Ahad, 11 Mei 2014
Sabtu, 10 Mei 2014
PENGUSAHA KENDERAAN PERDAGANGAN ZALIM
![]() |
| GAMBAR HIASAN - Lebih muatan |
BARU-BARU ini
akhbar melaporkan pendedahan Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ) yang mendakwa
20% (mungkin lebih dari itu) pemandu-pemandu bas ekspres tidak memiliki lessen
sah serta tidak memiliki lain-lain lessen seperti PSV dan sebagainya. Baca di
sini.
Jumaat, 9 Mei 2014
BAHAYA KALAU TAK FAHAM
Lebih Baik Diam Kalau Tak Pasti
PADA hemat
penulis, di zaman Datuk Seri Najib Razak (DSN) menjadi perdana menteri (PM),
telah banyak kali berlaku perlanggaran kenyataan antara PM dengan beberapa
menteri atau ahli parlimen. Maksud saya, beberapa kenyataan menteri atau ahli
parlimen yang tidak selari dengan kenyataan atau keputusan yang dibuat oleh PM atau
kerajaan sendiri.
Khamis, 8 Mei 2014
KERAJAAN SENTIASA DILANDASAN BETUL (?)
Perangai Pegawai Memualkan Rakyat
PETANG TADI
dua rakan melepaskan geramnya. Dan, penulis menjadikan diri sebagai pendengar
setia. Kami ditemankan masing-masing secangkir kopi O. Begini katanya:
Rabu, 7 Mei 2014
AL-FATIHAH BUAT AZIZ SATAR
![]() |
| Tinggal kenangan... |
Meninggalkan Khazanah Besar Seni Negara
AL-FATIHAH
buat seniman Datuk Aziz Sattar, 89, yang telah meninggal dunia pada kira-kira
pukul 2 pagi malam kelmarin akibat masalah jantung. Berita penuh di
sini.
Sekali-gus, hero filem melayu dan
mereka yang bertanggungjawab memeriahkan filem-filem melayu era zaman 50an –
akhir 60an, kini boleh dikatakan sudah tiada lagi. P Ramlee, S Shamsuddin, Aziz
Sattar, AR Tompel, Ibrahim Din dan M Zain semuanya sudah kembali kerahmatullah..
Isnin, 5 Mei 2014
TENTANGAN TERHADAP GST DAN HUDUD
Kerana Sistem Penyampaian Yang Lemah
ANTARA perkara yang menjadi heboh di kalangan rakyat Malaysia hari ini adalah isu Cukai
Barangan Dan perkhidmatan (GST) dan Hukum Hudud. GST diilhamkan oleh kerajaan setelah
mengambil kira kebaikan dan faedahnya kepada negara dan rakyat berdasarkan
lebih 160 negara yang telah mengamalkannya manakala ‘hudud’ pula hasil
perancangan parti Pas yang didakwanya merupakan salah satu daripada hasrat
parti itu dalam usaha merealisasikan sistem perundangan (jenayah) Islam sesuai
dengan konsep dan prinsip negara ini yang meletakkan Islam sebagai agama resmi.
Sabtu, 3 Mei 2014
ARTIKEL KE 1,000
![]() |
| GAMBAR HIASAN |
Terima Kasih Sudi Membaca
ARTIKEL ini adalah yang ke 1,000
yang saya tulis dalam blog ini. Sedar tak sedar, pada posting ke 1,000 ini usia
blog ini sudah menghampiri dua tahun sejak ia bermula pada 16 Jun 2012.
Terima kasih kepada anda
yang masih sudi membaca tulisan-tulisan saya di blog ini.
Jumaat, 2 Mei 2014
MELAYU TIDAK SERIUS BERNIAGA?
Antara Punca Kedai Melayu Malap
PENULIS
tertarikk dengan tulisan di akhbar Utusan Malaysia edisi 29/4/14 lalu bertajuk “Memperbaiki
Cara Niaga Orang Melayu”yang ditulis oleh M Jasni Majeed. Apa yang
ditulis itu adalah sesuatu yang biasa.
Biasa maksud penulis adalah isu yang semua orang tahu. Semua orang biasa
merungutkan hal itu.
Walaupun begitu, eloklah di baca
sekali lagi dan hayati apatah lagi kalau anda belum atau tidak berkesempatan
membacanya. Baca Di sini.
Isnin, 28 April 2014
ISU PERLANTIKAN KETUA KAMPUNG, AHLI MAJLIS
Rakyat Pertikai Faktor Usia
PERTAMA
SEKALI, diucapkan tahniah kepada semua ketua kampong (KK) yang telah dilantik
bagi penggal ini (bagi tempoh 3 tahun kehadapan) berkuatkuasa 01 April lalu.
Semoga tuan-tuan dapat menjalankan amanah jawatan tersebut dengan penuh jujur,
telus, cekap, bersih, aktif dan proaktif. Semuanya itu demi pembangunan,
keselamatan dan kebahagian penduduk kampung masing-masing. Semua, tanpa mengira
apa fahaman dan kedudukan mereka. Pendek kata, dari atas ke bawah dan
sebaliknya hendaklah bagus belaka. Barulah maju, bak kata Menteri Besar (MB)
Perak..Aman Jaya!
Sabtu, 26 April 2014
WARASKAN MINDA: JANGAN BERTINDAK IKUT EMOSI
![]() |
| Abdullah Sa'amah |
Samanlah Secara Profesional, Telus dan
Ikhlas Bertugas
MEMBACA
kekesalan Tuan Guru Abdullah Sa’amah, ‘ pengasas
Pondok Genting Tumpat, di Kelantan, terhadap tindakan pegawai Jabatan Pengangkutan
Jalan (JPJ) menyebarkan video di youtube
yang beliau di saman, penulis turut rasa kecewa juga. Pada dasarnya, isu tindakan
pegawai JPJ terbabit tidaklah sebesar
mana. Paling tidak hasrat mereka adalah untuk memberi tahu umum bahawa pihak JPJ
tidak memilih bulu jika mengambil tindakan kepada pesalah pengguna kenderaan
bermotor termasuklah terhadap seorang tok guru yang disegani. Jadi marilah kita
ucapakan syabas kerana anda (JPJ) tegas atau sekurang-kurangnya baru mahu mula belajar
tegas. Beritanya baca (di sini). Video-nya pula di sini.
Jumaat, 25 April 2014
PEMANDU DAN BAS WAJIB DISARING SETIAP HARI
![]() |
| GAMBAR HIASAN |
Nyawa Lebih Berharga Daripada Keuntungan
SEBELUM INI,
setiap kali bertemu Ramadhan dan Syawal, jumlah kemalangan maut membabitkan
kenderaan awam termasuk bas ekspres dan bas persiaran bagaikan satu fenomena
biasa yang akan berlaku atau seperti musimnya sudah tiba. Malah, setiap kali menjelang hari raya (puasa)
kedengaran cakap-cakap di kedai kopi menjangka-jangka berapa pula yang akan
maut menyambut raya tahun itu. Begitulah hebatnya penangan masalah tahap
keselamatan pengangkutan awam kita khususnya yang membabitkan bas ekspres.
Selasa, 22 April 2014
MB MANA YANG AKAN DITUKAR
Lama, Lembab Atau...?
BARU-BARU ini
ada ura-ura konon dua menteri besar (MB) akan digugur dan digantikan dengan MB baru.
Tentulah mereka itu daripada MB yang kerajaan negerinya adalah Barisan
Nasional. Tapi Siapa? Kenapa pulak?
Congak punya congak dari Perlis
sampai ke Johor dan naik ke Pahang, Trengganu dan rasanya tak ada pun yang
wajar ditukar sekarang. Perlis? Apa masalahnya? Negeri kecik jer…Kedah? Apa
yang tak kenanya dengan anak Tun Mahathir itu?
Sabtu, 19 April 2014
CARA HALUS TOLAK MELAYU
Terima Berkerja Tapi Tiada Waktu Solat
KASAR pulak tajuk cerita hari ini. Seorang anak
muda menceritakan kepada saya pengalamannya mencari kerja sambilan bagi mengisi
masa senggangnya sementera menunggu keputusan untuk menyambung pelajaran di
Institusi Pengajian Tinggi (ITP). Dia baru saja memperoleh keputusan Sijil Tinggi
Pelajaran Malaysia (STPM) dengan mata komulatif 3.17
Katanya, taukeh kedai itu boleh
menerimanya berkerja tetapi dia hanya diberikan masa rehat sejam iaitu dari jam
1 hingga 2 petang sahaja. Manakala, tidak ada masa untuk sembahyang asar dan
maghrib. Bermakna, sembahyang zohor bolehlah di curi-curi masanya antara jan 1
– 2 petang itu.
Khamis, 17 April 2014
KOD ETIKA PAKAIAN
BARU-BARU ini
heboh juga masalah pakaian ahli parlimen Batu, Teresa kok, yang disifatkan
pemerhati sebagai tidak beretika malah pakaiannya itu dikatakan hanya sesuai
untuk ke pasar dan bukan untuk menghadiri sebuah persidangan yang serius. Baca di sini.
Selasa, 15 April 2014
HUDUD: RAKYAT WAJAR SOKONG
Satu Penambahbaikan Undang-Undang Sedia
Ada
POLEMIK HUDUD
bergema lagi apabila Pas berkeras akan membentangkannya di Parlimen bagi
mendapatkan mandat untuk melaksanakannya. Seperti biasa, DAP dan mereka yang
berhati perut macam DAP tentunya akan bingkas menyergah hasrat Pas itu.
Dahulupun, atas nama kemanusiaan
(konon), iklim penduduk yang multi kaum, agama dan budaya, penulis juga agak
gusar untuk menyokong hudud ini. Ini disebabkan, ketika itu, hasrat Pas itu
tidak jelas tentang sentuhannya serta pelaksanaannya.
Isnin, 14 April 2014
KRISIS MAKANAN PASTI AKAN BERLAKU
Kenaikan Harga Barangan Tidak Dapat
Dielak
KHABAR-KHABAR
mengatakan harga daging lembu akan naik menjelang Jun depan merunsingkan banyak
pihak. Sebenarnya, apa sahaja yang
dikaitkan dengan kenaikan harga barangan keperluan harian terutamanya bahan
makanan memang menggusarkan kerajaan. Ini kerana kesan dan impaknya kepada
negara terutama iklim politik boleh terkesan.
Namun, kerajaan telah memberi
jaminan bahawa perkara sebegitu tidak akan berlaku dengan begitu drastik.
Justeru, rakyat tidak perlu khuatir terutama kepada umat Islam yang akan
menghadapi puasa bulan Ramadhan pada hujung Jun ini dan seterusnya menyambut
hari raya puasa sebulan selepas itu, Insya-Allah.
Isnin, 7 April 2014
SYED SAIFULLAH SUDAH DITAHAN KELMARIN
Kumpulan RBA Bila Lagi?
SECARA
peribadi, penulis mengucapkan terima kasih kepada pihak berkuasa kerana telah
Berjaya menahan pemunya akaun facebook (fb) bernama ‘ Syed Saifullah’ yang
dipercayai telah membuat fitnah terhadap isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor,
melalui akaun fb-nya itu baru-baru ini. Baca di sini.
Kita puji atas kecekapan pihak
berkuasa mengesan, menahan sekali gus dapat membendung pengusaha gejala buruk
itu daripada terus berbuat onar. Dia dan rakan-rakannya sewajarnya berterima
kasih kepada pihak berkuasa kerana paling tidak tindakan itu dapat mengurangkan
sedikit dosa fitnah yang dilakukannya agar ia tidak berterusan.
Bagaimana pula dengan mereka yang
yang menggunakan media sosial atas nama Red Bean Army (RBA). Apa pula
pertimbangan pihak berkuasa terhadap nilai kemarabahayaan RBA berbanding pemilik
akaun fb Syed Saifuddin dan mereka yang seumpamanya?
Inilah hal yang kadang-kadang sukar
nak diterjemah dan susah nak di jawab bila ada pihak yang berkata kalau melayu
buat salah sepantas kilat tindakan diambil tetapi kalau bukan melayu yang buat
ada sahaja karenah alasan yang diberikan oleh pihak terbabit....
Jagindas:
????
Ahad, 6 April 2014
PERISTIWA BERDARAH KG MEMALI DIUNGKIT SEMULA..
![]() |
| Tun Musa Hitam |
Harap Luka Lama Tak Berdarah Kembali
DATUK SERI NAJIB
bersama pasukan Barisan Nasional (BN) beliau sedang berusaha mengemaskan kedudukan
kerajaan BN agar ia akan terus relevan, unggul dan utuh menjadi kerajaan yang memerintah
Malaysia. Kerajaan yang memperjuangkan kedudukan melayu dan Islam ke persadanya
yang sebenar di samping hak-hak kaum lain tidak dinafikan – asal jangan kurang
ajar sudah!
Kalau boleh, segala kisah silam,
semua kesilapan lalu bahkan sebarang keterlanjuran lampau hendaklah dibuang
jauh. Dilupakan. Sejarah hitam disimpan dan tidak diungkit-ungkit lagi.
Khamis, 3 April 2014
MELAYU DAN MUALLAF SAMA HAK ISTIMEWA (?)
![]() |
| Mohd Nor Abdullah - Bekas Hakim Rayuan |
Kerana Mualaf Juga Melayu
TIBA-TIBA
sahaja timbul persoalan supaya golongan mualaf di negara ini diberikan hak yang
sama seperti mana yang dimiliki oleh kaum melayu termasuk yang bersangkutan
dengan hak-hak keistimewaan orang-orang melayu. Baca di sini.
Barangkali suara itu dilontarkan berikutan di
Malaysia, mana-mana warganegaranya dari kaum-kaum lain selain melayu, yang
memeluk agama Islam (mualaf) secara otomatiknya mereka sudah layak didaftarkan
taraf kaumnya sebagai melayu. Makanya, berdasarkan itu (melayu) secara logiknya
tentulah mereka juga berhak menikmati apa-apa keistimewaan yang diberikan oleh
negara untuk orang melayu. Antaranya, mereka juga berhak untuk memiliki atau
membeli tanah rezab melayu, meyertai skim Amanah Saham Nasional Berhad (asnb)
dan bermacam-macam lagi.
Langgan:
Catatan (Atom)












