Kisah Nizar (bekas MB Perak) durhaka kepada Sultan
Johor nampaknya masih belum reda. Rakyat Johor dan pelbagai pertubuhan serta
NGO masih menuntut Nizar supaya melutut dengan penuh ikhlas. Ampun tuanku,
patik memang getik Nizar ni!
Memohon ampun dan maaf memang senang. Namun mencari
keikhlasan tidak semudah itu. Ini kerja hati. Hanya Allah Taala sahaja yang
tahu kerja-kerja tersembunyi. Jadi, terpulang kepada Nizar!
Hah, mengampun pun sama! Sebab, dalam budaya dan agama
kita (Islam) memang diajar supaya menjadi seorang yang pengampun dan belas
kasihan. "Sedangkan Nabi, ampunkan
umatnya, inikan kita manusia biasa!"
Begitupun, bagi pihak di sebelah sana pula, kalau ada
ruang boleh menghukum mamat yang disifatkan kurang ajar ni, eloklah dihukum.
Hukuman adalah sebahagian daripada proses pengajaran, itupun kalau jenis yang
mahu sedar diri. Kalau jenis yang mantah barut, dihukum mati sekalipun tak kan
mahu dia mengalah. Agaknya, hilang nyawa barulah hilang cerita.
Tapi takkan lah sampai ke hukum gantung atau pancung
kut. Lain lah zaman kesultanan dulu-dulu, orang macam Nizar ni tentu dah lama
kena pancung!
Kita biarkan Nizar dengan alam fantasi dan egois tak
kena tempatnya. Banyak pihak dah buat macam-macam malah pihak berkuasa Johor juga telah
memulakan tindakan.
Nizar ni melayu, beragama Islam. Ada cerita-cerita
mengatakan dia ada sedikit campuran darah cina. Tapi kalau dilihat pada wajah
beliau, ada betulnya. Tak payahlah nak semak dengan DNA, tanya waris terdekat
beliau akan dapatlah jawapannya.
Tajuk Nizar durhaka inilah yang menjadi topik sembang
petang kami hari ini. Kali ini lebih awal, kami bertemu selepas solat Jumaat di
warung kopi mamak sebab dah lama tak makan mi goreng mamak.
Macam-macam cerita, pendapat, pandangan tidak kurang
juga kutukan dihamburkan. Maklum, negara kita ada raja berpelembagaan. Dalam
perlembagaan persekutuan dan dalam etika rukun negara jelas menyatakan
kedudukan mereka sebagai ketua negara yang mesti di hormati dan dikasihi.
Namun, dalam sembang punya sembang itu, memori kami
kembali mengingatkan kisah seorang budak cina dikenali sebagai Namewee yang banyak membuat pelbagai
kontroversi sebelum ini. Kesucian perlembagaan negara dan rukun negara habis di
pijak-pijaknya.
Heboh satu Malaya! Rakan-rakan blogg berapi-api
mengutuk mamat sepet yang dicop sebagai "haramjadah" dan
bermacam-macam gelaran yang enak-enak lagi diberikan oleh orang ramai! Dato'
Seri Hishamuddin teruk kena bantai oleh blogger-blogger
berikutan isu berkenaan.
Rakan saya kata, dalam kes ini, Nizar memfitnah
seorang sultan, iaitu Sultan Johor. Tindakan sedang dijalankan. Tetapi, budak
cina tu bukan lagi memfitnah bahkan menghina satu negara, habis seisi-isinya di
kutuk dan dipermainkan menerusi video haramjadahnya.
"Apa
khabarnya budak itu sekarang ye?" masing-masing kami melontarkan soalan yang sama.
Jagindas: ......agaknya
dia bertambah sihat, gemok, debab, bulat macammmm b*b*..... dan karyanya tentu semakin hebat!