Undilah Tok Him Asalkan Tidak Pas
![]() |
| Orang Pasir Mas, pilihlah yang di kanan sekali, hehehehe... |
INSIDEN tidak jadi menghantar
borang pencalonan yang dilakukan oleh Che Johan Che Pa (Calon P022-Pasir Mas,
Kelantan) masih menjadi bahan bualan kalangan orang-orang BN khususnya Umno.
Orang macam biasalah dok riuh sana sini kata Umno kecut, Umno takut, Umno tak
dak teloq dan macam-macamlah...Agaknya, kalau kita di tempat itupun sikit-sikit
akan sebut macam itu juga...
Pengurusan
tertinggi khabarnya sudah mula membuat siasatan awal bagi mengenalpasti apakah
tindakan seadil-adilnya dikenakan ke atas Che Johan. Tun Mahathir kata beliau
sanggup membela Che Johan kerana beranggapan sama dengan Johan iaitu daripada
kemenangan berpihak kepada Pas (Nik Abduh) adalah lebih baik memberi kemenangan
total kepada Ibrahim Ali atau lebih dikenali sebagai Tok Him (Bebas). Ini
kerana Tok Him secara jelas dan terang menyokongBN.




.jpg)