Khamis, 29 Ogos 2013

CAKAPLAH APAPUN ATAS NAMA KEBEBASAN BERSUARA

Tetapi Jangan Sampai Macam Orang Gila...

"Bodohnya... Tayangkan ajelah Tanda Putera tu kat TV1... Patriotiklah sangat... Bikin filem sebab nak duit... Bukannya kerana nak bagi kesedaran kepada anak bangsa..."

            Kenyataan di atas penulis salin daripada satu post di dinding muka buku (fb) penulis yang ditulis oleh seorang pemilik fb. Meneliti post-post yang dimuatkannya dapatlah ditelah bahawa pemilik fb berkenaan celupar orangnya, berani dan kuat menyokong kerajaan BN. Macam kandungan fb orang lain juga, entrinya itu ada yang boleh dipakai dan ada yang sekadar untuk hiburan sahaja.

Rabu, 28 Ogos 2013

ANTARA GAPENA DAN DONG ZONG

Siapa Kuat? 
Dari Kiri: Dr. Abd Latif (Gapena) dan Sin Tian (Dong Zong)
SECARA prinsipnya Gabungan Penulis Nasional (Gapena) adalah sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang secara terus berada di belakang kerajaan dalam memastikan dasar-dasar pendidikan negara dilaksankaan dengan sebaik mungkin di negara ini berlandaskan perlembagaan persekutuan dan dasar-dasar pendidikan negara yang dimaktubkan oleh pemerintah dari masa ke semasa.
            Secara jelas, Gapena memang menyokong umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) meski ada beberapa tegurannya agak menyongsang arus bagaikan. Namun, semua itu dibuat demi mempertahan hak negara dan orang melayu di bumi bertuah ini menerusi isu pendidikan dan pemilikan ekonomi melayu.

Selasa, 27 Ogos 2013

JANGAN HANGAT-HANGAT TAHI AYAM

Alang2 Mandi Biar Basah!

SEJAK Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (Tok Hid), meneraju Kementerian Dalam Negeri (KDN), banyak perkara baru telah dilaksanakan khususnya dalam usaha membanteras jenayah berat. Nama Tok Hid pun setiap harimeniti di bibir rakyat. "Bagus, bagus, bagus. Itu yang dihendak mereka". Penulis ucap tahniah sekali lagi. Sebelum ini pun dah ucap tahniah dah..

Ahad, 25 Ogos 2013

BERIBADAT, TETAPI ZALIM!

Ekploitasi Anak Yatim Kutip Derma

SEMENTERA menunggu pesanan makanan sampai ke meja di satu gerai di laman Dataran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) semalam, sekonyong-konyong datanglah seorang budak kecil lingkungan usia 7 - 9 tahun menghampiri meja penulis. Ketika itu penulis sedang bersama keluarga dan kanak-kanak itu juga ramai bilangannya.
            Sambil menunjukan dua botol makanan kesihatan, dia merayu untuk dibeli konon katanya sebagai mengisi tabung di salah sebuah pusat jagaan anak yatim di Kedah.