Isnin, 25 Jun 2012

ANTARA KESILAPAN DAN KEDEGILAN


Malam tadi, sambil-sambil saya sentuh soal memperkasakan pendidikan sejarah disekolah-sekolah, saya juga ada menyebut sebab utama (pada pandangan saya) kegagalan Pendidikan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI/ETeMS).
            Pagi ini pula, seorang rakan saya yang juga bekas guru besar (dah bersara lah tu) menelefon saya setelah membaca tulisan saya itu. Katanya, ketika bertugas dulu, bila tiba hari minggu bahasa inggeris, dia akan  mintak tolong kawan dia tuliskan ucapan  pendek dalam bahasa inggeris untuk dibacanyanya pada perhimpunan pagi.
            "Dah lah ucapan orang tolong buat, kita yang baca ni pun tersenyum bebudak mendengarnya sebab sebutannya tak berapa nak betul" katanya sambil gelak ketawa.
            Jadi, ingat tu Pak Menteri, jangan sampai pisang berbuah dua kali. Melakukan kesalahan yang pertama kali boleh diterima sebagai satu kesilapan, tetapi melakukan kesilapan yang serupa berulang kali, itu dikira satu kedegilan.
            Menyemak kembali kegagalan yang lalu bererti memuhasabahkan diri. Semak betul-betul. Bukan orang saja, jabatan dan kementerian juga perlu bermuhasabah. Oleh itu, semaklah balik program KBSR (kurikulum baru sekolah rendah), KBSM (kurikulum baru sekolah menengah), PPSMI, KSSR (kurikulum standard sekolah rendah) dan macam-macam lagi. Jangan hanya gah pada nama dan perbendaharaan kata saja. Paling malang, jangan sampai kita tak faham apa yang kita rancangkan! itu lagi parah! Nanti falsafah akan disebut falsampah.
            Orang tua-tua kata, mana-mana yang elok kita perelokkan lagi, mana-mana yang kurang baik kita perbaiki dan kalau ia memang tidak beguna maka kita buang dan gantikan dengan yang baru yang lebih bermutu.
            Banyak wang dan tenaga yang kita habiskan untuk menjayakan sesuatu program baru. Sana sini pembangkang kata kita habiskan duit rakyat tanpa perancangan rapi. Cakap-cakap macam ni yang tak lalu nak dengar sedang mereka bukan tak tahu yang kita bercengkang matasiang malam untuk menjadikannya.
            Tidak kira apa lonjakan nama yang diberikan, tranformasikah atau reformasi pendidikankah atau entah apa si si lagi. Berilah nama yang gah-gah namun hasilnya juga mesti gah. Jadi, jangan marah kalau orang mentertawakan kita kalau dok asyik merombak benda yang sama tapi tak selesai-selesai.
            Pun begitu, sebagai rakyat marhain, apa yang saya katakan itu adalah atas dasar ingat mengingat sesama kita. Saya sedar, siapalah saya nak bercakap tentang benda-benda besar seperti ini. Degree tak ada, master tak ada, jauh sekali PhD. Darjat, pangkat dan Dato' lagilah tak ada! Tapi saya sayang negara ini. Banyak jasanya kepada kepada rakyat...
           

Jagindasapapun yang kita buat, berpijklah pada bumi nyata, insyaAllah akan betemu realitinya.. 

JANGAN TIPU FAKTA SEJARAH - merbahaya!


Semalam, entah macam mana saya menulis tentang Anwar Ibrahim yang tidak saya sukai sejak sebermulanya Anwar itu dalam politik UMNO. Memang  getik betul nak sebut nama dia ni. Bila dah tersebut maka banyak pula yang nak diperihalkan tentangnya.
            Oleh kerana saya telah mengcap dia sebagai pembawa celaka dalam kerajaan (UMNO), maka sudah tentu saya meneliti setiap pentadbiran yang diterajuinya. Pendek kata, apa yang dia pegang semuanya macam tikus baiki labu. Belia, porak peranda. Sistem pendidikan,  lintang pukang. Ekonomi negara, tunggang langgang! Yang pasti hari ini, desas desus mengatakan dia ada 3bilion sekarang.
            Syukurlah, walaupun tindakan Perdana Menteri ketika itu saya sifatkan terlambat, namun Tuhan masih menyebelahi kejujuran kerajaan hari ini dan Alhamdulillah, negara kita terselamat daripada malapetaka yang besar-besar.
            Justeru, pemimpin hari ini adalah diharapkan tidak terikut-ikut dengan prinsip dan falsafah yang pernah menular dalam kakitangan kerajaan yang menjana pentadbiran negara ini kerana kita harap tiada lagi tikus yang membaiki labu.
            Untuk bicara hari ini, saya suka memfokuskan kepada sistem pendidikan negara kita. Kementerian pelajaran kini telah menjalankan pelbagai kajian semula terhadap pelbagai aspek bagi memantapkan sistem pendidikan yang teras besarnya adalah bagi mewujudkan satu masyarakat Malaysia yang berjiwa negara selain memastikan rakyat negara ini akan terus mampu membangunkan negara sendiri tanpa bergantung pada orang lain.
            Subjek sejarah kembali menjadi topik dan mula diajar kepada murid-murid sekolah rendah. ini bermakna, kerajaan sedar mata pelajaran itu yang terpinggir sekian lama memberi kesan dan impak kepada pemikiran generasi hari ini. Masih ingat tak ketika bila matapelajaran ini tersingkir dari sukatan pelajaran sekolah rendah? Jawapannya, ketika Anwar jadi menteri pelajaran.
            Bukan itu sahaja, ketika itu secara perlahan-lahan beliau turut menggesa supaya kandungan pendidikan sejarah di sekolah menengah juga dilembutkan. Kononnya, bahagian-bahagian yang menyentuh isu kaum dan hal-hal yang sensitif tidak sesusuai untuk negara berbilang kaum.
            Ketika itulah saya memberontak dalam hati bahawa Anwar sedang berusaha menipu sejarah dan biasanya tingkah laku seperti ini dibuat adalah untuk kepentingan politik peribadi jangka panjang.
            Jelas sekarang, anak-anak yang dididik zaman itu yang kini sudah dewasa dan melepasi usia 40an tidak mempunyai kekuatan sejarah negara mereka dalam diri. Orang sekarang kata kurang jati diri atau tiada langsung!
            Justeru, saya mengingatkan kementerian pelajaran, sejarawan-sejarawan negara dan mereka yang bersangkutan dengannya kembalikan teks sejarah negara ini kepada asalnya. Jangan menipu sejarah. Jika sejarah negara ini cuba di tipu kandungannya atau ditulis dengan versi yang kononnya menyeimbangi semua pihak, percayalah ia serupalah seperti kita mengundang satu keterbalikan hakikat sebenar untuk beberapa tahun akan datang.
            Sejarah itu mesti berdiri atas faktanya yang sebenar. Maka nyatakanlah yang sebenar-benarnya sekalipun ia amat pahit untuk dikatakan dan menyakitkan kepada satu pihak yang mendengarnya.
            Guru-guru yang terbabit dengan pendidikan ini perlu diberikan pendedahan yang luas serta mempunyai ilmu yang cukup kerana kegagalan mereka menyampaian kebenaran sejarah termasuk hal-hal yang tersurat dan tersirat menyebabkan pendidikan itu menjadi hambar dan tidak bermakna.
            Mengambil pengalaman pendidikan sains dan matemtik dalam bahasa inggeris (ETeMS), kelemahan utama menjadikan ia gagal dilaksnakan adalah faktor guru tidak mempunyai ilmu yang cukup untuk menjana  sistem itu. Ia itu, guru sendiri tidak mahir berbahasa inggeris.
            Sains dan matematik adalah pelajaran yang bukan sekadar memberitahu murid tentang sesuatu fakta tetapi ia memerlukan pencapahan elebrasi yang jelas. Dan di sinilah guru-guru tersungkur kerana guru sendiri tidak pandai berbahasa inggeris. Proses elebrasi memerlukan kekuatan bahasa. 
            Kesilapan di sini, sepatutnya sebelum terlaksana program tersebut, kerajaan hendaklah memastikan setiap guru hendaklah menguasai bahasa itu terlebih dahulu sebelum murid-muridnya.
            Inilah yang orang tua-tua kata, membuat kerja menyongsang akhirnya memudaratkan diri. Tambah malang, ada sekolah di mana murid-murid lebih bijak berbahasa inggeris berbanding gurunya.
            Apapun kerja yang hendak dibuat, keghairahan itu penting bagi menghidupkan mood sesuatu projek tetapi janganlah sampai tersasar hingga hilang arah. Satu lagi, kerja-kerja yang besar besar hendaklah di laksanakan dengan penuh teliti dan tidak tergopoh gapah. Inilah yang orang tua-tua kata, "biar lambat asal selamat".


Jagindas:   sebut sahaja Mat Kilau, Datok Bahaman, Tok gajah, Datok Maharajalela,  - berderau bulu roma. sebut 13 Mei,...mengirap darah!

Ahad, 24 Jun 2012

ANWAR IBRAHIM - DULU KINI DAN SELAMANYA...


CERITA-CERITA tentang Anwar Ibrahim (Dato' Seri) yang dimainkan oleh media massa termasuk para rakan blogger,  lama-lama sudah semacam geli pulak mengikutinya. Itu sebab, saya tidak begitu bernafsu untuk menambah tokok mengulas perihal permainan poltik beliau.
            Ada sebabnya. Ketika berumur 22 tahun saya sudah memegang jawatan ketua pemuda cawangan di satu cawangan UMNO di Perak. Ketua Bahagiannya ketika itu adalah satu nama yang disegani. Masa tu jugalah zaman Anwar sedang naik.
            Dia (Anwar) Ketua Pemuda UMNO Malaysia, dia menteri Belia dan Sukan. Senenarnya, sebaik sahaja perdana menteri ketika itu, Dr. Mahathir Mohamad (Tun) berjaya menarik beliau ke dalam UMNO, hati kecil saya terus mengatakan satu bala akan memasuki UMNO.
            Padahal, saya tidak tahu apa-apa pun mengenai baik buruk Anwar ketika itu mahupun semasa dia begitu gah memimpin ABIM.
            Ramai kalangan rakan-rakan UMNO bertanya mengapa saya berkata begitu, namun saya tidak dapat menyatakan secara konkrit sebab-sebabnya kerana saya sendiri ketika itu tidak mengenali anwar kecuali melalui akhbar-khbar dan media massa.
            "Ada satu detik di benak saya yang menyatakan bahawa budak ni (anwar) akan membawa celaka kepada UMNO - tunggu dan lihat, cepat atau lambat, itu saja", itulah yang dapat saya katakan bila rakan-rakan mahukan jawapan hal tersebut. Walaupun mereka ketawa, tatapi saya serius.
            Mengikut rekod peribadi, sebagai tanda saya memang tidak suka dia, saya tidak pernah menghadiri sebarang program yang dihadiri oleh Anwar. Ketua Bahagian dan Ketua Pemuda Bahagian saya ketika itu, sudah dapat mengesan dan saya akhirnya di pulaukan.
            Malahan, ketika saya bertugas sebagai pemberita sekalipun saya tidak pernah membuat liputan majlis yang dihadiri oleh Anwar.
            Beberapa tahun kemudian, sebaik sahaja Anwar di tangkap di rumahnya, seorang rakan menelefon supaya saya segera melihat Berita TV3. Dia mengabarkan kepada saya berita tersebut dengan penuh nada geram mengecam tindakan seorang pemimpin ketika itu, Tun.
            Sebaik sahaja saya melihat berita itu, saya tergelak besar berdekah-dekah dihadapan anak dan isteri kerana berasa amat puas. Dalam hati saya berkata: You terlambat Mahathir! You terlambat!
            Sehingga sekarang, rakan-rakan politik yang tahu tentang hal ini tidak akan membawa cerita Anwar dalam sembang-sembang kami kerana mereka tahu, saya akan meluat dan jika diteruskan juga saya akan angkat kaki.


Jagindas:   kalau ikut loghat orang kampung saya, anwar sekarang ni dah "GILA SEPERA"

CUEPACS MENYALAK LAGI!


Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perhidmatan Awam (Cuepacs), menghimpit lagi setelah beberapa perjuangannya terhadap kebajikan perkhidmatan awam mendapat perhatian dan tindakan yang mengembirakan golongan berkenaan.
            Kali ini cuepac mahu kakitangan awam diberikan cuti tanpa rekod kepada mereka yang mahu menunaikan umrah bagi mengelakan mereka menghabiskan cuti rehat sedia ada yang didakwa telah dipendekan jumlahnya.
            Kemudahan itu juga, menurut presidennya, Datuk Omar Osman, dapat membantu kakitangan terbabit tidak mengambil cuti tanpa gaji ketika menunaikan ibadah sunat tersebut.
            Saya percaya tentu jemaah cuepacs telah mengambilkira dari pelbagai aspek sebelum menjadikannya sebagai usul untuk disampaikan kepada kerajaan. Namun, secara peribadi, saya fikir permintaan cuti tersebut tidak begitu sesuai kerana ia hanya membabitkan ibadah sunat.
            Jika cuepacs mahu menjadikannya sebagai kemudahan kakitangan awam islam menunaikan ibadah membabitkan lokasi di luar negara (lawatan sambil belajar bagi yang lain-lain), ada baiknya cuti menunaikan fardhu haji yang ketika ini diberikan khas sebanyak 40 hari dinaikkan kepada 50 atau 60 hari.
            Ini kerana ada ketikanya selepas balik menunaikan fardhu haji mereka tidak sihat dan memerlukan masa bertenang yang agak selesa sebelum kembali bertugas. Begitu juga sebaliknya, mungkin mereka memerlukan beberapa hari untuk bercuti (cuti awal) sebelum bertolak ke Mekah.
            Saya mencadangkan ini kepada cuepacs kerana ibadah haji itu wajib serta termaktub dalam rukun islam manakala umrah hanyalah sunat. walau apapun darjat sunat itu, ia tetap tidak akan setanding yang wajib. Dan, wajib haji bagi seseorang Islam itu hanya sekali seumur hidup jika cukup syarat-maratnya.


Jagindas:   mintak kerajaan pertimbangkan cuti tanpa gaji lepas kahwin sebanyak 7 hari. Kahwin pun ibadat juga...