Isnin, 2 Julai 2012

JAGALAH HERBA KITA...

SEBELUM bercerita lebih lanjut, terlebih dahulu saya mohon maaf kepada semua pihak terutama Kementerian Kesihatan dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Kementerian Dalam Negeri, dan semua yang terkait dengan perundangan negara. Tulisan kali ini bukan menyokong penyalahgunaan dadah dan bahan-bahan beracun yang telah digazetkan oleh kerajaan sebagai bahan larangan dan menyalahi undang-undang negara. Saya faham serta mafhum bab itu. Apa yang ditulis ini adalah untuk direnungkan bersama kalau mungkin, barangkali khsusus buat ahli-ahli farmasi dan Research And Development  (RND) perubatan moden dan radisonal:
           
MENGHARAMKAN sama sekali mewujudkan dadah jenis sintatik yang membawa kepada hukuman mati mandatori amat dialu-alukan malah tindakan berat yang sedang berkuatkuasa sekarang amat releven berdasarkan kesan najis dadah berkenaan terhadap keharmonian dan keselamatan awam.
            Dalam pada itu, negara kita juga turut memiliki pelbagai jenis herba yang banyak daripadanya dipercayai memberi kesan baik terhadap kesihatan atau dunia perubatan tradisonal seperti yang pernah diamalkan oleh nenek moyang kita dahulu.
            Namun, pihak berkuasa dan kementerian kesihatan mendapati ada antara herba tersebut pula dipercayai mengandungi bahan beracun disamping kebaikannya yang dipercayai boleh mengakibat kesan sampian lain terhadap manusia.
            Demikian juga, Daun Ketum atau Daun Biak, juga dikatakan mempunyai khasiat tertentu tetapi disahkan mengandungi bahan beracun mitraginin yang memberikan kesan tidak baik kepada kesihatan manusia.
            Menurut orang tua-tua, air rebusan ketum diminum oleh orang dulu-dulu sebagai amalan, segelas pagi dan segelas malam. Ini selalunya diamalkan oleh mereka yang berkerja keras membanting tulang empat kerat. Dengan kata lain air rebusan herba berkenaan dipercayai mampu memberikan tenaga tambahan atau  memulihkan tenaga selepas bekerja.
            Beberapa pesakit kencing manis tegar yang mengamalkan meminum air ketum (tujuan perubatan) mendakwa kembali pulih malah luka-luka yang sudah dijatuhkan hukum potong oleh doktor pun menjadi pulih seperti sediakala. Mungkin juga secara kebetulan(?).
            Dalam satu kes lain, seorang pengidap masalah premature ejaculation mendakwa dia mampu mengawal masalah itu setelah mengamalkan minuman air berkenaan. Ada juga berkata, air tersebut telah mengurangkan derita penyakit buasir yang dihidapinya sekian lama.
            Justeru, maksud saya di sini adalah, tidakkah pihak terbabait berusaha untuk membuat Research and Development (RnD) menjadikan sumber herba ini sebagai satu daripada hasil perubatan (modern atau tradisonal) berdasarkan amalan yang pernah dilakukan oleh mereka terdahulu.
            Walaupun ada beberapa herba yang didakwa memiliki bahan beracun, tidakkah teknologi hari ini mampu mengekstrak kompenan racun tersebut sebelum menjadikannya bahan yang lebih baik untuk manusia sejagat.
            Disamping kita melihat bahan-bahan beracun yang terdapat dalam herba tersebut, kita juga seharusnya mengkaji khasiat-khasiat kompenan-kompenan lain yang terdapat dalam herba itu untuk dimanfaat. Melainkan kewujudan bahan beracun itu sama sekali tidak boleh dipisahkan, maka wajarlah diisyhtiharkan herba berkenaan sebagai herba beracun.
            Apa yang berlaku tindakan awal kita hari ini adalah menghapuskan sama sekali apa-apa penemuan herba sebaik sahaja mendapat tahu ianya disahkan mengandungi bahan beracun. Memang, langkah itu betul dan tepat kerana jika tidak rakyat akan rosak binasa berikutan menyalahgunakan bahan-bahan dadah dan beracun tersebut.
            Namun, sekiranya pihak lain (negara lain) membuat kajian terhadap keistimewaan herba  berkenaan (sebarang herba lain juga), dan disahkan tidak memberikan kesan sampingan dan ketagihan jika digunakan untuk penawar penyakit tertentu, maka ketika itu negara telah kekurangan satu atau lebih sumber perubatan negara berikutan kedua-dua herba tersebut telah dipupuskan.
            Apapun, haram tetap haram. Sebarang ketetapan yang telah dimaterikan oleh pihak berkuasa mesti dipatuhi. Kepada mereka yang sedang dan sudah ketagihan benda-benda haram hendaklah kembali kepangkal jalan.
           

Jagindaspagi minum segelas air rebusan tongkali dan malam makan kapsul ekstrak tongkat ali.  powerrrrrrrrrrr weh!

TERKENANG MASA DOLU DOLU....


PAGI SEMALAM sempat merayap ke pasar raya. Huh, pusing kiri bangla, pusing kanan bangla, jalan ke depan, tembung bangla, undur belakang berlaga dengan bangla. Bangla, bangla, bangla! Ada satu mamat bangla tu, macam pulak muka si Rafi ni. Layan jer ler.....




Jagindas:  Sesekali kena releks beb. Takkan nak memikir memanjang... amacam, maksudnya yang ni amacam? hehehehe

MESTI BAGI BN MENANG!

SEMALAM, saya bersembang politik dengan orang melayu. Selepas memaparkan diblog ini cerita itu, saya teringat pula persembangan saya dengan seorang lelaki cina yang pernah menjadi orang kuat parti MCA di cawangannya suatu masa dulu. Sekarang dia sudah tua tetapi masih kental dengan semangat MCA-nya. Namun, malang sekali dia telah diketepikan berikutan teguran-teguran yang dibuatnya terhadap kepimpinan parti itu.
            Saya panggil dia Ah Voon saja. Katanya, orang muda yang menganggotai MCA hari ini banyak dipengaruhi benda-benda lain menjadikan pemikiran mereka agak keras, bercelaru dan adakalanya menyimpang daripada semangat kekawanan sebagai kompenan Barisan Nasional (BN).
            Menurutnya, dia sering menyanggah bilamana kalangan pemimpin tempatan mengusulkan perkara-perkara yang boleh menyentuh keistimewaan dan kedudukan orang melayu terutama hal-hal berkaitan ekonomi. Teguran itu tidak disenangi kaumnya dan akhirnya beliau diketepikan.
             Ah Voon, berkata Malaysia hanya memerlukan kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk memerintah. Oleh itu, semua pihak mesti beri peluang BN dan UMNO menang di semua kawasan pilihanraya pada bila-bila pilihanraya pun.
            "Orang muda tidak merasai bagaimana susahnya untuk hidup masa dulu dan macam mana susah payahnya kerajaan ketika itu berusaha sehingga negara menjadi aman damai sampai sekarang. Peristiwa 13 Mei 1969 sudah cukup dijadikan teladan.
            "Apa lagi yang dia orang mahu. Orang melayu tak pernah usik pun hak orang cina, mengapa pula kita nak usik bahagian mereka. Sekarang berapa punya aman, ke mana pergi dan apapun bisnis boleh buat. Nak cari makan pun senang, nak apa lagi?"
            Demikian, keluhannya ketika mengulas sikap kaum kerabatnya yang disifatkan sebagai tidak berterima kasih dan sengaja mencari fasal kepada kerajaan sekarang.
            Katanya, dia amat bimbang jika BN kalah dalam pilihanraya akan datang kerana beliau tidak nampak lagi keamanan menjadi milik negara bahkan menurutnya akan berlaku jurang antara kaum apabila orang melayu tidak berpuas hati terhadap kepimpinan orang cina.
            Saya terus menanyakannya apakah dia bermaksud orang MCA seperti talam dua muka sehingga dia begitu bimbang dengan suasana politik parti itu sekarang. Beliau nampak serba salah dengan pertanyaan itu namun menyatakan kekesalannya kerana generasi cina hari ini begitu mudah menerima tipu daya puak DAP .
            Saya cuba melebarkan lagi persoalan tersebut dengan membawa pemikiran Ah Voon melihat kawasan-kawasan pilihanraya yang undi penentunya adalah orang cina atau di lokasi yang ramai kaum cina.
            Kepada soalan itu, dia hanya menggeleng-gelengkan kepala. Beliau hanya menegaskan apa sekalipun rakyat mesti bagi BN menang dalam pilihanraya kali ini, jika tidak katanya nak cari makan pun susah nanti.
            Katanya lagi, kalau nak diikutkan beliau sudah tua hanya menunggu masa untuk mati. Beliau sepatutnya tidak perlu lagi memikir apa akan jadi pada negara ini esok atau lusa. Tetapi, dia memikirkan masa depan anak cucu cicitnya agar dapat hidup di negara ini seperti yang dia nikmati sekarang. Kerana baginya, apa yang dinikmati sekarang adalah sebahagian daripada perjuangan yang dibuatnya ketika muda dulu.


JagindasSaya dok fikir kenapa dia bimbang sangat ni kalau BN kalah! Tapi itulah dia, orang cina tua yang berakal pun mahu BN menang, macam mana dengan melayu?

Ahad, 1 Julai 2012

SEMBANG AHAD: PADA HEMAT SAYA... bhg, 2 (akhir)


SEBAB ITU kita mahukan pemimpin yang bersih, sebab orang yang bersih sahaja mampu bercakap tentang kebersihan sekaligus ia memberikan harapan untuk menarik kepercayaan khalayak terhadap butir-buah yang dilontarkannya.
            Namun begitu, penyalahgunaan ilmu juga amat berbahaya kepada orang ramai. Manusia secara lahiriahnya mudah tertipu ddengan status dan penampilan sesorang. Kekuatan inilah kerap digunakan oleh pihak tertentu untuk memerangkap khalayak walau terpaksa menyongsangkan tuntutan ilmu itu sebenarnya.
            Tidak kira yang jahil hatta golongan cendikiawan skalipun boleh terpengaruh dengan songsangan-songsangan makna dan fakta kerana ia digarap sebegitu rupa sehingga berjaya meruntun jiwa pendengarnya.
            Kerap benar orang berkata, malahan kita juga sering menyebut frasa ini: meroboh memang senang tetapi membinanya tidaklah semudah itu silap-silap mungkin tidak terbina langsung!
            Generasi muda hari ini dilahir dan dibesarkan dalam keadaan dunia sudah terbuka. Manakala generasi tua sudah tidak banyak lagi yang tinggal. Golongan ini lebih tahu bagaimana sukar dan perihnya hendak menjadikan sebuah negara Malaysia merdeka. Mereka lebih tahu isi kandung, onak dan duri, rencah kancah kehidupan masyarakat negara ini sebelum dapat dinikmati generasi sekarang sehingga ada yang  tergamak bersikap angkuh dan bongkak.
             Barangkali, inilah yang disebut oleh bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir (Tun), bahawa rakyat Malaysia kini berada dalam proses di mana mereka melupakan asas-asas pembinaan negara yang telah dibina sejak dari zaman dahulu.
            Justeru, masyarakat Malaysia hari ini menjadi manusia yang tidak tahu bersyukur dengan nikmat yang dihadiahkan oleh negara berikutan jiwa dan naluri mereka yang kosong terhadap sejarah perjuangan asal-usul negara sendiri.
            Ramai yang melaungkan "demi negara agama dan bangsa". Ramai yang berkata "dibakar hangus dicincang hancur, namun berpaling tidak sekali". Namun sekental manakah semangat yang ada dalam nubari mereka.          
            Begitu juga dengan kakitangan awam di sektor kerajaan dan kakitangan di sektor swasta, bahawa tindak tanduk anda juga menjadi perhatian khalayak. Apa juga salahlaku yang pihak anda lakukan atau sesuatu yang dirasakan sebagai tekanan kepada rakyat, kelak akan memberikan kesan yang parah kepada institusi pentabdiran negara.
            Insaflah, kewujudan anda di situ adalah atas nikmat kestabilan, keharmonian dan kemuncahan negara merencanakan ekonominya sehingga anda di kedudukan itu.
            Adil dan tegaslah ketika menyalurkan apa-apa juga bentuk bantuan, pengagihan bekalan-bekalan kerajaan termasuk subsidi mahupun pinjaman, taburan projek-projek fasarana serta kemudahan awam dan lain-lain lagi supaya sewajarnya sampai kepada sasaran yang seberhaknya.
            Agensi-agensi terutama di peringkat bawah harus sensitif terhadap sesuatu tindakan yang perlu diambil dengan segera atau sertamerta bersesuaian dengan kedudukan negara yang stabil ekonominya.
            Kita kena selalu turun padang secara rambang untuk mendekati penduduk terutama yang hanya sekadar mampu "makan untuk hidup". Pertemuan umum dalam majlis-majlis tidak mampu memberi maklum yang jelas kepada kita. Walaupun sebenarnya negara kita nampak mewah, namun bukan semua dapat menikmatinya. Harga barang berbanding nilai wang hari ini adalah antara faktor yang meruntuhkan resah gelisah golongan marhain.
            Sesekali tinggalkanlah bilik sejuk serta mercedes dan jelajahlah kampung, desa dan taman dengan cara merendah. Lihatlah dengan mata kepala sendiri, rasai perihnya dihati, jangan mengharapkan laporan bertulis atau mendengar menerusi meyuarat-mesyuarat sahaja. Inilah sebenarnya yang dikatakan konsep turun padang sebenar.
           

Jagindas:   kalau nafsu memang kuat tapi tenaga dah tak ada, janganlah mabuk nak kahwin dua, tiga, empat... cukup-cukup ler tu..