AKN TIDAK TANGKAP PENGKRITIK KERAJAAN
NAZRI....rakyat boleh kritik |
MENTERI di
Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, berkata menerusi Akta
Keharmonian Nasional (AKN) yang menggantikan Akta Hasutan 1948, kerajaan tidak
akan mengambil tindakan terhadap rakyat yang mengkritik kerajaan kecuali yang
menyentuh perkara sensitif seperti institusi raja dan keharmonian kaum.[di
sini]
Kritikan Pertama
Jagindas Kepada Nazri :
Rakyat memang
suka benar dengan kenyataan ini lebih-lebih lagi mulut celupar dari puak
pembangkang atau sesiapa sahaja yang sentiasa berpendapat apa sahaja yang dibuat
kerajaan semuanya tidak betul melainkan dia sahaja yang betul.
Justeru, Nazri sepatutnya
menjelaskan maksud kritik itu adalah tidak termasuk maki hamun dan fitnah yang
tidak berfakta. Sebab, rakyat Malaysia hari ini kalau diberi peluang bercakap,
selalunya terbabas dan tidak ikut law
kata orang putihnya.
Walaupun sudah terang lagi bersuluh
dan diberi pula kanta pembesar, ada yang masih tidak nampak jelas. Sebab itu
hal-hal seperti ini mesti dinyatakan dengan jelas. Kritikan yang macam mana??
Kita tidak mahu nanti rakyat mabuk
mengkritik kerajaan sehingga merendahkan martabat pemimpin, atau bahasa
ilmiahnya mengkritik tidak bertatsusila.
Setiap kiritikan seharusnya mempunyai
landasan yang jelas dengan mengemukakan pandangan atau cadangan bernas dan bersifat
nasional atau global tidak semata-mata kritikan membabi buta.
Jagindas: pengkritik bebas di kedai kopi.