Isnin, 22 April 2013

CAKAP-CAKAP PRU13 (38) - LAWAK BODOH KEMPEN PRU

AKTA 574: Antara seksyen yang boleh disabitkan 
dengan kes gaduh..

Kurangkan Guna Tenaga, Lebihkan Guna Akal

GHAIRAH dan bersemangat itu penting ketika mendepani sesuatu yang baik-baik. Dengan kehairahan dan semangat yang kental biasanya akan memudahkan seseoran atau kumpulam manusia itu melakukan yang sukar-sukar bahkan kerap juga memberikan hasil yang lumayan.
            Namun, keghairahan dan semangat itu sewajarnya dilindungi oleh keheningan fikiran dan pemikiran agar ia tidak menyimpang atau tersasar daripada landas yang sebenar. Jika berlaku seperti itu, niat dan hasrat yang baik pun akan bertukar kepada sebaliknya. Kecantikan beralih kepada keburukan. Kebajikan bertukar menjadi musibah! Subhanallah. 

CAKAP-CAKAP PRU13 (37) - LAWAK BODOH KEMPEN PRUC

Contoh Borang Pencalonan

Macam Dah Tak Ada Orang Lain.....

SEORANG rakan memberi tahu, kononnya seorang Ketua Bahagian telah menghantar cadangan nama-nama calon untuk dipilih oleh Pengerusi BN negeri untuk PRU 13 ini bagi DUN kawasannya. Nama-nama itu katanya adalah: Dirinya sendiri, Isterinya, Anaknya, menantunya dan seorang biasa. Yang terpilih adalah anaknya.
            Lalu penulis tanya: "Mana kamu dapat maklumat ini?" Dia kata: "Ada orang bagi tau dia.."
            Maka penulis kata: "Maklumat kamu tak boleh dipakai. Maklumat macam ini boleh buatkan orang marah tak tentu pasal! Lain kali dapatkan salinan surat cadangan itu, barulah boleh buat cerita...."
            Musim-musim macam ini memang ada macam-macam cerita. Ada yang boleh didengar tapi tak boleh dipercayai. Ada yang langsung tak boleh didengar. Biasalah...
            Justeru, berhati-hatilah apabila mendengar apa saja cerita dimusim kempen ini. Ada akal guna. Jangan macam robot. Kena tapis berlapis-lapis agar tidak terperangkap.
             Setakat ini BN lah yang terbaik, maka jangan pening-pening kepala nak fikir. Macam-macam dah yang kita dengar. Macam-macam pulak yang dah kita lihat. Maka pilih sahajalah BN bila mengundi nanti. Selamat, aman sejahtera.



Jagindas:  Tapi kalaulah betul maklumat itu.... mak datok oiiii, apa punya gila dan tamaknya sipolan nih!

CAKAP-CAKAP PRU13 (36) - LAWAK BODOH KEMPEN PRU

Petugas Umno Main Tipu-Tipu...
GAMBAR HIASAN: Sebuah bilik gerakan BN

1.         KHUATIR kalau-kalau tiada orang yang datang ke majlis ceramah kempen malam itu, petugas yang mengatur majlis kempen telah meuar-uarkan dengan gula-gula iaitu barang siapa yang datang dengan motorsikal, mereka akan diberikan wang saku (duit minyak) RMxx.00, sebuah topi (tak pasti sama ada topi keledar atau jenis cap) dan sehelai baju 'T' biru bertanda BN. Maka ramailah anak muda yang datang ke majlis tersebut. Namun, selesai sahaja majlis, masing-masing buat tak tahu. Apabila diminta barang yang dijanji, tiada siapa pula yang mengaku menjanjikan 'hadiah' tersebut. Mana ade! Kesian...

2.        KERANA melihat ramai yang pakai baju 'T' biru bertanda BN, maka seorang penyokong kuat BN memintanya daripada pegawai pilihanraya di bilik gerakan  Umno. Malangnya, petugas itu memberitahu: "Kami pun tak cukup!"
            Maka, beredarlah penyokong tadi pergi ke bilik gerakan MCA dengan harapan dapat sehelai baju dan sehelai bendera BN. Lalu disergah (gurau) petugas bilik gerakan MCA itu: "Berapa lu mau? Kita ada banyak wo" Dengan senyum simpul petugas tadi menyerahkan kepadanya lima helai baju T dan beberapa bendera BN kepadanya.           


Jagindas:  Jangan buat macam itu, nanti depa tipu undi baru hampa tau...Bagi saja laaa, lagi pun bukan harta mak bapak kau pun!

Ahad, 21 April 2013

CAKAP-CAKAP PRU13 (35) - MOOD PRU13 BELUM TERASA


Pahat Sudah Berbunyi...
  
ENTAHLAH...  sememangnya begitukah ketika tiba musim pilihanraya atau kerana PRU13 ini yang menjadi rebutan tua dan muda bagaikan sudah tiada lagi akan berlaku pilihanraya selepas ini. Logiknya, yang tua merasakan tiada harapan lagi untuk kehadapan manakala yang muda pula tidak sabar-sabar menerajui kerajaan.
            Singgah di merata-rata kedai kopi dan berhubung menerusi media, akhirnya penulis dapati banyak kerusi di Perak panas membara. Bermacam sebab menyebabkan kerusi itu jadi panas. Ada yang kata pengundi sudah meluat dengan 'orang lama' apalagi yang sudah berpenggal-penggal menduduki kerusi YB.
            Ada yang kata, sepanjang jadi YB harapkan cakap sahaja berdegar-degar, kerja apa habuk pun tarak.  Mabuk publisiti. Kalau dibaca blog-blog pro yang berkenaan bagaikan nak rak! Ada juga yang kata, bapaknya dulu pun orang tak suka macam mana nak ikut anaknya.  Jika anaknya jadi YB, seperti bapaknya jugalah berada di kerusi itu. Sendiri mahu ingat la...