![]() |
| Berdoalah dengan lemah lembut... |
Umat Islam Sedang Dikelirukan
SEBELUM ini, dalam tulisan terdahulu
penulis ada mengatakan akan mengulas sedikit sebanyak sebaik sahaja sidang
muktamar Pas selesai. Seperti yang khalayak sedia maklum, sidang muktamar Pas
kali ini memang memanaskan telinga, hati dan mengguris banyak jiwa khususnya
orang Islam.
Ketika Palestin
terus dihenyak yahudi Israel tanpa belas dan masyarakat Islam dunia tidak putus-putus
bermohon kepada Allah agar memberikan kekuatan kepada mereka lantas melaknati
kaum yahudi, di Malaysia pula sekumpulan manusia Islam menderaukan doa mereka
agar Umno hancur berikutan kepercayaan mereka bahawa golongan itu (umno) sudah
murtad.
Sedangkan
kedua-dua golongan itu adalah dari satu kaum iaitu Melayu dan beragama Islam. Semuanya
itu berlaku disebabkan desakan nafsu serakah yang tidak berperi kemanusiaan dan
tiadak pertimbangan yang waras.
Bagi Israel,
kaum yang bertuhankan nafsu dunia itu tidak akan berputus asa untuk mempertidakkan
kewujudan umat Palestin sekaligus memberi bayangan kepada umat Islam di seluruh
dunia bahawa itulah juga perjuangan seterus mereka hingga kiamat.




