Ahad, 3 November 2013

UTAMAKAN KESELAMATAN AWAM, NEGARA

Jangan Kejar Untung Sahaja

SETAKAT catatan ini ditulis, penjenayah yang menambak mati kerani Ambank, Norazita Abu Talib, minggu lalu masih belum dapat diberkas. Maklumat polis menerusi akhbar hanya mengatakan penjenayah tersebut masih berada dalam negara dan polis percaya telah menemui beberapa petunjuk baru.

Khamis, 31 Oktober 2013

CATATAN DI SEBUAH KAUNTER SETESEN KTMB


Kerani Tersengeh-Sengeh Layan Handphone ...

LEGA rasanya apabila melihat hanya ada dua pelanggan di depan kaunter stesen Kerata Api Tanah Melayu (KTMB) itu untuk membeli tiket. Tiga kaunter yang dibuka pula tersedia tiga petugas yang comel-comel. Bermakna, setiap kaunter untuk kami setiap seorang. Dalam hati berkata: "ah, tiga minit selesailah.."

Rabu, 30 Oktober 2013

KERAJAAN WAJAR RUJUK PENDAPATAN PER KAPITA KELUARGA

Untuk Pasti Kumpulan Sasaran Lebih Adil

SEPERTI yang dijangka dalam pembentangan bajet 2014 lalu, kerajaan terus memperkenalkan banyak insentif dan subsidi kepada rakyat teruama yang berupa bantuan sekali gus untuk semua peringkat terutama golongan pertengahan dan ke bawah.
            Kerajaan sedar, simpang siur penyaluran bantuan itu barangkali akan mewujudkan penerimaan bertindih dan jika tidak dikawal ia boleh memberikan impak yang buruk kepada pihak pelaksana. Apapun, konsep pemberian itu adalah satu jenis bagi satu-satu asnaf yang kerajaan gariskan. Rakyat wajar faham hakikat itu dan tidak memutar belitkannya dengan bahasa dan fahaman yang mengelirukan.

Selasa, 29 Oktober 2013

JANGAN LEKA DAN BERASA SELESA SEPANJANG MASA

Gambar Hiasan

Pelanduk Tidak Pernah Lupakan Jerat

PERISTIWA pengawal keselamatan menembak mati seorang pekerja bank baru-baru ini akhirnya mengesahkan bahawa pengawal berkenaan adalah pendatang tanpa izin yang menggunakan kad pengenalan palsu. Tragedi itu bukan sahaja menyayat hati malah turut mengejutkan pihak berkuasa sehingga terdedahnya pelbagai perkara yang jika tidak di banteras segera ia boleh memudaratkan negara.