Sabtu, 24 Ogos 2013

BENARKAH ADA UDANG SEBALIK BATU?

KDN Mahu Banteras Semua Jenayah Berat

"Bukan tidak percaya kepada Ketua Polis Negeri atau pun OCPD. Banyak sangat orang awam komplen. Kata konon polis ni kuat rasuahlah...Konon, bila rasuah saja kata polis... Jangan cakap macam itu...Jadi, kita tubuh pasukan khas ini untuk pantau dan bantu bagi membanteras aktiviti jenayah berat..."
            Begitulah lebih kurang kata Datuk Seri Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri, ketika mengulas penubuhan dua pasukan khas yang dianggotai 400 anggota dan pegawai polis bagi membanteras kes jenayah berat dan dadah dengan lebih berkesan.

PERGI BERAMBUS PENDATANG ASING!

Tiada Kompromi Lagi: KDN

PERTAMA sekali penulis ucap syabas dan terima kasih atas semangat 'keras' menteri Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Zahid Hamidi, yang mahu semua pendatang asing tanpa izin yang ada di negara ini 'dihapuskan' seratus peratus. (bukan di bunuh atau di tembak pulak..)
            Teringat semasa penulis aktif sebagai wartawan suatu ketika dahulu, cerita-cerita macam ini kami sifatkan sebagai "CERITA JERIT". Bunyinya gah, pelaksanaan belum tahu! Justeru, tunggu dan lihatlah... Maslahnya, dah lama sangat tunggu dan lihat nih! Bak kata Tun Mahathir...."Dah lama dah...."

Khamis, 22 Ogos 2013

SELAMAT BERTANDING SELAMAT BERUNDUR

Peliharalah Ketertiban dan Kegahan Umno

BEGITULAH CARANYA BERFIKIR!   Penulis ucap tahniah dan syabas kepada semua pemimpin atau orang-orang kuat Umno yang telah memutuskan untuk tidak bertanding atau menarik diri daripada bertanding jawatan Majlis Tertinggi (MT) Umno 2013.
            Amatlah diharapkan keputusan yang dibuat itu benar-benar datang dari hati perut tuan-tuan dan ianya tidaklah akan di tarik-tarikh balik. Janganlah pula selepas ini keluar kenyataan lebih kurang begini: " Saya terpaksa menarik balik hasrat tidak bertanding disebabkan akar umbi meminta saya bertanding juga merebut jawatan MT itu...."
            Piiiiiraaaahhhhhh! Busuk punya olang. Ingat, jangan buat kerja-kerja munafik macam itu ya!

Rabu, 21 Ogos 2013

BAYAR HUTANG ATAU DI SENARAI HITAM!

Ramai Menyesal Sambung Pelajaran...

BETUL juga kata orang lama dalam politik. Katanya, orang politik ni kalau dah mati lepas itu hidup semula dia akan jadi hantu! Dia akan menggigal menakutkan semua orang!
            Agaknya, begitu yang terjadi kepada Datuk Seri Hj. Idris Jusoh (gambar) Menteri Di Kementerian Pelajaran Dan Pengajian Tingi Malaysia, yang mahu menyenarai hitamkan bekas pelajar-pelajar yang gagal membayar hutang PTPTN mereka. Siap kata peminjam tegar lagi! Konon, katanya begitulah caranya untuk mengajar, mendidik supaya setiap yang 'berhutang' membayar hutangnya.
            Lalu, penulis pun meninjaulah ke beberapa sempel bekas pelajar terbabit bagi mendapatkan ulasan mereka; Demikian inilah suara mereka...