Khamis, 9 Mei 2013

CABARAN KERAS BUAT SISTEM PENDIDIKAN NASIONAL


Antara Menghormati Hak dan Menegakkan HAK!

ENTRI sebelum ini, disini, penulis ada memaparkan catatan seorang penulis tanah air, Saudara Mokhtar Petah, ketika pertemuan tidak rasminya dengan Ketua Polis Perak ketika itu, Khoo Chong Kong, yang mati ditembak sehari selepas pertemuan mereka itu:

Rabu, 8 Mei 2013

Apa Lagi Orang Cina Mahu?

Frasa Yang Menaikkan Angin DAP
ceritanya klik di sini

PENULIS  tertarik dengan tulisan Saudara Abdul RazakMamat, dari Kuala Lumpur, dalam ruangan FORUM PEMBACA, Utusan Malaysia, 7 Mei, 2013, yang penulis anggap memberikan komen bernas terhadap keputusan PRU13 dan kesan sokongan orang cina terhadap Barisan Nasional (BN). Bukanlah 100% bagus tetapi ada benda yang wajar difikirkan bersama. Mari kita selami komen beliau  di sini.



Jagindas: Sampai waktunya, matilah kita...

Apabila Cina Sokong Dasar DAP


Renungkanlah....

RASISKAH KALAU MEMINTA MELAYU BERSATU?

APABILA majoriti kaum cina dikatakan tidak lagi menerima BN sebagai wadah politik mereka dan dengan gaya kempen yang menjijikkan, maka ramailah yang bangkit menuding bahawasanya DAP telah menjalankan kempen berbaur hasutan dan cauvenis supaya orang-orang cina membenci BN sebaliknya mendambakan bahawa DAP sahajalah yang benar-benar mampu berkhidmat untuk orang cina. Seterusnya, langkah itu bagi DAP mampu menumbangkan serta melenyapkan kuasa dan hak-hak orang Melayu di tanah air ini di mana mereka dahulunya hanyalah sebagai perantau.
            Hasilnya, PRU13 baru-baru ini menyaksikan hampir keseluruhan kawasan-kawasan yang ramai kaum cina khususnya di bandar-bandar telah dimonopoli oleh DAP. Lalu, kitapun mahu tidak mahu terpaksa juga bercakap tentang politik perkauman. Begitu mudahnya menyemai politik ini dikalangan orang-orang cina hanya dengan mengajar mereka melupakan segala budi dan jasa serta nikmat yang mereka rasai dari dulu hingga sekarang.

Selasa, 7 Mei 2013

APAKAH RONA LANGKAH SETERUSNYA..??

Layu ditangkai bermadu...

Terus-Terusankah Menyediakan Tapak Untuk Mereka?

SETAKAT hari ini, Lim Kit Siang kata, Pakatan Rakyat (PR) merestui DS Anwar Ibrahim menerajui barisan pembangkang di dewan rakyat meskipun DAP mendepani jumlah kerusi berbanding Pas dan PKR (Kerusi Parlimen: BN 133 PAS 21 PKR 28 DAP 38). Lemah lembut serta penuh sopan santun.
            Dengan kelembutan Kit Siang itu, pastinya leburlah nyawa orang Melayu yang menyokong PR kononnya DAP memang menghormati orang Malayu. DAP bukan tamak kuasa macam Umno! DAP hanya menuntut keadilan! DAP tidak memilih warna kulit dan agama! Maka, akan bertambah-tambah lagilah kepercayaan orang Melayu terhadap PR khususnya DAP.