Menambah Seri Kemenangan BN
![]() |
| Bacalah di air mukamereka masing-masing.... |
RONDA-RONDA ke beberapa kawasan pilihanraya
sambil melihat gelagat petugas dan penyokong parti 'memeriahkan' pondok dan
kempen masing-masing adalah antara aktiviti yang menghiburkan untuk tempoh dua
minggu ini. Ada macam-macam gaya dan cerita di sana.
Yang
kelabu masih kelabu, yang hitam masih hitam malah bertambah pekat manakala yang
putih bersih terus menyerlah menyinari alam semesta. Demikianlah yang penulis
gambarkan tiga kategori pemikiran yang ada dalam kelompok-kelompok pengundi
ketika ini. Ramai juga yang belum buat keputusan. Nak tunggu 5 Mei,katnya.




