Sabtu, 21 Julai 2012

CATATAN PERISTIWA Vlll

SEJARAH NEGARA ..... merdeka!merdeka!merdeka!

sambungan dari cerita 7
CERITA 8:  Bhg. Akhir

DALAM bahagian akhir catatan memori ini saya tuliskan satu peristiwa yang berlaku di pondok usang di mana saya dibesarkan. Peristiwa itu berlaku kira-kira 40 tahun lalu..
            Ketika itu musim durian. Saya menjemput seorang guru mata pelajaran Fizik, bernama Joe Keller. Dia orang Amerika berasal dari Idaho. Dia suka benar makan durian. Malah sambal belacan juga dia suka. Sebelum makan durian, keluarga saya menjamu dia makan nasi berlaukkan gulai lemak pisang emas muda dan sambal belacan.
            Selesai makan, kami bersembang-sembang tentang Malaysia dan Amerika. Secara tiba-tiba, bapak saya datang dari dapur dan terus bertanyakan kepada Joe:
            "Mr, Joe, apa pasal Amerika suka kacau Palestin?", pendek saja soalannya tapi agak kasar. Saya yang masa itu baru berusia lingkungan 16 tahun, hanya gelak-gelak saja sebab masih belum memahami masalah dunia. Maklum, media masa ketika itu amat terhad. Surat khabar pun tak mampu nak beli. Radio dan TV pulak tidak ada di rumah.
            Tahukah anda apa yang dijawab oleh Mr Joe? Ringkas, padat dan penuh amaran!
            "Hei, mesti mengingat, saya orang Amerika!", itu jawapannya. Maknya, dia memberi amaran kepada bapa saya supaya jangan bertanya soalan-soalan yang menyentuh sensitiviti orang Amerika!
            Cuba teliti betul-betul. Dia bercakap di rumah saya. Dia hanya seorang orang putih yang mendagang dan dijemput dengan terhormat. Tapi, lihat bagaimana kental semangat dan kenegeriannya serta kekebangsaannya. Dia tidak kira di mana dia berada, namun AMERIKA tetap dipertahankan. Itulah yahudi!
            Nah, cantumkan semua catatan saya itu (CATATAN PERISTIWA 1-Vlll), adakah rakyat Malaysia sekental itu hati dan nalurinya? Adakah orang-orang Islam di negara ini benar-benar mampu menjadikan agama itu sebagai pendinding yang dapat melindungi mereka daripada segala ancaman musuh sama ada yang nyata mahupun sebaliknya.
            Fikir-fikirkanlah..

           
Jagindas:      Melayu itu Islam. Rosak Melayu rosaklah Islam. Tolong jangan jual agama dan negara ini..

CATATAN PERISTIWA Vll

'HOME GUARD'...banyak berjasa kepada negara

sambungan dari cerita 6
CERITA 7:  Mengapa CP, CD
(Ching Peng, Che Dat)


DALAM siri cerita dari 1 hingga 6, espisod ini memaparkan cerita yang tak pernah ditulis oleh sejarah, hanya saya kutip daripada memori lama ketika bertemu sumber-sumber yang disebutkan dalam pengkisahan tersebut.
            Saya juga tidak menceritakan kisah Rashid Maidin, kerana saya tidak mempunyai rekod secara peribadi terhadap pemimpin kanan komunis itu yang juga berbangsa Melayu. Seperti saudara, saya hanya tahu tentang beliau menerusi catatan buku sejarah.
            Saya juga akui, tidak ada pengesahan dari mulut pihak satu lagi iaitu Che Dat, Rashid Maidin mahupun Ching Peng. Namun, pengkisahan dari mulut Cikgu Alias semacam menjawab kemusykilan apabila beliau menunjukkan bukti bergambar yang saya amat yakin gambar-gambar tersebut adalah sahih.
            Himpunan daripada cerita-cerita itu  apa yang mahu saya khabarkan kepada rakyat Malaysia terutama orang Melayu, bahawa perjuangan komunis sebenarnya tidak pernah padam. Bezanya ketika ini senjata tidak digunakan kerana senjata lidah lebih berkesan, cekap dan murah.
            Kita kena akui bahawa orang melayu hari ini terutama generasi baru, memang sudah banyak yang terkeliru dengan rupa bentuk ideologi komunis dan yahudi sehingga ada yang sanggup memfitnah secara tanpa perikemanusiaan, memutuskan persaudaraan dengan menghukum sesama sendiri sebagai kafir dan sebagainya.
            Di negara ini, oleh kerana Melayu itu adalah Islam, maka memecah belahkan Melayu itu samalah juga memecahkan Islam. Memang sudah amat jelas apa yang berlaku namun, kekeliruan menyebabkan manusia Melayu itu tidak dapat menerima hakikat agamanya sendiri.
            Percayalah, orang lain (musuh Islam) mengkaji Islam yang rujukannya adalah quran dan hadis untuk mencari kelemahan umat itu. Dan, dengan menggunakan maklumat itulah mereka dengan senang melagakan sesama Islam. Tidak sahaja di Malaysia malahan di negara-negara Islam lain taktik ini sudah lama berlaku dan sudah meragut banyak mangsa.
            Sebab itu, pada hari ini terlalu banyak berlaku pertelagahan pendapat sesama ulamak dan cendikiawan Islam kerana gerakan  tersebut amat senang direncanakan berdasarkan konsep memecahkan Melayu bererti memecahkan agama, adat dan budaya secara serentak.
            Namun, ada satu yang perlu dijadikan teladan ialah semangat, iltizam serta pegangan yang ada pada Che Dat dan Rashid Maidin hingga ke akhir hayat tidak mapan dengan apa jua pujukan dan tawaran dunia, melainkan tetap kekal perjuangan komunis untuk Malaya.
            Orang-orang melayu, pegawai-pegawai melayu terutamanya UMNO hari ini adakah memiliki ketulenan semangat perjuangan seperti itu?? Sukar untuk ditelah. Alangkan pemimpinnya sendiri pun ada yang goyah, inikan pula anak buahnya..
           
Jagindas:      sejauh mana sumpah Hang Tuah, 'Tak Melayu Hilang Di Dunia' menjadi kenyataan yang keramat, menjadi sukar untuk dipercayai lagi kalau beginilah seterusnya Melayu menghormati agama mereka iaitu Islam.

CATATAN PERISTIWA Vl

SAMI SUJUD BERSAMA MUSLIM..... ..

sambungan dari cerita 5
CERITA 6:  Perang Psikologi dan Ideologi

MEMAHAMI BAHAWA orang melayu tidak boleh diusik hal-hal berkaitan agama dan budayanya, maka agama Islam telah dijadikan medium yag paling berkesan oleh PKM untuk menyalurkan idealoginya itu yang mana ramai cendikiawan Islam turut tidak menyedari bahawa mereka telah dihasut dan diresapi oleh ideologi Parti Komunis Malaya (PKM).
            Akhirnya, langkah pertama yang diharapkan telah berjaya di mana orang Melayu semakin berpecah. INGAT, di negara ini sebut Melayu adalah Islam. Bermakna, impian pertama PKM untuk memecahkan Islam di Malaysia pada dasar sudah berjaya dengan apa yang kita lihat sekarang iaitu dengan memecahkan komuniti Melayu.
            Sebab itu, Ching Peng kata, PKM tidak surrender atau berdamai pun tidak. Apa yang berlaku pada 1993 adalah perletakan senjata yang bersifat sementara dengan mengekalkan tindak tanduk ideologi serta pengaruhnya. Semua ini tidak tertulis atas kertas tetapi terpaku kekal dalam hati nubari pemikir PKM.
            Walaupun kini, Ching Peng tidak lagi di katakan aktif manakala dua orang kuat Melayunya, Rashid Maidin dan Abdullah CD sudah mati, namun tahun-tahun sebelum ini semua taktikal dan ilmu mengenai perang psikolgi ideologi komunis sudah diperturunkan sepenuhnya kepada kader-kader yang kini bergiat aktif dalam politik tanah air.
            Justeru, pemikir PKM berkepala batu, namun mereka tidak sesekali mengabaikan perkembangan sezaman dan antara teknik yang digunakan oleh yahudi dalam meracuni pemikiran umat dunia menjadi pilihan komunis juga.
            Sebab itu, sama ada kaum Cina, Melayu mahupun India, iban atau apa saja bangsa yang menjadi warganegara ini yang sudah termakan dengan santau komunisme ini adakalanya kita lihat mereka berwajah dua. Sekali wajah dan suaranya macam yahudi, sekali pula gerak geri dan tindak tanduknya macam komunis. Dan antara langkah-langkah itu, mereka akan masukan nilai-nilai kekeliruan bagi memudahkan berlaku proses berantakan sesama Melayu.
            Oleh kerana pada pendapat pemikir PKM senjata sebegini lebih mudah, murah dan selamat, makanya mereka menggunakan saluran tersebut dalam tindakan menyerapkan ideologi dan psikologi komunis ke dalam jiwa rakyat di negara ini.
            Era perang dan bunuh sudah tiada lagi kecuali berlaku kebangkitan. Kebangkitan itu adalah tidak lain tidak bukan kebangkitan golongan Melayu yang masih bersih daripada hasutan pemikir PKM dan yahudi termasuk mereka yang sudah insaf setelah menyedari mereka sedang berlari ke neraka.
            Dan, mereka memang mahukan perkara sebegini berlaku bagi memudahkan tuduhan bahawa orang Melayulah yang membina perkauman sebenar dan menyebabkan berlakunya huru-hara.
            Bila itu terjadi, maka ketika itulah kuasa asing akan masuk dan seperti yang kita lihat di negara-negara luar di sekeliling kita hari ini, apakah yang terjadi selepas itu?


Jagindas:      ada yang masih tidak terungkai.. mengapa Nabi (saw) bersabda tuntutlah ilmu walau sampai ke negeri China!

CATATAN PERISTIWA V

CHING PENG DAN RASHID MAIDIN

sambungan dari cerita 4
CERITA 5:  Komunis Letak Senjata

MENGIKUT takrifan Ching Peng, meletak senjata bukan bererti surrender bukan juga berdamai tetapi hanya memberhentikan serangan dalam tempoh tertentu manakala ideologi, semangat perjuangan dan iltizam tetap tidak akan pudar.
            Sebab itu, peristiwa tahun 1993 bukanlah bererti berakhirnya gerakan parti komunis Malaya, ia hanyalah sekadar berhenti seketika. Barangkali, sementara dalam masa bertenang itu, mereka akan memikirkan cara atau kaedah lain mengembangkan ideologi mereka itu supaya bersesuaian dengan peredaran semasa.
            Peristiwa itulah juga amat menyayat hati rakan saya yang saya ceritakan sebelum ini, Cikgu Che Alias Che Mat. Katanya, hasil keputusan awal pemuafakatan awal mereka, pada dasarnya pihak komunis Malaya bersetuju menyerahkan kawasan (keseluruhan kem) berserta alatan perang akan dibuat terlebih dahulu sebelum perletakan senjata dilakukan.
            Bermakna, Che Alias memang tahu yang Ching Peng akan meletakkan senjata. Maklumat yang ada dalam fail Che Alias sama dengan maklumat yang ada pada polis dan pihak komunis.
            Che Alias dan kumpulannya memang sudah tahu lebih awal gerakan kerajaan Malaysia ketika itu yang mahu menamatkan pengaruh Ching Peng (komunis Malaya) di Malaysia melalui proses perdamaian atau peletakan senjata.
            Bagi saya pula, berita perletakkan senjata parti komunis Malaya itu cukup melegakan. Ini kerana, saya dapat bayangkan keadaan negara khususnya negeri-negeri di zon utara pasti tidak akan aman berikutan gerakan baru yang mahu menuntut hak otonomi. Malah saya juga percaya ketika itu bukan sahaja gerakan pelampau Islam yang akan bertindak malahan mungkin juga amukan komunis atau saki-bakinya akan turut memburukkan lagi keadaan.
            Syukur, Alhamdulillah, Allah Taala sekali lagi menyelamatkan negara ini daripada kancah huru-hara selepas peristiwa 13 mei, 1969 atau kira-kira 24 tahun selepas itu.Selepas termaterainya perletakan senjata itu, kawasan seperti Sungai Siput Utara, Perlop, Lasah dan beberapa kampung orang asli di  situ bebas daripada peraturan 'perintah berkurung'. Lepas dan bebas hingga ke hari ini.
            Selepas peristiwa itu juga, saya berazam untuk menemui pejuang-pejuang komunis tersebut terutama Ching Peng, Abdullah CD dan Rashid Maidin bagi mengenali secara dekat apa sebenar yang diperjuangkan dan pelbagai cerita-cerita lain.
            Satu persatu juga orang rujukan saya seperti Pak Abu dan Pak Lop meninggal dunia. Saya semacam putus harapan dan akhirnya hasrat tersebut terkubur begitu sahaja. Pun begitu, saya tidaklah kesal kerana semuanya itu berlaku mungkin ada hikmahNya!



Jagindas:      Bulan lalu, kita dikhabarkan yang Ching Peng sedang bertarung sakit tenat. Sampai ke tarikh blogg ini ditulis tidak pula diketahui nasibnya. Entahkan mati, entahkan hidup atau  tenat memanjang menerima siksaan Tuhan.