Sabtu, 20 April 2013

SEMENTARA MENUNGGU PROSES PENAMAAN CALON SELESAI

Berkempenlah Dengan Susila Akal Budi..


SEMENTARA menunggu proses penamaan calon selesai di seluruh negara hari ini iaitu tepat pukul 10.00 pagi nanti, elok kita rihatkan sebentar minda. Mari kita lihat nanti apakah corak pertandingan kali ini. Selain satu lawan satu, tentu akan wujud pertandingan tiga penjuru. Namun yang hendak dilihat nanti adalah pertandingan pelbagai penjuru!
            Kadang-kadang keghairahan menyebabkan borang penamaan calon ditolak atas sebab-sebab teknikal yang tidak boleh dimaafkan. Amat kasihanlah jika ini berlaku. Ada yang gementar, sehingga tak jadi menghantar borang penamaan. Harap-harap jangan ada yang tawar menawar pulak...Kotor begitu..
            Dan, mulai dari saat sebaik sahaja pengesahan calon-calon yang bertanding diumumkan oleh pengerusi pilhanraya di kawasan masing-masing hinggalah ke tengah malam, sebelum jam 12.00 pada 4 Mei, 2013  seluruh negara akan diisi dengan ruang kempen dan kempen.
            Masing-masing mahu memenangi hati pengundi. Masing-masing berdoa semoga semua tangan yang mengundi tidak melihat yang lain selain parti mereka yang berkempen. Dan, bagi Barisan Nasional (BN) setulusnya bermohon agar pengundi-pengundi di PRU13 ini hanya memilih BN sebagai parti yang mampu mendirikan sebuah kerajaan yang berwibawa.
            Tentunya, kedai-kedai mamak, restoran-restoran dan gerai-gerai yang menyediakan masakan Siam akan meriah dan kelam kabut. Gunakanlah apa juga peruntukan pilihanraya daripada parti masing-masing dengan sejujur-jujurnya. Banyak mata yang memerhati kerja buat tuan-tuan dan banyak hati yang sedang berkata-kata sekarang. Semuanya itu memberi kesan untuk jangka pendek dan jangka panjang...Apapun, adalah dinasihatkan selepas habis berkempen jangan lah pula mengisi ruang-ruang kelab malam, pusat-pusat hiburan sama ada yang berniaga halal apatah lagi yang haram. Jangan 'take beer', kalau dah berong nanti habis semua rahsia terbarai...
            Yang berpenjuru-penjuru itu, nanti kita lihat apa sebenarnya yang berlaku. Apapun semoga semuanya berjalan dengan lancar dan aman sentosa.

Jagindas: Berkempenlah secara berhemah. Ingatlah bahawa apapun bila  selesai PRU nanti, yang menang tidak bererti menang keseluruhannya,  begitu juga yang kalah, tidaklah bermakna kalah semuanya!

Jumaat, 19 April 2013

CAKAP-CAKAP PRU13 (30) - APA DIRAJUK AIR DI RUANG...


Kamilia Keciwa Barang Tak Dapat Yang diPinta...

NAIB Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim, mendakwa sebagai pemimpin tertinggi Wanita Umno, beliau sewajarnya diberikan tempat untuk bertanding dalam pilihanraya ke 13 ini (PRU13). Namun, dakwanya lagi itu tidak berlaku sekali gus beliau merasakan pergerakan wanita Umno itu semacam terhina atau dipertidakkan pengorbanan mereka sehingga pucuk pimpinan parti melupakan erti sebuah 'pengiktirafan'  baca di sini
            Sebelum itu, bekas Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Sharif Omar, juga telah meluahkan kekeciwaanya. Sharif, rupaya selama ini perasan jawatan wakil rakyat yang disandangnya dulu dipinjamkan sekejap kepada Timbalan Menteri Kewangan, Mohamed Nor. Rupa-rupanya "pinjam kayu ara...". Keciwa benar nampaknya dia!

CAKAP-CAKAP PRU13 (29) - MENANG ATAU MENANG BESAR


 Orang Lama Sudah Insaf, Pengundi Muda Teraba-Raba...

WAJARKAH jika seawal-awal ini penulis membuat ramalan terhadap PRU13? Atas niat yang baik penulis fikir ianya adalah wajar atas sebab-sebab tertentu. Namun hanya satu sebab yang paling utama iaitu bagi menyedarkan pihak yang bertanding supaya tidak leka. Atau untuk dijadikan pemangkin supaya pihak yang bertanding khususnya Barisan Nasional (BN) berkerja lebih keras di saat-saat akhir meraih undi. Bak kata orang tua-tua, berkerja laksana cencaru makan petang..kita kena buat all out bukan untuk pastikan sekadar menang tetapi untuk mendapat KEMENANGAN BESAR.
            Bagi dewan Undang Negeri (DUN) BN semahunya hendaklah menyapu bersih biarpun mungkin beberapa negeri tidak capai dua pertiga. Untuk kerusi parlimen kita mahu lebih dua pertiga bukan sekadar menang selesa. Di Dewan Rakyat BN tidak boleh bersenang hati dengan keputusan memang sekadar menang dengan kelebihan beberapa undi sahaja, hendak berkokok pun malu!

Khamis, 18 April 2013

CAKAP-CAKAP PRU13 (28) - NASIHAT BUAT JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)


Segera Hancurkan Fahaman Syiah dan Wahabi

APABILA meneliti ucapan-ucapan pemimpin Pas sejak satu dua dekad yang lalu hingga sekarang, terdapat banyak kekeliruan berbanding ajaran Islam sebenar. Telah banyak disedari oeh banyak pihak tetapi masing-masing hanya menyatakan bantahan, kesal dan marah.
            Pendedahan akhbar dalam beberapa siri pengakuan individu seperti pertelagahan imam solat, dua masjid dalam satu kariah, perceraian pasangan suami- isteri disebabkan berlainan parti, masalah mati hidup sakit demam sesama masyarakat, kenduri kendara dan sebagainya mengukuhkan lagi bahawa Pas telah secara halus dan kasar menyebarkan fahaman agama yang ekstrimis dan tidak bersandar kepada pegangan mazhab yang empat khususnya Imam Shafie bagi umat Islam di rantau Asia ini.
            Lebih 40 tahun lalu ketika penulis sedang menuntut di institut pengajian tinggi di Kuala Lumpur, gerakan kumpulan al-arqam (arqam) sudah menjalar bukan sahaja di kalangan awam malah juga meresap secara terang di kolej-kolej dan universiti-universiti. Ketika itu arqam sudah pun menjalankan operasinya sejak kira-kira 10 sebelumnya.