KPN: KESEDARAN DIRI
PENTING
TAN SRI ISMAIL OMAR |
"Sebelum kita
bercakap tentang penguatkuasaan, saya rasa kesedaran adalah aspek lebih utama
terutamanya sikap manusia", itu adalah antara pandangan Ketua Polis
Negara (KPN), Tan Sri Ismail Omar dalam satu temubual dengan wartawan selepas
majlis makan tengahari yang dianjurkan oleh Institut Pengurusan Malaysia (MIM)
semalam.
Beliau berkata
demikian ketika diminta mengulas meningkatnya kes jenayah kolar putih sejak
akhir-akhir ini. di sini
Sebenarnya
Tan Sri, 'kesedaran' adalah suatu
tingkahlaku yang mudah ditafsir tetapi ia amat sukar untuk dipraktikan oleh
manusia. Jika kesedaran itu mudah dilaksanakan, dunia ini pasti aman. Orang
Islam akan semuanya menduduki syurga manakala yang kafir menjadi penghuni kekal
neraka di jahannam.
Dalam
Islam, Al-Quran danAl-Hadith selengkapnya mengajar dan menyeru supaya manusia
berbuat baik dan sekali gus turut mengabarkan kepada mereka yang ingkar dengan
janji siksaan daripada Allah Taala. Malah, berulang kali dalam quran disebut:..
sesungguhnya siksaan Allah itu amatlah berat.
Peringatan-peringatan seperti ini
sebenarnya tidak lain tidak bukan untuk menjadikan manusia itu insan yang baik
dimuka bumi dan dengan yang demikian itu dunia akan aman sejahtera.
Namun,
apakah peringatan serta amaran-amaran seperti itu dapat melahirkan 100 peratus
manusia seperti yang diinginkan? Ternyata tidak.
Bercakap
tentang kesedaran bermakna kita juga akan mempersoalkan tugasan otak (fikiran)
dan peranan ilmu pengetahuan serta pengalaman yang dimiliki. Serentak itu juga
kita akan membicarakan soal bisikan hati dan naluri yang akhirnya secara tidak
langsung melupakan bahawa Tuhan (Allah) sebenarnya melihat akan segala
perbuatan manusia sama ada yang zahir dan batin, dalam gelap mahupun dalam
keadaan terang benderang.
Justeru, apabila kita membicarakan soal betapa
pentingnya kesedaran setiap manusia bagi
mengelak berlaku atau melakukan jenayah, sebenarnya ia boleh dianggap sebagai
suara melarikan diri daripada hakikat alam nyata (escapisme).
Seperti
yang disebutkan tadi, jika dihalusi peradaban hidup dalam pendidikan Islam,
segala-galanya sudah nyata malah tiada sebab manusia tidak boleh insaf
berdasarkan seruan-seruan dan janji-janji serta amaran-amaran yang diberikan
oleh Allah.
Natijahnya,
manusia masih terkulai dengan pujukan syaitan lalu meletakkan kata hati lebih
mulia daripada akal fikirannya sendiri. Oleh itu, mahu tidak mahu, bagi
mendisiplinkan manusia di muka bumi ini, paling tidak mencegah merebaknya
gejala jenayah, maka penguatkuasaan undang-undang dunia amat diperlukan.
Dalam
hubungan ini, pihak yang dipertanggungjawabkan terhadap penguatkuasaan berkenan
tidak seharusnya menuding jari ke arah lain atau menyalahkan satu pihak lain
berikutan berleluasanya gejala jenayah tersebut.
Apa
yang menjadi masalahnya sekarang adalah tindakan penguatkuasaan barangkali
sering terhalang berikutan pihak berkuasa mahupun kerajaan sendiri semacam
terpaksa tunduk kepada tekanan-tekanan daripada NGO-NGO, golongan politik yang
berkepentingan serta mereka yang berjuang atas nama hak asasi kemanusiaan.
Bagi
saya, dalam konteks di negara ini peraturan-peraturan, garispanduan, akta serta
undang-undang-undang yang telah digazetkan oleh kerajaan memang relaven serta meyakinkan
malah jika dilaksanakan sepenuhnya ia mampu mencegah merebaknya kejadian
jenayah di negara ini.
Namun,
selain daripada tekanan-tekanan yang disebutkan tadi, kita juga kerap diberikan
alasan oleh agnsi-agensi terbabit bahawa kekurangan kakitangan dan pegawai menyebabkan
gejala berkenaan sukar di pantau sepenuhnya.
Rasuah
misalnya, kini menjadi musuh utama negara, darjatnya kini sama seperti gejala dadah.
Ini kerana, ia mampu memusnahkan keutuhan negara sekali gus mendedahkan negara
kepada mara bahaya yang lebih besar yang mampu mengancam kesejahteraan rakyat
seluruhnya.
Meski,
kerajaan berusaha menaikkan taraf hidup dan pendapatan kakitangan kerajaan begitu
juga pihak swasta, namun ia tetap juga berlaku. Ada yang sudah menerima berpuluh
ribu ringgit gaji sebulan namun masih tamak menerima suapan untuk beberapa ribu
sahaja. Lebih teruk ada yang sanggup terima rasuah seks!
Inilah
akibatnya jika manusia itu menjadikan hati dan nalurinya sebagai pembuat
keputusan tidak dengan akal fikirannya. Orang tua-tua kata, ikutkan rasa
binasa, ikutkan hati mati. Katanya lagi, orang tamak selalu rugi! Secara
normalnya, pemikiran manusia itu jelas dan bernas namun kerakusan hati menyebabkan
manusia itu hilang pertimbangan kemanusiaannya.
Justeru,
tiada pilihan lain untuk membanteras gejala jenayah kolar putih ini selain dari
semua pihak berkuasa hendaklah menguatkuasakan peraturan, akta dan undang-undang
bagi mengawal apa juga bentuk atau gejala jenayah dalam negara.
Pihak
berkenaan sewajarnya lebih tegas, telus, berani dan bertanggungjawab serta
bebas daripada sebarang pengaruh luar ketika melaksanakan tugas mereka sekali
gus tindakan itu juga turut memartabatkan sistem perundangan negara.
Budibicara
boleh diberikan namun ia hendaklah dilaksana dengan lebih berhati-hati dengan
mengambilkira semua aspek supaya ia tidak menimbulkan kesangsian bagi
sesetengah pihak lain.
Memperkatakan
sikap kakitangan dan pegawai swasta dan perilaku jenayah kolar putih dikalangan
mereka secara tidak langsung pernah saya hurai secara panjang lebar (yang tulis
dalam tiga bahagian) di
sini , di
sini dan di
sini.
Sama
ada di sektor kerajaan mahupun swasta jenayah kolar putih ini nampaknya semakin
menjadi-jadi. Apa yang jelas, si pelaku tidak memikir kesan dan akibat perbuatan
mereka terhadap keharmonian negara!
-habis-
Jagindas: selalu
dengar orang kata "ini hal boleh
kawtim punya..", apa tu ha?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.