Jumaat, 5 April 2013

CAKAP-CAKAP PRU13 (4) - JANGANLAH POTONG STIM YOP

BN kalu mau menang besar kalu mesti kasi 
saya jadi calon la, ammak. Ini Samy banyak 
kuat wo...

Banyak Kuda Tua Kena Rihat Dah..

DEBARAN terhadap pembubaran parlimen sudah tamat setelah sekian lama 'foreplay' dibuat oleh Datuk Seri Najib . Sekarang nak tunggu siapa pula calon, bila penamaan calon dan seterusnya bilalah pulak tarikh mengundinya.
            Suruhanjaya Pilihanan Raya (SPR) kata, PRU13 akan dilaksanakan tidak lewat pada 28 April ini. Adakah ia bermakna 27 dan 28 April adalah tarikh mengundi sebagai mencatat satu lagi sejarah di mana tarikh pilihanraya bertepatan dengan tarikh sebenar tamatnya sah perlimen Malaysia bagi musim lalu? Semuanya adalah sebarang kemungkinan.

Khamis, 4 April 2013

CAKAP-CAKAP PRU13 (3) - SAJAK A. SAMAD SAID

Datuk A Samad Said

Mari Kita Kukuhkan Perpaduan Kerana Di situ Ada Kekuatan

HIDUP BERSAMA - A. Samad Said

Kita sudah sampai di lereng indah,
di bawah pelangi,
dalam ufuk yang masih mencabar;
dan kita ikhlas berjanji untuk bermaruah,
tenang dalam segala uji cabar dan debar.
Kita mencari hanya yang tulen dan jati,
sekata hidup, mengerti dan berbudi.

Kita wajar lagi mendaki kerana puncak yang jauh.
Dalam gelora dan taufan,
tak tercalar tekad kita kerana kemerdekaan
mengasuh kita bersuara dalam sopan,
yakin menyanggah musuh, tulus menambah lawan
inti tunggak dan menara kebahagiaan.

 NUKILAN: a. samad said (sasterawan negara)


Jagindas: Kalau rumah ini sudah tua, mari kita sama-sama gantikan tiang, rasuk, bumbung, dinding, lantai dan gelegarnya. Atau kita tambahkan tiang dan penampannya agar ia terus kukuh dan gah! Jangan sesekali dirobohkan kerana di lantai dapur inilah darah dan air tetuban ibu kita memecah sebelum melahirkan kita yang membesar hari ini.... Terlalu besar sejarah dan jasanya rumah ini.!

Rabu, 3 April 2013

CAKAP-CAKAP PRU13 (2) - MUSIM PILIHANRAYA BUKAN PESTA-RIA

GAMBAR HIASAN: sembang-sembang di warung

Ia Penentu Masa Depan Antara Hidup Dan Mati!

HEHEHE...Amboi mak, bukan main girang lagi. Bermula petang ini nampaknya gelak ketawa menghiasi ruang-ruang warung kedai kopi. Di beranda-beranda rumah dan di mana saja ada kelompok manusia tua dan muda semuanya terhias dengan senyum dan riang ria memperkatakan tentang pilihanraya. Tiada muka yang asam-asam. Manis-manis dan gembira saja semuanya.
            Maklum, setelah sekian lama berteka teki, ramal meramal, baru hari ini terjawab semuanya! Tetapi apakah yang digembirakan sangat tu? Macam nak sambut hari raya pulak. Atau seperti meraikan untung berniaga?!

CAKAP-CAKAP PRU13 (1) - TAKUT BN KALAH

JANGAN BERPALING LAGI!

Fokus PAS Tidak Melebar

SEBAIK sahaja Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengumumkan pembubaran parlimen pagi tadi (di sini),  ramailah rakan-rakan penulis yang menelfon dan menghantar mesej (sms). Macam-macam usik mengusik pilihanraya daripada mereka. Sejak pengumuman itu juga penulis asyik tersenyum sendirian kerana usikan rakan-rakan itu. Tanding di mana, parti apa? Itu antara usikan mereka..
            Penulis terus ke warung kedai kopi. Di sana ada ramai umat dan ada ramai 'mazhab' politik. Syukurlah, kesemuanya masih boleh bergurau senda meskipun bertentangan agenda politik.