Isnin, 16 September 2013

MENTERI PERINGATKAN KAUM GURU TENTANG PPPM

Jangan Protes Secara Terang....

"KOTA BHARU 15 Sept. - Pengarah Pendidikan di setiap negeri diminta supaya memantau guru-guru yang menentang Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) secara terang-terangan"
           
            Itu adalah antara kata-kata yang boleh disifakan sebagai amaran kepada kaum guru di negara ini yang dikeluarkan oleh Menteri Pendidikan ll, Datuk Seri Idris Jusoh terhadap usaha kerajaan memantapkan bidang pendidikan negara ini menerusi program PPPM.

Ahad, 15 September 2013

SILAP-SILAP ADA YANG MATI, TUMBANG BERDIRI!

Tapi Janganlah Sampai Mati Atas Perut...

ANTARA berita kecil menarik perhatian penulis semalam adalah kisah seorang lelaki warga emas berusia 66 tahaun, yang mati sebaik sahaja dia selesai melanggan seorang pelacur di sebuah hotel bajet di Muar, Johor.

Sabtu, 14 September 2013

MASIH BERSIKAP SEPERTI DULU: KITA BUAT DIA!

Masih Ramai Orang Umno Tak Sedar Diri

BOLEH dikatakan mesyuarat cawangan umno di seluruh negara mencakupi pergerakan pemuda, wanita dan puteri sudah selesai. Malah sudah ada umno Bahagian yang sudah menjalankan mesyuarat agung masing-masing. Bagi yang sudah selesai, berehatlah sementera menunggu November atau Disember ini bagi menghingar bingarkan dewan PWTC - jika dewan itu masih lagi relvan untuk dijadikan vanue Perhimpunan Agung Umno Malaysia, seperti selalunya.

Jumaat, 13 September 2013

PERAK BUNTU, MB BAWA JUMPA MENTERI

Langkah Proaktif Bangunkan Negeri, katanya

TINDAKAN Menteri Besar Perak (MB), Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir, membawa pegawai-pegawai pengurusan negeri Perak termasuk ahli-ahli exco-nya menemui menteri-menteri tertentu di pejabat pentabiran kerajaan pusat, dilihat satu inovasi yang baru.
            Zambry sendiri dalam kenyataannya mengakui tindakannya itu yang mana ia adalah satu-satunya kerajaan negeri yang melakukan proaktif seperti itu membabitkan kerajaan pusat.
            Kalau tujuannya bagi mempercepat mendapatkan peruntukan dan bantuan untuk melaksanakan sesuatu projek, itu dikira satu hal lainlah. Tetapi, jika tujuan perjumpaan itu untuk mendapatkan pandangan dan idea daripada pihak pusat dan MTEN untuk membangunkan Perak berasaskan pelbagai jenis industeri dan pelancongan, rasanya agak tidak kena. Malu la.... Itu sebab negeri lain tak buat kerja macam itu, beb!