atau mungkin juga menyemak dan mengemaskini mukabuku (facebook).
Terlihat juga wajah-wajah yang tersenyum-senyum simpul, tersengeh-sengeh ketika
membedek-bedek alat komukasi mereka. Ada le tu....
Sabtu, 17 Ogos 2013
TERIMA KASIH DAN SYABAS TOK HID
Begitulah Caranya Berfikir dan Bertindak
"Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar) mengatakan kerajaan sudah
menarik semula status penduduk tetap (PR) pemilik resort Tanjung Sutera Beach
Resort Syed Ahmad Syed Salim Alkaff, 45, semasa beliau ditahan reman selama
empat hari baru-baru ini" - sumber berita di
sini
Ini negara kita. Kita yang
memerintah. Sia-sialah kita kata negara kita negara berdaulat kalau kita
sendiri tidak berani mempertahankan kedaulatannya. Inilah yang orang Perak
kata: Barulah digelar anak jantan ada p**a*.
Jagindas: Siapa lagi selepas
ini?
POLIS KESAL SIKAP SAKSI
Enggan Beri Kerjasama
Salur Maklumat
DALAM
satu kenyataan semalam, Ketua Polis Perak (gambar),
Datuk Mohd. Shukri Dahalan, kesal kerana ramai kalangan saksi kejadian jenayah
enggan memberikan kerjasama dengan polis bagi memudahkan pihaknya menyelesaikan
kes-kes tersebut.
Dakwanya, masih terdapat saksi yang
betul-betul menyaksikan beberapa kes jenayah atau mereka yang mempunyai
maklumat mengenainya enggan berkerjasama atau menyalurkan maklumat yang mereka
ada kepada pihak polis. Sekali gus, katanya tindakan orang ramai itu telah
menyukarkan tugas polis untuk menyiasat atau menyelesaikan kes tersebut dengan
segera. Berita penuh di
sini.
Mesti ada sebabnya...
Jagindas: Bagi penulis, kekesalan
seperti ini sewajarnya tidak perlu menjadi kenyataan akhbar atau pengetahuan
umum sebaliknya polis kena fikirkan isu ini secara positif serta ilmiah mengapa
saksi atau orang ramai bertindak begitu...Dengan kata lain, fikirkan bagaimana untuk
menjadikan saksi 'bersenang hati' memberikan kerjasama dengan polis..Kerana,
pada masa sama, masyarakat mendesak polis supaya kes-kes tersebut diselesaikan
segera sedabgkan polis pula perlukan maklumat yang lengkap dan tepat dengan
cepat jika ia mahu diselesaikan dengan segera!
Langgan:
Ulasan (Atom)




