Isnin, 16 Julai 2012

MATI DAN KEMATIAN


SEKADAR RENUNGAN..


dari jendela diri

Dari datar banjaran damar hidup peribadi 
Aku melontarkan pandangan ke bawah diri 
Dari jendela diri 
Ku buka cermin bestari 
Bayangan dunia alangkah indah sekali 
Yang kau isikan segala hiasan kesukaaan 
Manusia pun leka memenuhi setiap keinginan 
Antara segar bugar nafsu dari tenang perasaan

Kau anugerahi wanita dan anak pinak 
Lengkap diri bersalut emas dan perak 
Harta bertimbun 
Rumah kebun 
Sawah ladang 
Dusun buah-buahan 
Atau binatang ternakan 
Hatta seekor kuda cekal tangkas terlatih

Lalai hati bertemasya tiada kenal sedih 
Tetapi ku lihat damai itu bukan kesenangan 
Kerana di sana sini masih manusia berlari 
Berlari-lari mengejar kebahagian sejati 
Terasa hidup diiringi selubung kemiskinan 
Meskipun mewah diri miliki apa saja 
Jiwa terseksa berpanjangan duka lara

Dari jendela diriku 
Aku menaruh harap atas hamparan kalimat mu 
Bahawa sesiapa yang berdoa kepada-Mu tetap akan kau terima hajat kalbu 
Maka aku biarkan menagih janji menadah mencari keampunan diri 
Jadikanlah teratak diriku kediaman yang hidup 
Terpelihara dari azab dan dosa-dosaku terlitup 
Ku mohon pada-Mu jua keredhaan buat ku 
Neraka itu akan tertutup pintu

nukilan -A Aziz Deraman-

Jagindas:  Hari ini raound-round pusing malaya... rehat minda. 


(.... sambungan) PEMANTAPAN BAHASA INGGERIS


Jangan Pisang Berbuah Dua Kali
(Siri 2 - akhir)                                    
            MENURUT rakan saya itu lagi, program peningkatan membabitkan semua guru seperti itu akan  memberi lebih banyak kelebihan dan keuntungan kepada negara di mana pada masa sama KPM juga melahirkan guru Malaysia yang boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.
            Apabila semua guru boleh berkomunkasi dengan murid-muridnya menggunakan bahasa itu, proses pendidikan secara tidak langsung akan berlaku apabila guru dan murid mampu menggunakan bahasa berkenaan di luar proses pembelajaran wajib seperti dalam kegiatan kokurikulum, senaman, permainan, perhimpunan dan berbagai kegiatan tidak rasmi yang lain.
            Dengan kata lain, kaedah ini secara langsung mewujudkan suasana persekitaran yang dipenuhi dengan budaya "berbahasa Inggersi" di semua sekolah di negara ini  tanpa perlu dipaksa-paksa.
            Tidak dinafikan bahawa guru Bahasa Inggeris akan terus bertanggungjawab mengajar dan mendidik murid-murid tentang peradaban bahasa berkenaan manakala guru-guru lain pula adalah pemangkin yang memberikan galakan moral kepada murid-murid untuk menguasai dan menggunakan bahasa itu.
            Apapun, kata rakan saya itu, kita bukan mahu menjadikan pelajar kita pakar dalam bahasa Inggeris makanya pendidikan sehingga ke peringkat lingusitik tidak diperlukan. Kita cuma mahu generasi baru di negara ini boleh berbahasa berkenaan.
            Seperti juga halnya pendidikan bahasa melayu di sekolah-sekolah jenis kebangsaan cina dan tamil. Tanggung jawab pendidikan bahasa itu bukan hanya terletak ke atas bahu guru Bahasa Melayu tetapi perlu ditanggung oleh semua guru di sekolah terbabit.
            Bermakna, guru-guru lain juga perlu mahir berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dan tindakan itu membantu murid-muridnya menguasai bahasa itu dengan lebih pantas. Keadaan beginilah dikatakan membudayakan bahasa di sekolah. Ironinya, proses pembudayaan bahasa hanya dipertangungjawabkan oleh guru bahasa berkenaan sahaja. Oleh kerana itulah, kesannya kemahiran berbahasa Melayu (bukan pakar bahasa) menjadi begitu lemah dilambat dicapai.
            Justeru, menurut kenalan  saya itu perbelanjaan yang besar seharusnya membuahkan hasil yang lumayan. Oleh itu, belaiau mengingatkan KPM agar jangan terlalu ghairah melaksanakan transformasi sebaliknya lebih berhati-hati supaya wang dan tenaga yang banyak dilaburkan diharap dapat memberikan pulangan yang memberangsangkan. 
            Sekali gus, adalah diharapkan apa sahaja perancangan yang dibuat dan dilaksanakan, KPM hendaklah mengambil pengajaran dan iktibar daripada beberapa kegagalan lalu agar pisang tidak berbuah dua kali.

Jagindas:   sedih sampai sekarang pun tak pandai-pandai bahasa gomen... dok usung kamus kulu kelio (kehulu kehilir)! hehehe

PEMANTAPAN BAHASA INGGERIS


Jangan Pisang Berbuah Dua Kali
(Siri 1 daripada 2 siri)

APABILA menyebut tranfomasi pendidikan, saya percaya antara lain tentulah termasuk strategi memantapkan pendidikan Bahasa Inggeris dan memperkasakan Bahasa Melayu. Khabarnya, berdasarkan dapatan Dialog Nasional Pendidikan Negara (DNPN) yang dijalankan sejak April lepas, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan merombak sistem pendidikan negara secara besar-besaran mulai tahun depan.
            Pertama sekali sukalah saya mengingatkan KPM supaya berhati-hati di dalam hal rombak-merombak sesuatu sistem apalagi secara besar-besaran. Bahawa, yang dikejar hendaklah dipastikan dapat dan yang dikendong pula diharap jangan berciciran.
            Ketika saya sedang menelah pelbagai perkara dalam isu itu, tiba-tiba seorang kenalan menguhubungi saya dan memberikan pandangan serta komennya terhadap usaha KPM menggunakan kepakaran luar negara dalam proses pemantapan Bahasa Inggeris.
            Beliau tidak begitu setuju terhadap program khusus KPM itu malah dikatakannya sebagai membazir kerana negara membelanjakan wang begitu besar hanya untuk mendapatkan kepakaran luar negara tersebut yang hanya untuk dicurahkan kepada beberapa orang guru sahaja di negara ini.
            Katanya, beliau bimbang berlaku kegagalan seperti gagalnya KPM melaksanakan program Pendidikan dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)  sedangkan berbilion wang telah dibelanjakan. Dalam kes PPSMI lalu, sekolah dibekalkan dengan pelbagai peralatan canggih termasuk komputer dengan perbelanjaan mencecah bilion ringgit.          
              Namun, komputer tidak boleh menjawab persoalan yang dikemukan oleh murid-murid manakala guru pula gagal menjawab soalan itu kerana tidak mampu berbahasa inggeris dengan sempurna.
            Menyorot kembali PPSMI, beliau berkata sekiranya kerajaan memberikan dua tahun pertama sebelum pelancaran program berkenaan dengan memberikan latihan kepada semua guru yang tidak mahir berbahasa Inggeris (guru-guru yang lahir dari aliran melayu di sekolah menengah) untuk menguasai bahasa itu, sudah tentu guru tidak mempunyai masalah berkomunikasi dan menyampaikan ilmu kepada murid-muridnya.
            Keadaan ini lebih terkesan di bandar apabila ramai murid-murid yang lebih mahir berkomunikasi dalam bahasa inggeris berbanding sebahagian besar guru sendiri.
            Oleh itu, katanya dalam hal meningkatkan penguasaan bahasa inggeris di sekolah-sekolah, adalah lebih baik wang yang sebegitu banyak digunakan untuk meningkatan penguasan bahasa itu dikalangan semua guru dalam jangka waktu yang ditetapkan.
            Sekali gus, tindakan seperti itu dilihat sebagai satu pelaburan pendidikan yang lebih 'celik' dan bermanfaat jangka panjang, kerana selepas generasi guru ini tiada lagi latihan seperti itu diperlukan berikutan generasi yang dilahir sudahpun mampu mengunakan bahasa itu dipersada kehidupan seharian mereka.


Jagindas:    terus baca ke siri 2

Ahad, 15 Julai 2012

NYIRU

Yang Mana Satu Nyiru Anda?
SEBELUM ini saya ada tulis bolehkah bangkai gajah ditutup dengan nyiru. Rupa-rupanya ada pulak yang tak tahu nyiru tu apa. Maklumlah generasi moden, banyak yang tak kenal benda-benda lama yang banyak berjasa.
           Orang lama banyak berjasa kepada negara beb. Jadi, kena kenal-kenallah negara kita melalui orang lama. Itupun bukan semua, kena pilih-pilih juga. Sebab, ada juga orang lama yang lupa diri, lupa asal usul. 

            INILAH dia rupa nyiru. Bentuk nyiru ni boleh dikatakan sama, kalau nak berbeza pun dari segi saiz dan warnanya sahaja... Nak tau gunanya, tanyalah mereka yang terdahulu, tak larat nak tulis la.. Tapi, dia boleh tutup bangkai gajah.! hahahaha


Dulu-dulu tungku batu ini digunakan untuk demah
peranak wanita lepas bersalin...
 Jagindas:   Alah timang kucu-kucu, anak mayang biji labu, anak punai baya tungku, anak sepat baya nyiru.....