Rabu, 17 April 2013

CAKAP-CAKAP PRU13 (27) - NASIHAT BUAT PEMIMPIN PELAPIS

TINGGAL SEJARAH....Batu Bersurat

Belajarlah Daripada Sejarah Sebenar Bangsa Dan Agama

INSYAALLAH, hari ini barangkali selesailah pengumuman calon-calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding dalam PRU13 ini. Diharapkan semua pihak berpuas hati. Puas hati maksudnya tidak akan mengungkit-ngungkit, rajok-merajok, marah-marah, merampus sana merampus sini apabila nama tidak disenaraikan atau pun dikalihkan ke tempat lain.
            BN sudah matang, maka tunjukkanlah kepada mereka yang baru berjinak-jinak dalam arena politik akan kematangan dan sikap toleransi itu sama ada untuk paduan anak didik sendiri mahupun oleh pihak lawan.
            Jika Allah mengizinkan, maka 30 April ini berlangsungkan pegundian pusingan pertama manakala selebihnya pada dan 5 Mei. Seperti biasa PRU ini juga bakal meninggalkan kemenangan dan kekalahan. PRU kali ini juga bakal menyaksikan apakah akan berlaku pembaharuan semula 'lesen' pemerintahan bagi BN atau apakah lesen baru akan dikeluarkan kepada Pakatan Rakyat (PR) jika Putrajaya terpaksa bertukar tangan.

Selasa, 16 April 2013

CAKAP-CAKAP PRU13 (26) - NIK AZIZ MAHU AHLI TINGGALKAN PAS?


Supaya Alim Ulamak Dan Cendikiawan Islam Tinggalkan Pas

SEMAKIN  dekat dengan pilihanraya, macam-macam pula ragam Pas yang dapat kita ikuti dipaparkan media-media. Begitu juga dengan rakan kongsinya yang masih belum habis-habis (setakat hari ini) lagi memutuskan secara muktamat tentang agihan kerusi yang mereka hendak tandingi. Masing-masing bertegang leher. Maklum, kalau tidak dapat ke Putrajaya sekalipun, memegang jawatan Yang Berhormat (YB) tetap mendapat elaun dan pencen. Inilah yang penting.
            Di satu sudut di warung kedai kopi, penulis sempat menyaksikan beberapa pandangan dan komen khalayak terhadap kelaku-kalu yang dibuat oleh pemimpin tertinggi Pas. Ramai yang mengulas terhadap fatwa Nik Aziz (gambar)yang sejak akhir-akhir ini agak menggelikan tak kurang juga menakutkan. Bukan sahaja kepada orang Umno tetapi juga kalangan orang Pas sendiri dan golongan-golongan agama di negara ini turut risau dengan fatwa Nik Aziz.

Isnin, 15 April 2013

CAKAP-CAKAP PRU13 (25) - MUSTAHIL MUSTAFA YANG BUAT!

Barangkali inilah masalah yang dihidapi 
Mustafa Ali seperti yang dikatakan 
Hadi Awang tu...

Mustafa Sembahyang Pun Duduk Di Kerusi...

TIDAK berapa lama dulu, Presiden Pas, Datuk Abd Hadi Awang, pernah mengeluarkan fatwa bahawa Islam membolehkan umatnya mendedahkan aib seseorang terutama individu yang hendak dijadikan pemimpin. Keizinan itu adalah bagi memberi ruang kepada rakyat memilih pemimpin yang benar-benar bersih dan suci di sisi Islam.
            Kenyatannya ini berbeza dengan dakwaannya terhadap kes video seks yang dikatakan mirip wajah Mustafa Ali yang tersebar luas baru-baru ini. Dengan pendedahan video tersebut, Hadi bukan sahaja keras menolak bahawa lelaki dalam video itu bukan Mustafa tetapi juga mengutuk perbuatan itu sebagai permainan politik kotor dan tidak bermoral.

CAKAP-CAKAP PRU13 (24) - DIPERMUDAHKAN...

Ini Meter Rumah Saya...






Jagindas: Memudahkan pembaca meter mencari rumah pengguna..