DAKWA
SECARA AUTOMATIK
Pemilik Kenderaan Yang membenarkan Kanak-Kanak Bawah 15 Tahun
dan Pemandu Tanpa Lesen
[Gambar Hiasan] |
IPOH: Orang
ramai meminta pihak berkuasa khususnya polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan
(JPJ) mengenakan tindakan undang-undang terhadap pemilik kenderaan bermotor
yang membenarkan kanak-kanak bawah 15 tahun dan yang memandu tanpa lesen memandu kenderaan mereka.
Menurut
mereka, sikap "tidak apa" orang dewasa khususnya ibu bapa terhadap
remaja seusia itu yang memandu tanpa lesen telah banyak menyusahkan ramai pihak
serta mengancam keselamatan awam terutama di kawasan perumahan dan
kampung-kampung.
Sehubungan itu, pihak
berkuasa diminta mengambil tindakan undang-undang seperti yang diperuntukan Seksyen
39 A.P.J. yang mana pesalah boleh dikenakan denda RM1,000 atau penjara 6 bulan
ataupun kedua-duanya sekali.
Seorang
penduduk yang enggan namanya disiarkan, meminta pihak terbabit tidak berkompromi
dalam menguatkuasakan undand-undang tersebut kerana sudah terlalu banyak kes
yang membabitkan remaja seperti itu terutama di kawasan perumahan dan kampung.
"Nampanya,
kerajaan terpaksa mengajar dan mendidik pemilik kenderaan bermotor terutama ibu
bapa menerusi penguatkuasaan undang-undang berkenaan.
"Polis
dan JPJ diminta mengenakan tindakan undang-undang berkenaan tanpa kompromi
sebaliknya pendakwaan hendaklah dibuat secara automatik berbekalkan undang-undang
sedia ada," katanya.
Sementara
itu, tinjauan di sekitar taman perumahan dan kampung-kampung dekat sini, mendapati ramai
remaja bawah umur bahkan kanak-kanak seusia tujuh dan dua belas tahun memandu
motosikal.
Tindakan
orang dewasa dan pemilik kenderaan yang membenarkan kanak-kanak terbabit
memandu sebenarnya boleh mengundang banyak masalah sosial jika tidak dibendung
segera.
Jagindas: Anak penguatkuasa pun ada yang macam tu, tu yang tak sedapnya....