Khamis, 25 April 2013

CAKAP-CAKAP PRU13 (46) : KARPAL BENJOL DI DAHI

GDDDRRBOMMM! Ayo!

Dakwa Petanda BN Kalah, Hahaha...

MULA-MULA  Datuk Azizan (Menteri Besar Kedah) tersungkur, kepeningan katanya di satu majlis tidak berapa lama dulu, kemudian Nik Aziz pula rebah akibat keletihan dan terbaru (semalam) Karpal Singh pulak tesungkur di pentas yang katanya cuma dapat benjol kecil di dahi.
            Karpal menyifatkan kejatuhannya itu perkara kecil sebagai tanda kejatuhan besar akan berlaku kepada BN dalam pilihanraya nanti (berita klik di sini)
            Beberapa tahun lalu, Karpal pernah di tampar oleh Kiayai Arshad (arwah) kerana kebaculannya mempersoalkan kedudukan raja-raja Melayu. Tidak berapa lama selepas itu dia jatuh sakit sehinggalah membawanya kepada menggunakan kerusi roda dan seorang pembantu membawanya ke sana ke sini.
            Siksa juga Karpal nak buang air, mandi dan sebagainya... apapun, video tersungkurnya sang Karpal Singh ada di sini.


Jagindas: Mengikut makrifat Tajul Muluk pula,  kejadian-kejadian itu sebagai petanda bahawa Allah Taala masih berkenan BN memerintah Malaysia.! 

CAKAP-CAKAP PRU13 (45) : LAPORAN AWAL KAWASAN PARLIMEN KAMPAR


Apakah Nasib P70, N40, N41, N42 ?
Lee Chee Leong (P70)

P70 KAMPAR (63,776) - M:26.87%, C:62.58%, I:10.47%, L:0.03%
1. Datuk Lee Chee Leong (BN) - penyandang (maj: 2,697)
2. Ko Chung Sen (DAP)

N40 MALIM NAWAR (24,674) - M:17.51%, C:73.9%, I:8.95%, L:0.05%
1. Chang Gwo Chyang (BN)
2. Leong Cheok Keng (DAP) - penyandang Keshvinder Singh (maj:1,362)

Chang Gwo Chiang (N40)
N41 KERANJI (21,163) - M:12.05%, C:77.47%, I:10.36%, L:0.12%
1. Daniel Wa Wai How (BN)
2. Chen Fook Chye (DAP) - penyandang (maj:4,435)

N42 TUALANG SEKAH (17,939) - M:57.64%, C:29.58%, I:12.71%, L:0.07%
1. Nolee Ashilin Mohamed Radzi (BN) - penyandang (maj:1,569)
2. Baldip Singh Santokh Singh (DAP)
3. Syed Mohamed Syed Ali (Bebas

Daniel Wa Wai (N41)
PERTAMA sekali maaflah, sebab penulis bukan profesional dalam bab kaji mengkaji khususnya dalam isu pengundi-pengundi pilihanraya. Bagaimanapun, sembang-sembang dengan akar umbi sedikit sebanyak boleh memberikan panduan tentang kedudukan parti-parti yang bertanding sebelum bertemu tarikh 30 April dan 5 Mei, ini. Untuk tulisan ini penulis beri fokus kepada Kawasan Parlimen Kampar. Di dalamnya ada tiga Dewan Undangan Negeri (DUN).

Rabu, 24 April 2013

CAKAP-CAKAP PRU13 (44) : RAMAI PENGUNDI MASIH KELIRU..


Tersepit Antara Rela Dan Redo...

MENYUSURI beberapa lapisan pengundi di akar umbi di beberapa kawasan pilihanraya, penulis menyimpulkan bahawa kebanyakan pengundi terperangkap dengan beberapa isu besar dalam membuat keputsan untuk memilih wakil rakyat mereka menerusi PRU13 nanti. Isu-isu berkenaan membuatkan mereka terkeliru sehingga ada yang sehingga hari ini masih berbalik-balik membuat keputusan. Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan. Malah ada juga yang buat keputusan tidak mahu mengundi. Tindakan itu langsung tidak bagus!
            Tidak seperti PRU yang lalu, kebanyakan pemilih sudah mempunyai 'stand' mereka sendiri dan ia memudahkan mereka apabila berada di kotak mengundi. "PRU kali ini amat menguji minda dan pertimbangan," itu kata seorang pengundi yang telah enam kali mengundi.

Selasa, 23 April 2013

CAKAP-CAKAP PRU13 (43) : BUKAN MASANYA NAK EKSYEN..

Ada beza sulah Ahmad dengan sulah Mokhtar

Komen Biasa-Biasa Sudahlah...

BERIKUT adalah komen pemerhati politik tanah air, Saudara Mokhtar Petah terhadap komen Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan BN, Datuk Ahmad Maslan, yang penulis petik daripada akhbar Sinar Online, yang antara lain..: (laporan penuh di sini)

Keputusan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib menyertai Pas semalam tidak menggugat misi Barisan Nasional (BN) mengambil alih kerajaan negeri Selangor, kata Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan BN, Datuk Ahmad Maslan.
Menurutnya, kemunculan Muhammad dalam arena politik selepas lima tahun berdiam diri dan menyertai Pas tidak akan memberi sebarang kesan kepada BN
. ...(ahmad maslan)
---------------------------------------