Isnin, 29 April 2013

CAKAP-CAKAP PRU13 (50) : SEMOGA MEREKA TERSUNGKUR HENDAKNYA!

Menambah Seri Kemenangan BN
Bacalah di air mukamereka masing-masing....
RONDA-RONDA ke beberapa kawasan pilihanraya sambil melihat gelagat petugas dan penyokong parti 'memeriahkan' pondok dan kempen masing-masing adalah antara aktiviti yang menghiburkan untuk tempoh dua minggu ini. Ada macam-macam gaya dan cerita di sana.
            Yang kelabu masih kelabu, yang hitam masih hitam malah bertambah pekat manakala yang putih bersih terus menyerlah menyinari alam semesta. Demikianlah yang penulis gambarkan tiga kategori pemikiran yang ada dalam kelompok-kelompok pengundi ketika ini. Ramai juga yang belum buat keputusan. Nak tunggu 5 Mei,katnya.

Sabtu, 27 April 2013

CAKAP-CAKAP PRU13 (49) : SELEPAS 36 TAHUN YANG LALU


Rakyat Wajar Selami Wasiat Khoo Chong Kong

SEORANG penulis yang juga pemerhati politik tanah air, saudara Mokhtar Petah, ada menulis tentang catatan pertemuannya dengan bekas Ketua Polis Negeri Perak, Tan Sri Khoo Chong Kong, sehari sebelum beliau (Chong Kong) mati ditembak di Ipoh. Peristiwa itu turut mengorbankan seorang pengiring dan pemandunya. Ketka itu Mokhtar adalah seorang wartawan Berita Harian bertugas di Perak.
            Antara catatan beliau itu, penulis turunkan di sini secara salin dan tampal yang penulis ambil daripada blog Mokhtar Petah sendiri:

APAKAH PENGUATKUASA NEGARA SEMAKIN TERANCAM?


Siapa Dan Kementerian Mana Pula Selepas ini!

DULU PUN lagi kejadian seumpama ini pernah berlaku. Ketua Polis Negeri Perak, Tan Sri Khoo Chong Kong, juga pernah ditembak mati di persimpangan lampu isyarat di bandar Ipoh di sini. Turut mati adalah pengiringnya berpangkat sarjan. Kalau tidak silap, masa ini negara masih lagi dalam usaha keras membanteras gerakan komunis Malaya.

Akhbar hari ini melaporkan:

Jumaat, 26 April 2013

CAKAP-CAKAP PRU13 (47) : SESAL DAHULU PENDAPATAN....

Janganlah jadi seperti ini...

Janganlah Sampai Nasi Jadi Bubur..

HAKIKATNYA, melayu itu memang dicemburui sejak dahulu lagi. Bukan sahaja bukan melayu, bahkan antara bangsa juga turut mencembrui melayu. Pada melayu itu banyak yang mesti dihapuskan supaya melayu itu tidak lagi disebut melayu yang istimewa. Agama orang melayu itu hanya satu iaitu Islam. Bahkan dikatakan keseluruhan melayu dirantau ini beragama Islam.
            Inilah kerja pertama dan utama yang akan dilaksanakan oleh 'orang lain' selain melayu jika mereka mengambil alih pemerintahan negara ini. Biarpun kita melayu Islam dalam satu barisan yang tidak beragama Islam, namun melayu dalam saf Umno tidak mengganggu atau menganiaya hak-hak orang lain. Justeru, mengapa ia tetap dicemburui?