GAMBAR HIASAN. |
Keluarga Kata Sugumaran Mati
Dibunuh
BERIKUTAN tidak puas hati dan tidak percaya
dengan laporan bedah siasat ke atas anaknya, C. Sugumaran, keluarga terbabit
meminta polis menjalankan posmotem kali kedua kerana mereka percaya Sugumaran
bukan mati kerana sakit jantung tetapi di bunuh! (di sini)
Namun,
setakat semalam (27/1/13) permintaan mereka itu belum dilayan oleh polis. Marah
dengan layanan yang diberikan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) itu, maka kononnya ahli
keluarga terbabit serta penyokong akan membuat demonstrasi di ibu pejabat polis
di Bukit Aman.
Ek.
ek. le...Sikit, sikit demo. Sikit, sikit demo. So what? Buat sajalah laporan
polis. Kata nampak polis pijak leher si mamat tu. Ok. lah. Sediakan saksi
termasuk gambar. Kata ada 20 -30 orang yang pukul si mamat tu. Ok la tu.
Sediakan saksi dan gambar. Tangkap memang boleh tangkap. Tapi sapa nak yang ngaku
weh...!
Peguam
dah ada kan? (free pulak tu, agaknya). Heretlah ke mahkamah. Bila timbul
keraguan tentulah mahkamah akan keluarkan perintah gali dan posmotem semula.
Tak kan macam ini punya teknik pun peguam tak tahu?
Bila
dah jadi kes polis dan hospital (posmotem pertama) memanglah bagi polis tugas
dia sudah selesai. Apa pulak nak luluskan suruh bedah kali kedua, ketiga dan
keempat. Kerja lain banyak lagi nak buat weh! Bukan nak ngadap itu aje.
O...barangkali
sebab pengurusan mayat secara bakar hangus hingga jadi berabu ye...Kalau macam
tu tentulah tak boleh nak posmotem kali kedua walaupun perintah datang dari
mahkamah tinggi. Apa yang nak dibedahkan, yek?
Jadi,
kena bakar lewat sikit ler.....Habis tu nak buat macam mana? Oleh itu cadangan polis
untuk membuat ikues di mahkamah itu adalah sebaik-baik jalan yang
berlandaskan lunas dan undang-undang (disini).
Kepada peguam-peguam, tuan-tuan sepatunya mencerdikkan masyarakat, bukan
sebaliknya apatah lagi bertindak sebagai pelaga domba.
INI ada satu cerita pendek, kisahnya begini:
Kira-kira 17 tahun lalu, ketika penulis sedang minum di sebuah kedai kopi,
tiba-tiba melintas seorang sikh (benggali lah) sedang mabuk. Dia meracau-racau
sambil memaki hamun dan merendah-rendahkan martabat orang melayu. Dia asyik
kutuk dan maki hamun melayu saja. Berulang-ulang kali pulak tu. Orang awam
terutama orang cina ketawa berdekah-dekah melihat gelagat si-sikh tu.
Dalam
hati penulis ketika itu berkata, apakah mereka ketawa kerana geli hati melihat si-sikh
tu mabuk atau ketawa kerana menyokong kata-kata nista yang dihamburkan oleh si-sikh
mabuk itu? Itu yang ada dalam kepala penulis ketika itu. Angin sudah naik
semacam. Rasa-rasanya mahu penulis lemparkan saja gelas minuman ke mukanya.
Nasib baik ramai yang menyabarkan. Jalan selamat, kami angkat kaki..
Punyalah
buruk perangai! Nak kasi ingatlah, mabuk ke atau tak mabuk ke, kata-kata nista macam
itu memang boleh sebabkan 'curfew'.
Itu semua orang kena ingat. Macam Datuk Seri Dr. Harusani Zakaria kasi warning - Jangan Terus Cabar Hina Islam;
Boleh Sebabkan Pertumpahan Darah! (di sini)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.