Sabtu, 6 April 2013

CAKAP-CAKAP PRU13 (8) - IANYA TERLALU PERIBADI, KATA TUN M:


Satu Lagi Fitnah Umno Kah?

TUN MAHATHIR mengakui masih menyimpan surat yang dihantar oleh Isteri DS Anwar Ibrahim, Wan Azizah, yang kandungannya teramat peribadi iaitu mengenai 'perangai' Anwar, suaminya. Pun begitu, Tun kata kalau dia tak dedahkan pun segala-galanya sudah terpapar sekarang. Apa maknanya itu?
            Kejujuran Wan Azizah diperlukan. Dengan satu pengakuan Azizah bahawa memang benar beliau pernah menghantar surat peribadi setebal lapan muka surat itu kepada Tun, sudah cukup menyelamatkan umat melayu (Islam) daripada dipimpin oleh seseorang yang amat merbahaya dari sudut bangsa dan agama.
            Tanpa pengesahan Wan Azizah, khalayak boleh mendakwa pengakuan Tun itu sebagai fitnah. Akan bertambahlah fitnah Umno...Seperti kata Tun, Azizah adalah isteri yang taat tetapi pada masa sama dia tidak merestui perbuatan buruk suaminya itu.

CAKAP-CAKAP PRU13 (7) - ANWAR PERTAHAN PERMATANG PAUH

BERSEDIA...Harimau lapar nak mencakar!

Tetap Pastikan Perak Ditawan

DENGAN penuh keyakinan, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, membuat keputusan akan mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh dalam PRU13 ini sekali gus menjawab teka teki yang menyebut sebelum ini bahawa beliau dijangka akan bertanding di Perak.
            Anwar nampaknya yakin benar yang rakyat di Permatang Pauh akan terus memberikan sokongannya kepada beliau meskipun sejak akhir-akhir ini kalibat rakyat di kawasan itu dilihat semakin meyisihkan diri daripada PKR.

CAKAP-CAKAP PRU13 (6) - SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN

SIAP SIAGA JAGA NEGARA

Mungkin Ada Gaduh....

"Aku rasa sebelum pilihanraya ni lebih baik kita sediakan stok dapur secukupnya. Beras, tepung, gula, kopi, susu, kicap, sardin, garam, gas, panadol dan apa-apa yang patut. Aku rasa tak sedap hatilah... Mana tau, mungkin rusuhan kaum atau rusuhan saudara akan berlaku?"
            Itu adalah antara kalimat 'potong stim' yang tiba-tiba membisik ke telinga penulis. Tidak mungkin! Penulis amat yakin ianya tidak akan berlaku. Biarpun  beberapa insiden di luar negara sering memaparkan kisah-kisan seperti itu, namun penulis percaya rakyat Malaysia yang hanya tidak sampai 30 juta ini menerimanya sebagai pengajaran dan bukannya sesuatu untuk dipelajari.

Jumaat, 5 April 2013

CAKAP-CAKAP PRU 13 (5) - NIK AZIZ KASYAF

TOLAKLAH RAKUS (Pas), PILIHLAH 
WASSATIYAH (Umno)

Mengalahkan Imam Yang Empat

PEMIMPIN PAS sejak dulu lagi memang ghairah mempermainkan isu agama dalam dunia politik mereka. Hal ini tak payah dipertikaikan lagi. Satu dunia sudah tahu! Masing-masing mereka yang bergelar ulamak PAS telah meletakkan diri mereka sebagai 'manusia kasyaf' tetapi kasyaf yang tidak terpimpin (yg. membawa kejahatan). 
            Masing-masing berangan-angan mahu setanding atau lebih hebat daripada Imam Al-Ghazali mahupun iman-imam dari mazhab lain yang empat. Akhirnya semacam berlaku percampuran antara mazhab dalam mengendalikan hukum syarak kemudian ditambah pula dengan tekanan-tekanan oleh fahaman-faham agama seperti syiah dan wahabi. Semuanya sudah bercampur aduk macam gulai kari dalca. Sedap memanglah sedap kalau kena dengan masakan dan roti capatinya!