Khamis, 12 September 2013

ANTARA GURU DAN PENDIDIK

Hanya Cikgu Yang Boleh Menjamin Martabat Profesion Itu

SEMBANG-SEMBANG bersama rakan-rakan warong kopi sejak beberapa hari lalu masing-masing selesa menumpu kepada laporan akhbar mengenai profession guru dijawat oleh mereka yang tidak berminat terhadap tanggungjawab sebagai guru iaitu hanya sekadar mengelak daripada menjadi penganggur terhormat.
            Satu lagi, berdasarkan laporan itu juga rakan-rakan mengkaitkannya dengan masa depan program Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang sedang digahkan oleh kerajaan hari ini.

Rabu, 11 September 2013

ANTARA KUASA DAN NODA

Kerakusan Semakin Menggelikan!

MEMBACA paparan media sama ada di media sosial mahu pun di dada-dada akhbar dalam seminggu dua ini berkaitan hal ehwal dalam negeri, khususnya tentang pemilihan Majlis Tertinggi Umno (MT) dan masalah tuntutan orang kristian terhadap pemakaian kalimah 'Allah' semakin hari semakin terasa geli. Geli geleman. Geram sudah tentu! Kenapa ye?

Selasa, 10 September 2013

BERTANDINGLAH, ASAL JAGA IMEJ PARTI

Umno masih relevan untuk orang melayu
dan bumiputera Malaysia
Jangan Keras Di Pentas, Lembik Di Kerusi

NAIB PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, merasakan keghairahan ahli untuk bertanding dalam Majlis Tertingi (MT) terutama di bangku naib presiden umno Malaysia,  sebagai sesuatu ada yang tidak kena dengan pertubuhan itu mahu pun sikap ahli-ahlinya.
            Katanya, keghairahan itu mungkin disebabkan keterbukaan peraturan baru yang diperkenalkan mulai pemilihan kali ini sekali gus ia juga turut menyifatkan sikap sedemikian mencerminkan seolah-olah umno kini seperti tidak tentu arah.

Isnin, 9 September 2013

KERAJAAN BERTINDAK PROFESIONAL

Jangan Politikan KDN


MENYINGA Datuk Seri Zahid Hamidi (gambar) apabila ada pihak kaitkan ketegasan beliau menerajui Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebagai 'wayang' menjelang pemilihan Majlis Tertinggi (MT) Umno tahun ini. Siapa lagi kalau tidak datangnya dari mulut pembangkang. (di sini)
            Zahid kata, beliau dan anggota KDN bertindak profesional. Tindakannya itu di atas nama tanggung jawab dan kehendak rakyat, bukannya atas kepentingan politik. Betul. Penulis percaya dan yakin terhadap keikhlasan kata-katanya itu.