Satu Lagi Fitnah Umno Kah?
TUN MAHATHIR mengakui masih
menyimpan surat yang dihantar oleh Isteri DS Anwar Ibrahim, Wan Azizah, yang
kandungannya teramat peribadi iaitu mengenai 'perangai' Anwar, suaminya. Pun
begitu, Tun kata kalau dia tak dedahkan pun segala-galanya sudah terpapar
sekarang. Apa maknanya itu?
Kejujuran
Wan Azizah diperlukan. Dengan satu pengakuan Azizah bahawa memang benar beliau
pernah menghantar surat peribadi setebal lapan muka surat itu kepada Tun, sudah
cukup menyelamatkan umat melayu (Islam) daripada dipimpin oleh seseorang yang amat
merbahaya dari sudut bangsa dan agama.
Tanpa
pengesahan Wan Azizah, khalayak boleh mendakwa pengakuan Tun itu sebagai
fitnah. Akan bertambahlah fitnah Umno...Seperti kata Tun, Azizah adalah isteri
yang taat tetapi pada masa sama dia tidak merestui perbuatan buruk suaminya
itu.




