Rabu, 3 April 2013

PARLIMEN BUBAR PADA 03.04.13 PADA PUKUL 11.30 PAGI

NAJIB: Parlimen di bubar hari ini

Proses Sebenar PRU13 Bermula!

SEPERTI yang rakyat sedia maklum, pada hari ini (03/04/13) lebih kurang pada pukul 11.30 pagi tadi, Perdana Menteri, Datuk Seri, Najib Tun Razak, telah mengumunkan bahawa parlimen Malaysia dibubarkan dengan rasminya bagi membolehkan proses plihanrayaumum kali ke 13 (PRU13) dilaksanakan.
            Tarikh pembubaran ini juga adalah bertepatan dengan tarikh beliau memegang jawatan Perdana Menteri empat tahun lalu.
            Sehubungan itu Najib mahu rakyat menggunakan sebaik-baik kebijaksanaan akal dan fikiran yang dianugerahkan Tuhan (Allah swt) agar tidak tersalah langkah apatah lagi sengaja menyalah langkah ketika membuat pilihan.
            Belaiu juga mengingatkan rakyat agar tidak tersalah langkah sehingga sanggup mewujudkan keadaan huru hara atau mengcelarukan proses pilihanraya hanya semata-mata kerana takutkan bayang-bayang.
            Menerusi perutusan khasnya itu juga, Najib sekali lagi mengaku janji bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) akan terus memastikan nasib rakyat dan negara akan terus dibela sebagaimana yang telah dimaterikan dalam agenda transformasi negara jika BN dipilih semula dalam PRU13 ini.
            Kepada rakyat Sabah, Perdana Menteri memberikan keyakinan supaya penduduk dan pengundi tidak perlu takut dan bimbang untun kemngundi kerana pihak kerajan telah mensiapsiagakan langkah-langkah keselamatan sama ada sebelum, semasa mahupu selepas proses pilihanraya berlangsung.
            Ucapan Najib seterusnya meminta semua rakyat agar tidak mengabai dan menggadaikan masa depan anak cucu menerusi PRU ini. Setiap pemilih hanya diberi peluang sekali sahaja untuk melakukan pemilihan, justeru pastikan peluang yang sekali itu tidak menyebabkan diri dan anak cucu merana sepanjang hayat!


Jagindas: Masanya semua pemimpin parti merendah diri, jaga budi bahasa, jangan timbulkan sebarang kontroversi..

NOOR AZAM KATA MACAM DURI DALAM DAGING

Kalau macam ini helang pun keliru!

Jagindas Pula Kata Musang Berbulu Ayam

AKHBAR Utusan Malaysia semalam (2/4/13) memetik tulisan salah seorang pemerhati sosio politik negara, Datuk Noor Azam, berkaitan dengan karenah keselamatan dalam negara masa kini di sini
            Manakala sebelum ini penulis juga pernah menulis hal yang hampir sama di sini. Namun tulisan Noor Azam lebih detail dan mantap berikutan ketajaman pengalamannya sebagai pemerhati politik dan penulis tersohor.
            Penulis percaya dengan berlakunya peristiwa pencerobohan bersenjata Pengganas Kiram di Lahad Datu, kerajaan Malaysia tentunya telah meningkatkan lebih 100 peratus keupayaan unit keselamatan negara lebih-lebih lagi bahagian risikan samada di pihak polis mahu pun tentera dan unit-unit penguatkuasa lain.

Selasa, 2 April 2013

AWAS TERKENA BADI GILA

Mungkin perlu diperbanyakan...

Pastikan Majoriti Lebih 2/3 Rakyat Tidak Ada Sindrom Gila!

BERLAKU sahaja peristiwa pencerobohan bersenjata di Sabah oleh pengganas Kiram, timbul bermacam-macam cerita yang kurang ajar berkaitannya. Antaranya terdapatnya campur tangan dari dalam negara yang memberikan 'kekuatan dan keyakinan' kepada puak penceroboh khususnya kaum kerabat yang kononnya mengaku mereka adalah dari kesultanan Sulu sebenar. Terpacul juga suara-suara bacul yang memperlekeh dan menghina pasukan keselamatan negara. Malah paling kurang ajar adalah terdapat rakyat negara ini yang menyifatkan peristiwa malang itu sebagai satu sandiwara Umno menjelang pilihanraya ke 13 (PRU13) nanti. Orang ini memang tidak layak menjadi rakyat Malaysia.
            Syukur Tian Chua sudah didakwa. Rakyat harap Tian Chua akan menerima padah terhadap sikap biadapnya itu. Bahkan, kita juga berharap banyak lagi orang-orang yang bersekutu dengan Tian Chua turut akan didakwa. Namun, semakin didakwa dan dikutuk semakin menjadi-jadi pulak gila bahasa anak cina didikan DAP itu. Macam budak-budak la, selagi tak kena penampar aau penumbuk sebiji selagi itulah dia akan terlompat kinja tak faham bahasa. Kalau ikut rentak orang tuatua dulu-dulu membela anak, ada kalanya 'bahasa tangan' lebih pantas mendidik berbanding bahasa verbal.

Isnin, 1 April 2013

ULASAN FILEM:

GAMBAR HIASAN.. Satu adegan berahi 

Sejauh Mana Artis Melayu Dilarang lakonkan Aksi Ranjang?!

APAKAH nasibnya filem "Tanda Putera" (Datuk Suhaimi Baba) sampai ke hari ini pun masih belum diketahui lagi. Bagimanapun, filem tamil berjudul "Vishwaroopam" (lakonan Kamal Hasan) sudah pun dibenarkan tayangannya kepada umum setelah menempuh beberapa suntingan yang diluluskan kerajaan.
            Kemudian, baru-baru ini timbul pula kontroversi baru melalui filem Mecari Cinta yang dikatakan terdapat aksi lucah lakonan Rusdi Ramli dan Nora Danish dalam satu babak ranjang di sini