Ahad, 13 Januari 2013

KHABARNYA L, RAMLI SAKIT

Kini terlantar di hospital Klang....

Hampir 3 Minggu di Hospital Klang



DIDOAKAN semoga saudara L. Ramli (Hj Ramli Lazim) akan segera sembuh, sihat sejahtera. [berita terbaru beliau di sini]






Jagindas: minat suara dan lagu-lagu dia..

SAYANGILAH ANAK ANDA BERPADA-PADA

GAMBAR HIASAN

Orang Dewasalah Perisai Mereka Bukan Sebaliknya...

BARANGKALI, apabila ada kanak-kanak dalam perhimpunan tersebut maka akan sukarlah pihak berkuasa hendak melakukan sesuatu tindakan keras sekiranya pihak yang berhimpun melakukan sesuatu "keterlanjuran". Misalnya, kalau polis sembur gas pemedih mata dan kena pada kanak-kanak itu maka bertambah mudahlah mereka menuduh betapa zalimnya pihak berkuasa sehingga sanggup berbuat begitu kepada kanak-kanak.
            Mat Sabu kata, peserta terbabit tidak dapat meninggalkan anak-anak kecil mereka di rumah kerana tiada pengasuh atau orang yang diharap untuk menjaganya. Senangnya Mat Sabu memberikan alasan bagi pihak ibu bapa tersebut.
            Bermakna, biarlah anak mati atau ditimpa malang dalam perhimpunan itu asalkan ibu bapanya merasa puas demi berkorban untuk penganjur perhimpunan berkenaan. Biar mati anak asal jangan mati politik? Begitukah?
            Walaupun kes ini dikatakan terpencil kerana bilangan ibu bapa yang berbuat demikian didakwa amat sedikit, tetapi sudah cukup menggambarkan penganjur gagal menghargai keselamatan kanak-kanak malah sanggup memperjudikan nyawa dan keselamatan kanak-kanak demi kepentingan politik mereka. Astaghfirullah...

TAHNIAH ANWAR, KERANA JAYAKAN SEBUAH PERHIMPUNAN BESAR


Syukur Kepada Allah Kerana Berlangsung Dengan Aman

AKHIRNYA, dapatlah juga Anwar Ibrahim merasai sebagai mana yang dirasai oleh Najib dan Muhyiddin iaitu berucap dihadapan berpuluh ribu manusia dengan membawa mesej "masa depan kerajaannya". Sudah lama Anwar tidak merasai dibesar-besarkan seperti itu sejak beliau turun dari takhta politik Barisan Nasional (BN).
            Tahniahlah Anwar kerana atas sokongan pelbagai pihak, akhirnya saudara dapat juga mendepani kira-kira 80,000 manusia yang setia dengan sumpah, janji serta ikrar saudara. Syabas! Itupun ada pihak kata pihak polis kecilkan jumlah manusia yang berhimpunkepada 45,000 orang. Tidak kisahlah, yang penting semua hasrat telah tercapai barangkali juga semua hajat makin nak sampai.!

Sabtu, 12 Januari 2013

ORANG AWAM TURUT TERANIAYA...


Apabila JPJ Bertindak Gila!

SEBELUM ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dimalukan apabila empat angota dikatakan gagal mematuhi presedur operasi standard (SOP) sehingga menyebabkan sembilan orang kena tuduh (OKT) berjaya meloloskan diri. Tambah memalukan apabila empat anggota terbabit dicederakan termasuk di simbah dengan serbuk cili. [cerita asalnya di sini]
            Manakala semalam, sebuah lagi agensi penting jabatan kerajaan iaitu Jabatan Pengangkutan Jalan raya (JPJ) turut dimalukan akibat pegawainya terlalu 'ghairah' untuk mengambil tindakan terhadap "pesalah" jalanraya sehingga membahayakan nyawa orang ramai selain merosakan banyak kenderaan awam. [berita awalnya di sini]
            Nampaknya satu persatu pihak penguatkuasa kena 'attack'. Berdasarkan cara 'attack' itu ia bagaikan seperti ada dendam lama ibarat bisul menanti pecahnya. Apakah selepas ini beberapa pihak berkuasa lain pula sedang menunggu gilirannya? Mudah-mudahan tidak.

KELEBIHAN SURAH AL-MULK

“Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan tidur melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”


Hayati bacaan surah Al-Mulk di sini

AntaraKelebihan Surah Al Mulk adalah;

1. Surah ini akan menjadi penyelamat.
2. Penegah pembacanya dari seksa kubur.
3. Berada di bawah naungan sayap malaikat (mendapat rahmat Allah).
4. Di hari kiamat rupanya akan dicerahkan seperti wajah Nabi Yusuf (cantik).
5. Dinamakan Surah gagah perkasa, pintar lagi cerdik.


Jagindas: Surah ini ditutup dengan suatu pernyataan yang harus kita renungi bersama : “Katakanlah (Muhammad), Terangkanlah kepadaKu, jika sumber air kamu menjadi kering, maka siapa yang akan memberimu air yang mengalir?”

Jumaat, 11 Januari 2013

RENCANA: TELANJANG MENELANJANGI SEMAKIN RANCAK

Ikan adalah sumber protin yang mudah tetapi mahal......

Siapapun Yang Menang Nanti Sukar Duduk Selesa

OLEH KERANA akhir-akhir ini media kerap memainkan isu "kekhilafan"masa lalu pembangkang terutamanya parti Pas, rakan-rakan penulis sudah menampakkan "muak" untuk membincangkannya dalam beberapa siri perjumpaan kami.
            Sejak dulu lagi fenomena seperti itu memang biasa bagi setiap kali menjelang pilihanraya namun, cuma kali ini nampak berlebih-lebih lagi aksinya berikutan isu agama yang sememang sensitif dilihat mampu membuka minda pengundi.
            Begitu juga pelbagai kesilapan lalu yang dibuat oleh pembangkang turut dipercayai memberi "kredit" kepada Barisan Nasional (BN). Terbaru, wayang cina yang dibuat oleh parti DAP, turut dikatakan "makan diri" apabila skrip dan jalan ceritanya terlalu "kartun" untuk dipercayai menerusi isu CEC-nya (jawatankuasa eksekutif pusat).

Rabu, 9 Januari 2013

AKHIRNYA TERSASAR...


Isu Kata ALLAH Dalam Kitab Bible Melayu

MEMANG sudah dijangka. Perkara seumpana ini pasti akan berlaku. Inilah yang orang tua-tua kata: banyak bercakap akan banyaklah berlaku salah....
            Heret punya heret, akhirnya tersasar. Inilah yang biasanya berlaku. Isu utama asalnya adalah majoriti umat Islam di negara ini membantah penganut agama lain menggunakan perkataan ALLAH dalam kitab-kitab mereka yang diterjemah dalam bahasa melayu sebagai menterjemahkan "god" atau "Tuhan" dalam kitab asal mereka dalam versi bahasa Inggeris.
            Bagi penulis isunya amat jelas. Orang bukan Islam tidak dilarang menyebut perkataan ALLAH dalam percakapan seharian mereka, malah kalau mereka nak menyanyikan sesebuah lagu yang ada perkataan Allah dalam senikatanya tidak dilarang.
            Apa yang ditegah sama sekali dalam konteks negara ini adalah menggantikan perkataan "god" dan "Tuhan" dalam kitab asal mereka kepada "ALLAH" dalam terjemahan melayunya.
            Justeru, tidak ada kena mengena dengan perkataan ALLAH yang terdapat dalam skrip lagu termasuklah lagu-lagu kebangsaan atau lagu-lagu negeri.
            Inilah yang penulis kata sudah tersasar. Dek terlalu banyak bercakap dan pemberatan hati untuk menyokong persetujuan dan sokongan sesuatu pihak maka si-pengucap hilang fokus.
            Memang, Tuhan sekelian alam adalah ALLAH. Kebanyakan agama di dunia seperti Kristian dan Sikh memang menyebut Allah sebagai tuhan mereka. Walaupun sebutannya agak "gelong" - ada sebut Alla dan ada yang sebut Ala namun, kita faham maksud dihatinya adalah Allah.
            Begitu pun, dalam konteks negara ini dan di negara ini dalam kitab-kitab agama atau apa-apa skrip atau manuskrip yang kandungannya khusus berkaitan agama, hanya agama Islam sahaja yang boleh menggunakan perkataan ALLAH manakala yang lain gunakankan perkataan TUHAN sebagai terjemahan daripada GOD.
            Yang melengkapkan syahadah itu adalah dua kalimah syahadat. Sebab itu Quran dan hadith itu dijadikan rujukan berikutan ia saling lengkap melengkapi. Yang ini tidak ada dalam agama-agama lain pun, kucuali ISLAM.
            Nak sebut perkataan ALLAH, sebutlah berapa kalipun.
           
            Jelaskan? Justeru, fahamilah isunya sebelum membantah mahupun menyokong!
                       

Jagindas: cuba baca apa kata ustaz Asri... di sini

IMBAS KEMBALI

Di mana Dan Siapa Puncanya?



6 Jahanam?
BIAR  apapun cerita dan kisahnya, persoalan terasnya adalah: "Macam mana OKT mendapat bekalan serbuk cili dan pin?"

Adakah perlu OCPD dan pegawai yang berkaitan kes di tukar, diturunkan pangkat atau di "bekukan"?


Jagindas: ?????????

FADHILAT SURAT AL-KAUTHAR

Semoga Mendapat Rahmat Allah (swt)



Maksudnya:

"Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak. Maka dirikanlah shalat karena Rabb-mu dan berkurbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu, ia adalah yang terputus (dari rahmat Allah)". [QS: Al Kautsar : 1-3]

Surah terpendek ini diturunkan di Makkah. Ia mengandungi 3 ayat dan bermaksud "Sungai Di Syurga".  Riwayat menyatakan kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata yang indah lagi cantik.
            Rasa airnya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu manakala harumnya pula lebih wangi daripada kasturi.
            Surah ini diturunkan ketika Nabi Muhammad s.a.w. sedang bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihinya iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib. Lalu kehadiran ayat ini dikatakan telah menghibur hati Nabi (saw) yang sedang gundah itu.
            Ulamak dan para ahli tafsir menyatakan ayat ini memberikan pelbagai khasiat terkandung di dalamnya yang sangat baik diamalkan, antaranya:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, InsyaAllah, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.


Jagindas: Amin

Selasa, 8 Januari 2013

SELEPAS MENYANDARKANNYA 27 TAHUN LALU...

Laungan itu Bergema Kembali...

UTUSAN MELAYU 7 JUN, 1986
Utusan Melayu, 7 Jun, 1986  (muka depan)

DATUK Seri Dr.Mahathir Mohamad, berharap kakitangan kerajaan akan meningkatkan daya pengeluaran mereka berikutan tambahan kenaikan gaji yang diberikan meskipun kedudukan kewangan negara "amat merunsingkan".      

Utusan Melayu, 7 Jun, 1986  (muka 12)

MENURUT berita berkenaan, orang ramai mahu kakitangan kerajaan (penjawat awam) bersyukur terhadap layanan yang diberikan oleh kerajaan termasuk menaikkan gaji ketika dunia dalam kegawatan ekonomi.
            Masyarakat juga mahu kakitangan kerajaan memberi tumpuan terhadap tugasan masing-masing dengan penuh jujur dan ikhlas dan elakkan daripada suka ponteng kerja.
            Selain itu, harapan masyarakat kepada penjawat awam supaya kebaikan kerajaan itu dijadikan pendorong bagi meningkatkan prestasi kerja dan mutu kerja. Mereka juga mengingatkan kumpulan terbabit supaya tidak mengmbil jalan mengugut sebagai tindakan mempertahankan sesuatu permintaan.
            
               Manakala semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, menggariskan tujuh keutamaan untuk penjawat awam supaya organisasi itu sentiasa cemerlang di tahun 2013 dan seterusnya. [berita klik di sini]


Jagindas: Dah bersara pilihan....

KIRA-KIRA 27 TAHUN LALU....

Negara Pernah Gamat Kerananya....


Keratan Akhbar Utusan Melayu - 3 Disember, 1985

"Tayangan Video Peristiwa Memali 3 Januari" - Musa Hitam

            Ketika itu beliau (Tan Seri Musa Hitam) adalah Timbalan Perdana Menteri. Beliau juga adalahTPM pertama yang gagal menduduki kerusi PM dalam sejarah hiraki pemimpin tertinggi negera, diikuti Tun Ghaffar Baba kemudian Anuar Ibrahim.
            Kesan daripada peristiwa itu kini diungkit kembali...


Jagindas: Ramai kata Pas bertanggung jawab. Ramai juga mahu Pas perjelaskan ke mana mengalirnya kutipan derma hasil daripada insiden itu. Berjuta katanya...


Ahad, 6 Januari 2013

TRANSFORMASI PENDIDIKAN


Cikgu Dukacita, Murid Jadi Mangsa

DIALOG PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PnP)

Penulis: Macam mana sesi pelajaran tahun ini. Ingat tahun ini Ana ada UPSR, tau..

Ana: Lima tahun belajar sains dan matematik dalam BI, tadi cikgu bagi buku teks sains dan matematik dalam BM. Tak fahamlah ayah. Nasib baik ada buku teks dalam BI...

Penulis: Bukankah lagi senang faham sebab gunakan bahasa sendiri?

Ana: Istilahnya sudah lain, ayah.

Penulis: Jadi?

Ana: Ana guna BI juga. Lantaklah..

Penulis: Habis, cikgu mengajar dalam bahasa apa?

Ana: Cikgu guna dua-dua bahasa, campur-campur..


Jagindas: Tak ke buang masa tu.... 

RM207 BILLION UNTUK BURUH PAKSA TAK DI AGIH

NIZAR: mana perginya RM207b?

Nizar Persoalkan Sumbangan Jepun Lebih 20 Tahun Lalu

BIAR betul ni Nizar! RM207 billion bukan jumlah yang kecil  klik di sini. Penulis tak boleh nak komen apa-apa lagi setakat ini sebab dalam keadaan sekarang sesiapapun yang bercakap atau membina isu, kita kena hati-hati. Maklumlah dah dekat nak perang dah....
            Apa pun, pihak terbabit perlu jawap segera dengan tepat, logik dan adil. Jika dakwaan Nizar satu pembohongan atau fitnah dengan niat memalukan kerajaan, maka jangan tunggu lama-lama - SAMAN sampai dia terduduk beruk!


Jagindas: sesak nafas...!

Jumaat, 4 Januari 2013

LELONGAN TERTINGGI BERNILAI RM2.5 JUTA

REBECCA.....Sedia bida dara sendiri

Anak Sanggup Lelong Dara Demi Ibu...

BERITA luar negara (global) dalam Harian Metro hari ini mengkisahkan kesediaan seorang anak gadis melelong daranya demi untuk merawat penyakit ibunya yang terlantar disebabkan 'stroke' . Ceritanya nampak biasa dan bersahaja tetapi mampu merosakkan pemikiran umat Islam yang cetek pengetahuannya apalagi yang berfahaman celaru.  [berita lanjut klik di sini].
            Di antara fahaman liberalisme dan pluralisme adalah kesanggupan penganutnya menyongsang hukum agama dengan berselindung di sebalik niat yang murni dan berkorban atas hakmilik sendiri konon tidak menyusahkan pihak lain. Ia dilihat sebagai lebih 'gentlement' dan bertangungjawab, kononnya.
            Meski ketika ini baru diketahui dua kes berlaku namun masanya sekarang semua pihak di negara ini hendaklah bersedia dengan pelagai langkah dan 'fatwa' agar perjuangan hasrat murni seperti itu tidak merebak di kalangan masyarakat Islam.
            Menghayati masalah gadis ini, penulis teringat seorang bapa (Pak Ya - bukan nama sebenar) yang kerjanya menangkap babi, ular sawa dan babi demi mendapatkan wang bagi menanggung ahli keluarganya.
            Apabila dinasihatkan oleh bijak pandai Islam terhadap keharaman rezeki yang diperolehinnya itu, beliau hanya menjawab: Mana lebih baik tok imam, kerja ini atau saya menipu, merompak, mencuri dan menyamun? Hanya itulah kepakaran yang saya ada untuk keluarga saya", katanya.
            Dipendekkan cerita, beberapa tahun sebelum dia meninggal dunia, Pak Ya sempat bertaubat dan menjadi imam Jumaat di kariahnya menggantikan imam yang pernah menasihatinya..


Jagindas: Urut dada...syukur ada pencen.

TERANGSANGKAH NAFSU LELAKI..

GAMBAR HIASAN: ...menggerakan syahwat??

Apabila Wanita Membon- ceng Atau Menunggang Motosikal

DALAM Berita Luar Negara akhbar Utusan Malaysia keluaran 3/1/13 mengkisahkan wanita di Acheh, Indonesia mungkin dilarang membonceng motosikal secara mencelapak atas alasan ianya tidak sopan apabila undang-undang berkaitannya dikuatkuasakan nanti (baca di sini).
            Sumber itu menyebut, kedudukan wanita mencelapak boleh mewujudkan provokasi sex atau dalam bahasa arab mudahnya "boleh menggerak-gerakan nafsu shahwat kaum lelaki".
            Mungkin ada yang geleng kepala membaca berita itu atau mungkin ada yang geli hati. Kerana mungkin ada yang bertanya atas fakta apa kedudukan pembonceng motosikal wanita dikaitkan dengan penyebab banyak berlakunya jenayah sex di wilayah itu.

DI CELAH-CELAH KEHIDUPAN SI BINGAI

GAMBAR HIASAN.... cikgu manis

Menambahkan Lagi Pening Tuan Majestret

BAGI penulis ada dua cerita menarik di akhbar Berita Harian semalam adalah pertama perihal seorang guru di langkawi memfailkan saman terhadap Pengarah Pelajaran Kedah dan lima yang lain memohon deklerasi mahkamah menetapkan arahan pertukarannya ke Jawi Pulau Pinang sebagai tidak sah.  
            Kedua, kisah seorang suami dan kekasih gelapnya cedera diserang isteri dan tiga anaknya sendiri apabila rahsia gelapnya terbongkar. (baca di sini dan di sini)
            Kitab Perintah Am adalah antara buku panduan tatakerja yang wajar dimahir faham oleh setiap penjawat awam dalam sektor kerajaan (pusat) selain daripada pekeliling-pekeling dan surat-surat edaran yang dikeluarkan dari masa ke semasa.
            Antara lain membawa maksud seseorang kakitangan kerajaan itu hendaklah sanggup menerima sebarang arahan yang wajar daripada pihak atasannya termasuk menempatkan tempat bertugas atau arahan bertugas. Kakitangan atau pegawai yang ingkar boleh dikenakan tindakan tatatertib yang tertentu seperti yang diperuntukkan dalam perintah am bab A - D.

Khamis, 3 Januari 2013

RAGAM IMAM BILA DIBAYAR ELAUN...

TSUNAMI.....Padang jarak padang terkukur, 

namun, "Rumah Allah" tetap utuh...Subhanallah

Mata Kabur, Lidah pun Lebur!

ENTAH macam mana, petang semalam seorang kenalan tiba-tiba mencurahkan isi hatinya kepada penulis persis mengharap penulis akan membantunya bagi memecah kebuntuan terhadap masalah yang dihadapinya. Masjid lagi! Tidak habis-habis kisah dan karenah pengurusan masjid dan tanah wakaf perkuburan. Kalau boleh, penulis sudah tidak mahu lagi mendengar cerita-cerita songsang berkaitan rumah ibadat dan perkampungan abadi itu.
            Menurutnya, pengerusi masjid dikariahnya disifatkannya mabuk jawatan dan menggunakan kedudukan itu untuk kepentingan peribadinya terutama hal-hal yang berkaitan kewangan. Kata kenalan itu, bukan kata dia atau pandangan dia seorang berkata begitu tetapi telah menjadi buah mulut penduduk.
            Kerana penulis sudah muak dengan cerita-cerita 'sengal' seperti ini, lalu penulis menyergahnya: "Ada empat imam dan tiga bilal di kariah kamu itu, tidakkah mereka mampu menegur ketempangan pengerusi mereka?
            Dan, penulis diberikan sebuah jawapan yang menarik: "Betul, sebahagian besar mereka adalah penyokong kuat Pas dan PKR. Manakala pengerusi masjid adalah lantikan daripada Umno di mana imam-imam dan bilal  tersebut terlantik atas restu pengerusi masjid.
            "Jika mereka menegur kelemahan pengerusi, imam-imam terbabit bimbang hilang jawatan sedangkan jawatan itu dibayar elaun bulanan paling tidak RM800 sebulan, siapa nak bagi?" katanya.
            Mendengar jawapannya itu, penulis teringat kata seorang rakan lama, katanya kalau bab duit tak kira fahaman politik apapun, sama saja. Janji masyuuuk. Yang lain-lain tu apa nak jadi, jadilah!
            Bukan semuanya begitu, tetapi tidak mustahil sikap sedemikian akan menjadi virus. Justeru, pihak berwajib perlu berbuat sesuatu agar martabat sesebuah masjid tetap terpelihara dan tersanjung sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah (swt).
            Kata rakan penulis lagi, antara syaitan yang nyata sifatnya dan manusia sering terjerlus ke lembah kehinaan adalah DUIT. Begitukah? Apapun natijahnya, IMAN DAN TAQWA-lah penyelesainnya. Allahhurabbi....
            Aduhai..., memang sengal!

                                                     
Jagindas: Buruk perangai. Sebab itu macam-macam bala ada...

Rabu, 2 Januari 2013

BUKAN SEKADAR SEBUAH CERITA

Bahkan Dengan Seribu Makna Di Persadanya




CERITA ini penulis petik daripada Harian Metro 2 Januari, 2013 /setempat/p.38/ - Wanita tua yang tinggal di Kampung Lancang, di Pasir Mas, Kelantan  ini, Hawa Ngah, 92, yang hampir seabad umurnya, sudah bongkok tiga tetapi dikatakan masih kuat mencari nafkah dengan mendayung sampan dan memukat ikan sendirian. Dikurniakan mata yang sihat sehingga mampu membaca al-Quran tanpa menggunakan kaca mata.
            Jelas, beliau tidak mempunyai masalah sakit lutut dan penyakit-penyakit kronik yang lain. Satu-satunya nikmat kesihatan yang menjadi idaman semua manusia di dunia ini. Demikianlah, kalau Allah menghendaki...
            Penulis pasti meskipun sebegitu keadaannya fizikalnya namun beliau masih waras dan tidak diganggu penyakit nyanyuk. Maha besar Allah yang menjadikan sifat nenek Hawa  sedemikian itu.
            Banyak yang dapat difikir dan dijadikan iktibar daripada sejarah hidup orang tua ini. Hanya sebuah fenomena biasa rencah hidup manusia tetapi penuh citra, makna dan pengajaran yang besar buat manusia sejagat.


Jagindas: Sering berdoa agar dilanjutkan usia, diberikan kekuatan dan kudrat seperti itu (setidak-tidaknya) dan dikuatkan hati, semangat serta iman untuk menggunakan kurnia Allah itu untuk terus mengabdikan diri kepada-NYA. Ya Allah, perkenankanlah...Amiiiinnnnn.

[sekadar penghias laman, klik di sini]   ** encok - (Jawa) sakit sendi/tulang/kaku 
                                                                                             Orang Perak kata lengoh-lengas

HARGAILAH BURUK BAIK PENGALAMAN LALU

 klik di sini untuk dengar dialog

Untuk Perbaiki Diri

WAH, marah betul orang melayu bila terbongkarnya cerita pemimpin sebuah kerajaan negeri 'menganugerahkan' tanah kepada pemimpin DAP sebagai habuan bagi 'mengizinkan' wakil rakyat dari kalangan Pas menjadi Menteri Besar, konon katanya.
            Isu ini masih menjadi polemik di media. Hampir setiap hari. Yang di sana bantah dan kesal. Yang di sini pun sama. Yang empunya diri kata; "mana ade?" Tuduh mesti tuduh kalau ada bukti. Nafi mesti nafi, kalau tidak mampus kau! Dan kita, sedang membaca teka teki. Kerana, bila sudah jadi isu jenayah dan salah guna kuasa, maka tentulah ada pihak berkuasa yang akan campur tangan. Jadi, iapun menjadi teka teki. Dengan seribu kemungkinan...!
            Sekarangkah baru wujud kes 'orang' memberi orang cina tanah berhektar-hektar atau dapat tanah betan-tan kemudian jual kepada taukeh cina berjuta-juta? Sekarang inikah kes seperti ini baru berlaku?

AL-ARQAM MENDAHULUI PAS


Ramai Yg. Sesat Tak Sempat Ke Pangkal Jalan...

DALAM seminggu dua ini nampaknya nafas kita disesakkan dengan isu pengkafiran umat Umno oleh Hadi Awang berdasarkan fatwa yang diucapkan pemimpin tertingi Pas itu lebih 31 tahun lalu. Pengakuan demi pengakuan kesesatan yang dibawa oleh fatwa Hadi itu kini benar-benar menaikkan keinsafan dan kekesalan termasuk mereka yang terselamat daripada tergoda dengan fatwa tersebut. Pembaca budiman tentu sedia maklum, kerana hampir setiap hari berita ini dipaparkan di media-media arus perdana terutamanya Akhbar Utusan Malaysia.
            Menyingkap beberapa siri penyesalan tersebut, penulis teringat kisah rakan baik penulis sendiri (Jul - bukan nama sebenar) kira-kira 37 tahun lalu. Bezanya kekeliruan rakan penulis itu disebabkan ketaksubannya terhadap Imam Abuya Asy-Shaari Al-Arqami. Ketika itu penulis masih belajar di sebuah pusat pengajian tinggi di Selangor.
            Suatu hari seorang sahabat menulis surat agar penulis dapat balik barang sehari dua kerana mereka begitu sedih dengan sikap Jul yang bukan sahaja telah membuang sama sekali nikmat dunia malah turut 'mengkasari' ibu bapa, adik beradik, sanak saudara serta jiran sekampungnya.