 |
| Layu ditangkai bermadu... |
Terus-Terusankah Menyediakan Tapak Untuk
Mereka?
SETAKAT hari ini, Lim Kit Siang
kata, Pakatan Rakyat (PR) merestui DS Anwar Ibrahim menerajui barisan
pembangkang di dewan rakyat meskipun DAP mendepani jumlah kerusi berbanding Pas
dan PKR (Kerusi Parlimen: BN 133 PAS 21 PKR 28 DAP 38). Lemah lembut serta penuh sopan santun.
Dengan
kelembutan Kit Siang itu, pastinya leburlah nyawa orang Melayu yang menyokong
PR kononnya DAP memang menghormati orang Malayu. DAP bukan tamak kuasa macam
Umno! DAP hanya menuntut keadilan! DAP tidak memilih warna kulit dan agama! Maka,
akan bertambah-tambah lagilah kepercayaan orang Melayu terhadap PR khususnya
DAP.