Sebab: Selepas 55 Tahun Berlalu, Kini Masih Gagal
Antara Negarawan terawal yang mengimpikan "SATU BANGSA, SATU BAHASA, SATU NEGARA" (Tunku Abd Rahman, Tun Razak, Tun Tan Cheng Lok, Tun VT Sambanthan) |
HASRAT
orang melayu untuk melihat realisasi semangat Satu Bahasa, Satu Bangsa dan Satu
Negara menerusi pemantapan sistem pendidikan negara nampaknya tidak akan
berhasil. Mimpi tinggal mimpi! Terasa
agak sedih juga kerana setelah lebih 55 tahun negara mencapai kemerdekaan,
hanya orang melayu sahaja yang bermimpikan peristiwa itu terjadi namun pihak
lain sedikit pun tidak pernah mengimpkannya.
Alasan remeh yang diberikan hanya
kerana khuatir jika sistem pendidikan dilaksanakan dalam satu asnaf, nanti akan
melenyapkan budaya dan identiti kaum masing-masing. Padahal, ia tidak sama
sekali menutup penyebaran dan pelestarian budaya etnik masing-masing asalkan
agama Islam tidak dicerobohi. Namun, apa yang kita dapat? Hasrat baik kita di
'olok-olok' mereka manakala agama kita pula cuba-cuba dikhiantinya (penulis
memerujuk isu penggunaan kalimah Allah).
Pemimpin-pemimpin suku kaum amat
pasti dan memahami susur galur hasrat murni ini. Namun, apabila kerajaan baru
membuka mulut memperkatannya, mereka semacam tuli dan langsung tidak faham apa
yang kerajaan cakap! Senang cakapnya, tak faham bahasalah!
Disebabkan kelangsungan politik
pemimpin melayu terpaksa tunduk sekali gus takut untuk bertindak tegas terhadap
isu ini. Sesampainya ke zaman Datuk Seri Najib, kita didedahkan dengan berbagai
konsep Satu Malaysia (1M). Kita ada BR1M, KR1M, BB1M, dan macam-macam program
dan skim 1M lagi. Tetapi kita gagal mewujudkan Sistem Pendidikan Satu Malaysia
(SP1M). Bukan sahaja gagal, mecetuskan idea pun sudah tidak berani.
Dasar Transformasi Pendidikan yang
diilhamkan Perdana Menteri dan Menteri Pelajarannya, hanya menambah baik dan
menaiktaraf sistem yang ada tetapi masih 'kelu' untuk melaksanakan satu sistem
yang dipakai guna untuk seluruh kaum di negara ini demi mewujudkan kerealitian
satu bangsa iaitu 'Bangsa Malaysia'.
Barangkali ada sedikit (mungkin juga
banyak) ketakutan merealisasikan itu kerana dibimbangi dari sudut politiknya
boleh menyebabkan tuntutan sama hak bagi setiap suku kaum di negara ini apabila
bangsa disebut sebagai Bangsa Malaysia.
Sebagai contoh, ketika mula-mula
Najib memperkenalkan dasar Satu Malaysia (1M) ramai yang salah tafsir.
Orang-orang melayu menjadi risau tak tentu arah kerana dikhuatiri Najib
menyamaratakan rakyat di negara ini dalam segala hal. Manakala orang Cina dan
India pula melahirkan rasa gembira dengan mengugut tak tentu pasal dengan
anggapan yang sama itu tiada lagi perbezaan hak setelah 1M menjadi milik semua
rakyat.
Berpeluh juga pemimpin
menjelaskannya kerana ketika mengumumkan dasar itu, kita terlupa menyambung
ayat dihujungnya 1M Berteraskan Perlembagaan Negara.
Sehinggakan, dalam satu ucapan, Tan
Sri Muhyiddin berkata, beliau tidak dapat bayangkan bagaimana akan jadi dengan
sistem pendidikan kalau pembangkang memerintah (di sini). Bagi penulis, jika pembangkang
memerintah, bukan sahaja sekolah jenis kebangsaan (SJK) dikekalkan bahkan
dibenar untuk ditambah dan dibesarkan tetapi juga institusi pengajian tinggi
(IPT) yang berlatar belakangkan kaum juga akan bertambah.
Nanti, kita akan ada universiti
untuk kaum cina, kaum india bahkan kaum sikh kut. Bagi kaum cina pula kita akan
ada universiti puak hokien, hokchu, hailam, kek, hakka dan macam-macam lagi.
Ketika itu, kalau melayu masih berpecah, orang cina dan india akan menjadi undi
penentu. Malah ketika itu penulis percaya, kaum cina dan india semua sudahpun
duduk dalam satu parti.
Mereka mahukan ini. Jadi selembut
dan setolak ansur mana sekalipun pemimpin melayu hari ini, usaha-usaha sebegitu
daripada puak-puak perkauman ini tidak akan berhenti. Eveready, lagi dan lagi dan lagi!
Orang
cina dan india nampaknya menggunakan sepenuh isu pendidikan ini dalam ehwal
politik mereka selain terasnya ekonomi. Fenomena ini dilihat amat ketara sejak
di hujung-hujung pemerintahan Tun Mahathir dan ia bertambah cair ketika Tun
Abdullah memerintah sehingga sampai kepada Najib nampaknya beliau juga tidak
mampu berbuat apa-apa atas sebab keterlanjuran yang berlebihan sebelum itu.
Memanglah tidak manis membicara
soal-soal sebegini di saat-saat negara hendak menghadapi pilihanraya ke 13
(PRU13). Apa lagi pilihan raya kali ini diramal sebagai satu pertandingan yang
amat sengit lagi mencabar. Sehingga ada juga yang berfirasat pilihanraya kali
ini sebagai penentu masa depan survival Barisan Nasional (BN) yang juga
bermaksud survival untuk masa depan orang
melayu / bumiputra kerana teras BN itu adalah Umno.
Namun, terpaksa cakap juga kerana
dalam bab pendidikan ini banyak yang bergegar dalam dewan-dewan perhimpunan
tida mampu menggegarkan perlaksanaannya.
Ada kalanya, terasa agak pelik
sesekali sedih apabila pemimpin negara (melayu) terpaksa berucapa menggunakan
bahasa Inggeris manakala cina dan india gunakan bahasa ibunda masing-masing
ketika menghadiri satu-satu majlis besar melibat majoriti kaum cina atau india.
Kita faham , mereka terpaksa berbuat
demikian bagi memastikan mesej ucapan pemimpin akan sampai ke bawah berikutan
orang-orang cina tidak begitu gemar mendengar ucapan dalam bahasa melayu.
Setelah lebih 55 tahun merdeka masih beginikah lagi rakyat kita?
Sesuatu yang perlu difikirkan,
tidakkah berasa janggal, aneh dan memalukan jika pemimpin (atau sesiapa saja
rakyat di negara ini) yang terpaksa berucap dalam bahasa lain selain Bahasa
Melayu (bahasa kebangsaan) sedangkan generasi yang masih hidup di abad ini
rata-rata dilahir, dibesar, bergaul dan disekolahkan di negara ini? Tidakkah terguris
di hati, bila seorang melayu bertemu seorang cina bertanyakan sesuatu dan
kemudian menerima jawapan ringkas berbunyi: Gua
melayu tak tau wo..
Dan, tidakkah kerajaan malu terhadap
pemimpin dari kalangan bukan melayu gagal mengucapkan bahasa melayu dengan
sempurna walaupun membaca teks? Apakah seruan-seruan yang kita laungkan selama
ini hanya sebagai hiasan pemanis kata sahaja? Aduhaiiii..
Jagindas: Barangkali buat
sementara ini tidak perlulah kita bercakap tentang STAU BANGSA, SATU BAHASA
SATU NEGARA kerana selain ia tidak menampakkan proses realisasinya, cogan kata
itu juga sering disalah tafsir...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.