Jumaat, 14 Februari 2014

BANK PALSU MASIH AKTIF CARI MANGSA

Gambar Hiasan
Pelanggan Diingat Jangan Layan Panggilan Telefon, e-mail

BARANGKALI semua sudah maklum bahawa sebarang maklumat akaun peribadi anda di bank adalah teramat rahsia. Hanya anda dan pihak bank sahaja yang perlu tahu dan mengetahui. Selain itu, mungkin orang atau pihak yang diberi amanah secara undang-undang.
            Ini bermakna, sebarang permintaan dari pihak ketiga yang kononnya mahu membuat pengesahan akaun dan sebagainya menerusi telefon atau media maya seperti e-mail adalah tidak perlu dilayan sama sekali. Jika anda mendapat panggilan seperti itu, anda hanya perlu menutup telefon. Kerana, jika anda terus melayannya mungkin anda akan terperangkap dengan kata-kata manisnya.
            INGAT! apa-apa urusan bank adalah di kaunter bank berkenaan. Jika benar ada masalah pihak bank akan menghantar surat supaya anda merujuk ke kaunter bank yang berdekatan - sama sekali tidak menerusi telefon atau e-mail atau lain-lain pesanan.
            Meskipun, baru-baru ini kerajaan telah memberi jaminan bahawa semua maklumat akaun pelanggan bank akan terpelihara daripada sebarang manipulasi, nampaknya 'kerja-kerja' menjual maklumat masih berlaku dan kepada mereka yang lemah pasti akan terperangkap!
            Bagaimanapun, jika pihak bank menelefon anda untuk mengesahkan cek yang anda keluarkan, barangkali itu adalah benar. Dan anda hanya perlu merujuk nombor cek, tarikh, amaun dan penerimanya.
            Agak lucu, apabila pihak berkenaan yang membuat panggilan menerusi telefon (tetapi tiada nombor dipaparkan) dan meminta bercakap dengan orang lain (anak misalnya). Konon katanya, kalau tidak ada respon akaun tersebut akan diblok. Dan lagi katanya, pelanggan terpaksa ke Putrajaya jika mahu mengaktifkan semula akaunnya. Pelik kan? Sedangkan ibu pejabat utama Maybank adalah di Menara Maybank di Kuala Lumpur!
            Ini yang berlaku kepada penulis baru-baru ini. Tetapi penulis tidak melayannya. Dan, apabila anak penulis menyemak akaunnya dengan pegawai di bank terbabit, didapati tiada sebarang masalah timbul. Malah, pihak bank memuji tindakan tidak melayan panggilan tersebut dan mengingatkan sekali lagi bahawa pihak bank tidak akan membuat sebarang urusan akaun pelanggan menerusi telefon dan e-mail.
            "Kalau ada pun kami akan meminta pemegang akaun itu datang ke pejabat (bank) bukannya menyelesaikan masalah akaun itu melalui talian," katanya.

           

Jagindas: Sekadar berkongsi maklumat dan sebar-sebarkanlah kepada rakan-rakan...  

Selasa, 11 Februari 2014

BANYAK MASALAH MENGEKANG

Menteri Pelajaran
PBS  Ditangguh! - Muhyidin Yasin.

(Sebelum itu baca dulu di sini.)

AWAL-AWAl lagi penulis sudah ingatkan supaya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) jangan terlalu terburu-buru untuk membuat keputusan semata-mata kononya hendak bagi tahu betapa majunya kita dalam 'mempergunakan' teknologi moden terutama dunia maya (IT).
            Ini kerana, menerusi pengalaman lalu telah banyak mengajar yang KPM telah banyak 'membazirkan' wang ketika melaksanakan pelbagai program terbarunya tetapi kebanyakannya hanya berjalan sekerat jalan. Bermula zaman 80an lagi hingga sekarang.. Cuma, samaada nak mengaku atau tidak, itu sahaja!
            Bermula dari peringkat kajian, lawatan, kertas kerja, kursus, cuba jaya, hinggalah ke peringkat pelaksanaannya kerajaan telah membelanjakan berbilion ringgit untuk satu-satu program namun hasilnya amat kecil malah ada program yang terpaksa berkubur begitu sahaja. [baca juga tulisan saya sebelum ini di sini]
            Nasib yang sama nampaknya menimpa kepada program Pentaksiran Berasaskan Sekolah....
            Kan dulu lagi penulis dah ingatkan "....jangalah berlunjur sebelum duduk.."



Jagindas: Awat la degil sangat ni......oi! 

Ahad, 19 Januari 2014

ISLAM ATAU TUDUNG?

Gambar Hiasan
Apa Sebenar Yang Tersirat...

KES seorang guru wanita muaallaf yang diarahkan membuka tudung jika mahu bertugas di sebuah sekolah jenis kebangsaan cina di Johor, baru-baru ini, menarik perhatian saya untuk dibincangkan sedikit. Bukan untuk mengapi-api perkara yang sudah dianggap selesai tetapi elok untuk semua rakyat Malaysia insafkan kembali dimanakah sebenarnya isu tersebut berselindung.

Sabtu, 18 Januari 2014

BANGLA AMAL ADAT KURANG AJARNYA DI SINI...
Bangla Kurang Ajar..


SEMALAM, topik bersembang dengan beberapa rakan dari kaum tionghua di sebuah kedai kopi lebih menumpu kepada sikap pendatang kaum Bangla di negara ini. Ramai yang komen, kata orang Bangla yang datang ke Malaysia cuma sebulan dua sahaja nampak baik, takut dan kecut. Masuk bulan berikutnya mereka mula tunjuk taring malah semakin berani bersikap kurang ajar dan biadap; terutama terhadap kaum wanita tak kira sama ada anak dara, janda hatta bini orang sekalipun!